|Laman Utama | Sinopsis | Motto/ Visi/ Misi | Tujuan/ Matlamat | Keahlian | Rangka Program | Perhubungan |
| Program 2006 | Program 2007| Program 2008 |Program 2009 |Program 2010 | Program 2011 |

Sumbangan derma disalurkan ke akaun
BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) No.Akaun: 10016010054313
Atas Nama: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah

 

 

Kampung Kuligat, Pitas terletak lebih kurang 200 Kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Melalui tinjauan yang dibuat, boleh dikatakan 99 peratus penduduknya adalah beragama Islam. Kawasannya yang rendah menyebabkan hampir keseluruhan rumah terlibat dalam banjir tersebut. Walaupun banjir telah surut, kesan dari bencana alam ini jelas kelihatan di rumah-rumah sekitar kampung Kuligat.

Kedatangan rombongan Amal Sabah mendapat perhatian penduduk kampung bilamana penyampaian sumbangan dibuat terus kepada mangsa banjir yang terlibat dari rumah ke rumah. Kerjasama padu daripada pihak JHEAINS Pitas, penduduk kampung serta penyertaan sukarelawan Amal Sabah dari Pitas dan Kota Merudu telah memudahkan pengagihan sumbangan kepada penduduk kampung.

Lebih membanggakan, bilamana Pengarah JAKIM Cawangan Sabah turut hadir sama menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. Kedatangan tuan Pengarah telah membakar semangat sukarelawan-sukarelawan Amal Sabah untuk terus melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti amal pada masa yang akan datang.

Turut serta dalam misi bantuan tersebut adalah penggerak-penggerak dakwah JAKIM Sabah serta Ngo-ngo Islam yang bernaung di bawah CONSERN.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Jumlah Pelawat:

Hakcipta terpelihara©2007
Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sabah