- Strategi Pendidikan Pencegahan
- Strategi Penerangan Umum
- Strategi Khidmat Nasihat
|
| 1) Strategi Pendidikan Pencegahan |
|
- Strategi Pendidikan Pencegahan
sama ada peringkat awalan atau umum bertujuan untuk mewujudkan kesedaran
golongan sasaran tentang bahaya dadah dan mencegah mereka daripada
terlibat dengan dadah.
- Program dan aktiviti yang
akan dilaksanakan di bawah strategi ini ialah seperti berikut;
|
|
|
-
- Ceramah / seminar anti dadah
- Kem Motivasi
- seminar Motivasi dan Keagamaan
- Forum/Dialog isu dadah
- Kuiz anti dadah
- Pameran anti dadah
- Kursus Kemahiran Panel Penceramah/Kaunseling
- Pertandingan Melukis/Menulis/Syarahan/Pidato Anti
Dadah
- Program berunsur sukan dan rekreasi
(Larian PEMADAM / Hari Keluarga)
- Program "Outreach"
|
| 2) Strategi Penerangan Umum |
|
Strategi Penerangan Umum
- Strategi Penerangan Umum
bertujuan untuk menimbulkan kesedaran masyarakat keseluruhannya
tentang dadah dan bahayanya serta mencegah masyarakat daripada terlibat
dengan dadah.
- Program dan aktiviti yang
akan dilaksanakan di bawah strategi ini ialah seperti berikut;
|
|
|
- Mencetak dan mengedarkan
risalah-risalah dan poster tentang dadah dan bahaya dadah.
- Mendirikan billboard (papan iklan) anti dadah.
- Menerbit dan mengedarkan buletin PEMADAM.
- Menyebarkan maklumat tentang dadah dan bahaya dadah melalui
laman web.
- Menyiarkan maklumat atau artikel tentang isu dadah di akhbar-akhbar
tempatan.
- Mengadakan Pameran Anti Dadah kepada masyarakat umum.
|
| 3) Strategi Khidmat Nasihat |
|
- Strategi ini ditumpukan kepada kumpulan bekas-bekas penagih
yang telah dibebaskan dari pusat pemulihan dadah.
- Strategi ini bertujuan
untuk memberi sokongan moral dan khidmat nasihat terutama tentang
peluang kerjaya kepada bekas-bekas penagih yang baru keluar dari
pusat pemulihan dadah bagi mengurangkan risiko mereka terlibat dengan
penagihan semula dadah.
- Program dan aktiviti di
bawah strategi ini ialah;
|
|
|
- Khidmat nasihat kerjaya
- Ceramah motivasi dan agama
- Ceramah kerjaya
- Program 'outreach'
- Kursus Panel Penceramah
|
|
|
|