Sumbangan derma disalurkan ke akaun BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) No.Akaun: 10016010054313 Atas Nama: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
Tidak ubah seperti rancangan "Bersamamu" di TV 3, keluarga Sarimah memerlukan perhatian dan bantuan daripada semua pihak.
Puan Sarimah Abdullah berasal dari Kuching Sarawak, telah datang ke bumi Sabah pada tahun 1993 setelah berkahwin dengan suaminya yang berasal dari Sabah. Masalah rumah tangga yang dihadapi beliau pada awal tahun 2008 menyebabkan Puan Sarimah terpaksa bekerja bagi menampung kehidupan mereka anak beranak. Bantuan RM 170 dari Jabatan Kebajikan dan gaji RM250 sebagai "Pump Attenden" di stesyen minyak, telah digunakan untuk menampung kos kehidupan mereka sekeluarga.
Ibu kepada 7 orang anak (3 lelaki dan 4 perempuan) tinggal menumpang di sebuah rumah berdekatan dengan jalan utama yang bakal dirobohkan oleh pemiliknya. Anak yang sulung sekarang berumur 15 tahun dan yang bungsu berumur setahun lima bulan. Rumah yang tidak berjendela, tiada bekalan air, dan tiada tandas yang sempurna menjadi tempat berteduh bagi mereka anak beranak. Bila ditanya tentang suaminya, beliau menyatakan bahawa mereka kini tidak hidup bersama tetapi masih belum berserai. Berkenaan makan minum, mereka sekeluarga hanya makan sehari sekali dengan nasi berlaukkan kicap. Jika rezeki lebih, hidangan ikan masin merupakan menu yang istimewa bagi keluarga ini. Beliau menambah "anak yang kecil ni hanya minum susu tin sahaja, tapi sihat jugak. Dulu guna susu Dumex, tapi sekarang indak mampu sudah". Bila ditanya, kenapa tidak tinggal sahaja dengan keluarga di Kuching?, katanya "Saya mahu balik kuching, tapi tiada duit. Tapi sebelum tu, kena minta izin denga suami dulu"
Insyaallah, AMAL SABAH akan membuat tindakan susulan bagi memastikan kebajikan keluarga ini lebih terbela. Sebarang bertanyaan bolehlah berhubung dengan Setiausaha AMAL SABAH di talian 0198502525.