|Laman Utama | Sinopsis | Motto/ Visi/ Misi | Tujuan/ Matlamat | Keahlian | Rangka Program | Perhubungan | Sumbangan derma disalurkan ke akaun
|
|||
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
LEBIH 500 KELUARGA MISKIN DAN ANAK YATIM DAPAT PERHATIAN AMAL SABAH
Di sepanjang Bulan Ramadhan tahun 1430H, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah (AMAL SABAH) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan program ‘JELAJAH RAMADHAN’ di beberapa Bahagian di Negeri Sabah. Program ini merupakan program tahunan AMAL SABAH sempena bulan Ramadhan al-Mubarak.
"RAMADHAN MEMBINA MUSLIM BERTAQWA" ------------------------------------------------------------------------------------------------------AMAL SABAH SAMPAI SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM
Guru Besar SK Putatan dalam ucapannya, merasa bersyukur atas perhatian yang diberikan oleh AMAL SABAH terhadap anak-anak yatim dan miskin yang menuntut di sekolah tersebut. Beliau berharap, anak-anak yang menerima sumbangan tersebut dapat membelanjakan wang untuk persiapan hari raya dan bukan untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah. Pengerusi AMAL SABAH mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberi ruang kepada AMAL SABAH menabur bakti di sekolah tersebut. Beliau memaklumkan bahawa AMAL SABAH telah diberikan kepercayaan oleh beberapa individu untuk memberikan bantuan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di sepanjang Ramadhan ini. “Program pada hari ini merupakan salah satu kewajipan yang berjaya kami laksanakan” ujar beliau. ---------------------------------------------------------------------------------------------------- TANGISAN MINDANAO DI BULAN RAMADHAN
Beliau berkata, sumbangan akan disampaikan terus kepada Umat Islam di Mindanao oleh wakil AMAL SABAH di sana. Kepada mereka yang prihatin dengan kesangsaraan, rintihan dan tangisan penduduk Mindanao, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), no. akaun 10016010054313. Semoga sumbangan serta ihsan saudara saudari dan juga badan-badan korporat ke dapat meringankan beban penduduk Mindanao khususnya umal Islam akan menyambut ketibaan syawal. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekretariat “Program Rayuan Untuk Mindanao” di talian 0198024970.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------AMAL SABAH ANJUR KURSUS INTENSIF PERUBATAN ISLAM
Membakut, 16 Ogos – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Pusat Perubatan Islam Darussalam telah berjaya mengadakan Kursus Intensif Perubatan Islam selama dua hari bertempat di Borneo Golf Resort, Membakut Sabah. Program yang dikendalikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ismail Bin Kamus telah dihadiri seramai lebih kurang 35 orang peserta dari sekitar Beoufort. Tuan Haji Khairan Untoh, Pengerusi Amal Sabah telah hadir dan seterusnya merasmikan Kursus tersebut. Dalam ucapannya, Pengerusi Amal Sabah berterima kasih atas kesudian Dato’ Ismail Kamus untuk hadir mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman berkenaan dengan perubatan Islam. Beliau berharap para peserta mampu menguasai ilmu perubatan tersebut khususnya bagi tujuan dakwah di Negeri Sabah. Program intensif ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan asas serta teknik sebenar berkenaan rawatan Islam disamping dapat melahirkan pengamal perubatan Islam yang bertauliah. Disepanjang kursus tersebut, para peserta diberi pendedahan sebenar samada secara tiori mahupun praktikal berkenaan perubatan Islam. Program susulan kepada peserta akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ sendiri pada masa yang terdekat. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program tersebut , bolehlah menghubungi pengarah program Ustaz Ruslimi Zakaria di talian 0138881566.
--------------------------------------------------------------------- MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA AZHAN ATAN DI DEWAN SINAR MUSTIKA, PUTATAN
Putatan, 24 Julai - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan 'Majlis Makan Malam Amal' bersama Juara Akademi Nasyid, Saudara Azhan Atan. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust Jumat selaku Ahli Jawatankuasa AMAL Sabah mewakili Tn. Hj. Khairan Untoh, Pengerusi AMAL Sabah yang tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AMAL SABAH LAKSANAKAN "KEMBARA AMAL"
Ranau, 8 Julai - Seramai 11 orang ahli rombongan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah yang diketuai oleh Timb. Pengerusi Amal Sabah, Tuan Haji Ikhriah berjaya melaksanakan program Kembara Amal 09. Program yang dilaksanakan selama dua hari ini bertujuan mendekati masyarakat di sekitar Daerah Ranau dan Kota Belud disamping dapat menjalinkan hubungan ukhuwah yang sedia terjalin sebelum ini.
Pada keesokan harinya, ahli rombongan berpeluang untuk membeli barangan keperluan di Tamu Kota Belud serta lawatan ke -------------------------------------------------------------------------------------------- LAPAN BUAH RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN Kota Kinabalu, 5 Julai - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah tampil menghulurkan bantuan kepada 8 keluarga mangsa kebakaran dekat Taman BDC, Kolombong. Kebakaran yang berlaku pada awal pagi 2 Julai 2009 telah memusnahkan lapan buah rumah kongsi di sini. Pegawai Perhubungan Awam Bomba Negeri, Mohd Afendi K. Ramin berkata, pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran selama lebih kurang 15 minit. Sebuah jentera bomba bersama enam anggota tiba di tempat kejadian pada jam 6.41 pagi. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.10 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 8.49 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sumbangan kepada mangsa berbentuk bahan makanan dan pakian telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh. Dalam ucapannya, beliau berharap musibah yang berlaku dapat dijadikan iktibar serta pengajaran dan berharap mangsa sentiasa muhasabah diri agar dapat meneruskan kehidupan dengan memohon hidayah kepada Allah SWT. Turut hadir adalah Ketua Biro Kemanusiaan dan Relief, Ust. Ahmad Fawwaz Shabuddin. -------------------------------------------------------------------------------------------- Penceramah: Dr Maimunah Fadzil (Perunding Perbidananan & Pakar Sakit Puan) TARIKH: 3 Julai 2009 (Jumaat) MASA: 8.30 pm TEMPAT: Bilik Sri Kota Belud, Bangunan Tabung Haji, Kota Kinabalu Sabah ANJURAN : YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH & FARMASI ASLAM 'MASUK ADALAH PERCUMA!!! SEMUA DIJEMPUT HADIR' --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AMAL SABAH SERTAI LIGA SUKAN AGENSI AGAMA DAN NGO's ISLAM SABAH
Dalam pertandingan tersebut, JHEAINS telah muncul juara keseluruhan Liga Sukan Agensi Agama dan NGO's Islam Sabah kali pertama bagi tahun 2009. Amal Sabah mengucapkan tahniah kepada semua agensi agama dan Ngo's Islam yang terlibat dalam menjayakan sukan tersebut. Tahniah kepada JAKIM SABAH dan JHEAINS atas anisiatif yang dilakukan bagi memastikan terlaksananya sukan yang mengabungkan semua agensi agama di Negeri ini. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MESYUARAT AGUNG YAYASAN AMAL MALAYSIA KALI KE 5 DIADAKAN DENGAN JAYANYA Kelana Jaya, 25 April - Seramai 4 orang ahli daripada AMAL Sabah yang diketuai oleh Pengerusi AMAL Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh menghadiri mesyuarat Agung Yayasan Amal Malaysia Kali ke 5 yang di adakan di Dewan Sri Jugra, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ustaz Haji Hassan Shukri yang merupakan salah seorang penasihat AMAL Malaysia.
Sempena mesyuarat tahun ini, beberapa aturcara baru diadakan. Antaranya penyerahan sumbangan dana untuk Tabung Amanah Palestin. Manakala bagi pemilihan Jawatankuasa Pusat bagi sessi 2009 – 2011 pula, para perwakilan mengekalkan penyandang sessi lepas bagi jawatan utama tanpa ditandingi:- Presiden Hj. Husin b. IsmailTimbalan Presiden Hj. Jamuliddin b. EliasNaib-naib Presiden Dr. Hj. Abd. Rani Osman, Dr. Hj. Mohd Hamdan b. Mohd Khalib Dr. Hjh. Halimah Ali bt. Abdullah. Hanya 6 orang Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh perwakilan melalui undi sulit sebagaimana berikut:-
Sdr. Abd. Hamid Seman dan Sdr. Hj. Zaman Abdullah dikekalkan jawatan asal sebagai Ketua Setiausaha dan Bendahari Pusat oleh mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat yang diadakan sebaik selesai mesyuarat agung tersebut. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AMAL SABAH DAPAT PENGIKTIRAFAN
Kelana Jaya, 25 April- Bersempena dengan Mesyuarat Agung Yayasan Amal Malaysia Kali ke 5, AMAL Sabah telah menerima Anugerah Khas - Cawangan Amal paling aktif bagi sesi 2007-2008 oleh Yayasan Amal Malaysia. Ketegori "Anugerah Cawangan Paling Aktif" yang julung kalinya diperkenalkan adalah bertujuan bagi menggalakkan cawangan-cawangan AMAL Malaysia untuk lebih giat melaksanakan kerja-kerja amal serta kebajikan di negeri ini. Selain itu, beberapa cawangan juga menerima penganugerahan dalam ketogori yang berasingan. Ketogori Cawangan Terbaik: Amal Selangor, Anugerah Khas - Kreatif : Amal Sarawak dan Anugerah Khas - Qurban: Amal Pahang. Semua pemenang menerima sijil penghargaan dan cenderahati daripada pihak penganjur. Pengerusi AMAL Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh yang hadir dalam Mesyuarat tersebut merasa bersyukur serta terharu terhadap pengiktirafan yang diberikan. Kejayaan ini adalah hasil komitmen semua ahli serta agensi-agensi yang berkaitan dalam usaha menjayakan segala aktiviti yang dirancang selaras dengan motto AMAL Malaysia "Beramal Kerana Allah". --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- RM 32,600 UNTUK UMAT ISLAM PALESTIN
Keperitan serta kesangsaraan umat Islam di Palestin akibat kekejaman tentera zionis, khususnya di Gaza telah membuka mata masyarakat Sabah khususnya umat Islam di sekitar Kota Kinabalu, bilamana penyampaian cek berjumlah RM 32,600.00 telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah Tuan Haji Khairan Untoh kepada Presiden Yayasan Amal Malaysia Tuan Haji Hussin Ismail. Sumbangan tersebut adalah hasil daripada kutipan yang diterima daripada orang awam melalui program-program yang diadakan seperti melalui Program Malam Bersamamu Palestin, ceramah Palestin dan sebagainya. Sumbangan tersebut akan disalurkan terus kepada Umat Islam di Palestin melalui Misi Kemanusiaan kali ke 2 oleh Yayasan Amal Malaysia ke Gaza yang akan diadakan pada sekitar bulan Mac 2009. Adalah diharapkan, sumbangan yang tidak seberapa ini mampu meringankan keperitan yang dialami oleh umat Islam di Palestin. Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang Islam di Palestin. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 2 YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH
Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah Tuan Haji Khairan Untoh
Sebelum itu, Cikgu Hussin Ismail telah memberi taklimat kepada hadirin berkenaan dengan misi kemanusiaan di beberapa buah negara khususnya misi di Palestin yang dibuat baru-baru ini. Dalam pemilihan tahun ini, Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bagi sesi 2009-2011 dibentuk sebagaimana berikut: Pengerusi :Tuan Haji Khairan Untoh AJK
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JAKIM CAWANGAN SABAH
Likas, 4 Mac - Yayasan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Tuan Haji Abdul Aziz Haji Mohamad. Kunjungan ini diadakan berikutan perlantikan Tuan Haji Abdul Aziz Haji Mohamad sebagai Pengarah JAKIM Sabah yang baru bagi menggantikan Ustaz Abdul Aziz Che Yacob yang berpindah ke Istana Negara pada pertengahan Februari lepas. Tuan Haji Abdul Aziz Haji Mohamad berasal dari Kelantan. Sebelum melaporkan diri di JAKIM Sabah pada 2 Mac 2009, Tuan haji Abdul Aziz telah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Bahagin KESUMA JAKIM di Putrajaya. Dalam pertemuan lebih kurang satu jam ini, pelbagai isu serta perkongsian maklumat khususnya berkaitan dengan perjalanan dakwah di negeri Sabah telah diperbincangkan. Pertemuan ini lebih menjurus kepada pengenalan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah serta aktiviti-aktiviti dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh AMAL Sabah. Semoga bertemuan ini dapat lebih mengeratkan kerjasama yang sedia terjalin antara JAKIM Sabah dengan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah khususnya dalam pengendalian aktiviti dakwah di negeri ini. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- BANGUNAN WARDEN SMAI TOH PUAN HAJJAH RAHMAH MUSNAH DIJILAT API
Kebakaran yang berlaku pada 17 Februari 2009 jam 11.30 pagi telah mengakibatkan segala harta benda musnah dan tiada apa yang mampu diselamatkan. Paling menyedihkan beratus-ratus kitab agama berbahasa arab yang dibawa balik dari Mesir yang tidak ternilai harganya musnah dijilat api. Bangunan yang dibina pada sekitar tahun 1974 Amal Sabah berharap agar mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut tabah mengahadapi ujian dari Allah subhanahu wata’ala. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dialami akibat kebakaran tersebut. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AMAL SABAH TERIMA UNDANGAN KOLEJ MATRIKULASI LABUANW.P.Labuan, 18 Feb - Seramai lebih 2000 orang warga Kolej Matrikulasi Labuan telah hadir bagi mendengar taklimat berkenaan isu Palestin serta misi-misi kemanusiaan anjuran Yayasan Amal Malaysia.
Pengalaman beliau yang luas dalam misi-misi bantuan kemanusiaan serta pembentangan yang menarik telah menarik minat warga KML untuk mendengar dengan teliti setiap perkara yang diungkapkan oleh beliau. Kehadiran beliau di sini amat dihargai dan dikagumi oleh para pendengar. Maka tidak hairanlah beliau juga dijemput oleh Jawatankuasa Masjid Annur Wilayah Persekutuan Labuan untuk memberi taklimat berkenaan Palestin kepada lebih 100 ahli jemaah di sini. Selain itu, bertempat di Masjid KML, Ustaz Haji Nahar Mantamin dari Biro Dakwah AMAL Sabah telah menyampaikan ceramah berkaitan isu Palestin. Kupasan yang menarik serta fakta yang ringkas serta padat telah memberi imput yang berguna kepada jemaah berkenaan Yahudi dan Palestin.
Pada hari yang sama juga, Program sehari di W.P.Labuan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Reaksi peserta yang mengikuti program ini adalah menggalakkan dan mereka berharap program-program dakwah seumpama ini dapat diadakan dari semasa ke semasa. Insyaallah, program susulan di Pulau Labuan akan dirancang selepas ini. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- YAYASAN AMAL MALAYSIA MEMBUAT KUNJUNGAN KE PEJABAT JAWI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN W.P.Labuan, 18 Feb - Tuan Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia bersama rombongan dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan Ust. Yusuf bin Mamat di pejabatnya hari ini. Pertemuan selama hampir satu jam membincangkan perkara-perkara semasa berhubung dengan KPP JAWI dalam pertemuan ini amat kagum dengan usaha murni yang dilakukan oleh Yayasan Amal Malaysia berkenaan aktiviti-aktiviti dakwah yang dilakukan terutama yang berkaitan misi kemanusiaan di Palestin. Beliau berharap misi-misi kemanusiaan seumpama ini dapat diteruskan dan program-program dakwah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Adalah diharapkan, pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada perlaksanaan program-program dakwah anjuran AMAL Sabah di W.P.Labuan. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH JAKIM CAWANGAN SABAH Kota Kinabalu, 12 Feb – Tuan Haji Khairan Untoh, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah hadir dalam satu Majlis Perpisahan Ust Hj Abdul Aziz Che Yakob, Pengarah JAKIM Caw. Sabah bertempat di Hotel Palace, Karamunsing Kota Kinabalu. Ust Hj Abdul Aziz telah bertugas sebagai Pengarah JAKIM Caw. Sabah selama 13 bulan dan akan di tukarkan di Istana Negara bagi menjawat jawatan sebagai Pegawai Agama. Walaupun bertugas dalam masa yang singkat, banyak jasa telah ditaburkan kepada rakyat di Negeri Sabah khususnya yang melibatkan aktiviti-aktiviti dakwah anjuran Ngo Islam. Beliau dikenali sebagai seorang yang baik hati, peramah, dan senang untuk didekati khususnya bagi membincangkan program-program dakwah. Program Bantuan Mangsa Banjir di Pitas pada 20 Januari 2009 merupakan aktiviti terakhir Ust Hj Abdul Aziz bersama dengan ahli-ahli Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah. Jasa serta komitmen Ust Hj Abdul Aziz dalam menjayakan program-program anjuran Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah khususnya akan dikenang dan amat dihargai. Sebagai rekod Ust Hj Abdul Aziz Che Yakob sebelum betugas di Sabah, pernah menjawat sebagai Imam di Masjid Wilayah Jalan Duta dan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PROGRAM ZIARAH PESAKIT WAD HOSPITAL QUEEN ELIZIBETH Kota Kinabalu, 31 Januari - Amal Sabah bersama dengan Ngo-Ngo Islam yang bernaung di bawah CONCERN telah bersetuju untuk mengadakan program ziarah di HQE Kota Kinabalu secara berterusan. Bagi memastikan program ziarah ini dapat dilaksanakan, jadual giliran bulanan telah ditetapkan mengikut kumpulan. Ini adalah penting bagi memastikan setiap Ngo dapat menyertai program ziarah sekurang-kurangnya sebulan sekali. Berikut adalah tarikh ziarah pesakit di HQE untuk makluman ahli Amal Sabah: 1. 8 Februari 2009 (Ahad) 2. 8 Mac 2009 (Ahad) 3. 15 Mac 2009 (Ahad) 4. 12 April 2009 (Ahad) 5. 10 Mei 2009 (Ahad) 6. 31 Mei 2009 (Ahad) 7. 14 Jun 2009 (Ahad) 8. 12 Julai 2009 (Ahad) 9. 9 Ogos 2009 (Ahad) 10. 23 Ogos 2009 (Ahad) 11. 6, 16 dan 27 September 2009 (Ahad) 12. 11 Oktober 2009 (Ahad) 13. 8 November 2009 (Ahad) 14. 29 November 2009 (Isnin) 15. 13 Disember 2009 (Ahad) 16. 18 Disember 2009 (Jumaat) Ziarah bermula jam 4.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Kehadiran setiap ahli Amal Sabah pada setiap waktu yang ditetapkan adalah diharapkan. Sasaran program adalah di tingkat 1 dan 2 (Bangunan lama 3 tingkat) HQE.
|
|||
Jumlah Pelawat:
Hakcipta terpelihara©2007 Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sabah |
|||