Saya mengucapkan selamat datang dan selamat melayari laman web PEMADAM Negeri Sabah. Pengwujudan laman web ini adalah langkah terkini dan yang positif untuk menyebarkan peranan dan fungsi PEMADAM kepada umum. Dengan adanya kemudahan seumpama ini, dan selaras dengan era baru dunia ICT, orang ramai akan lebih mudah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai PEMADAM Negeri Sabah dan juga program-program yang akan dan telah dianjurkan oleh PEMADAM.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Unit Pembangunan Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah dan Unit KSIT yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membangunkan laman web ini.

Saya berharap agar Laman Web PEMADAM Negeri Sabah akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa agar masyarakat umum terutama sekali golongan remaja, pelajar-pelajar akan sentiasa melayari laman web ini.

Sekian, terima kasih.

 

Yang Berhormat Dato' Hajah Azizah Binti DSP Hj Mohd. Dun
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah
Merangkap Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah

 

Kembali