| |
Peringkat Cawangan/Negeri Sabah Jangka Masa Pendek Khidmat Masyarakat dalam bidang sosial kebajikan, pendidikan, keagamaan dan kesihatan dengan kerjasama pelbagai pertubuhan dan agensi kerajaan.
Program Tangani Kemiskinan I “Sekampit Beras Sekilo Gula”
– kepada masyarakat yang dhaif dan miskin terutama di luar Bandar.
Bantuan segera kecemasan dalam sesuatu bencana alam.
Program Tangani Kemiskinan II “Pengumpulan Pakaian Terpakai”
– kepada masyarakat yang dhaif dan miskin terutama di luar Bandar.
Pembangunan minda remaja, wanita dan keluarga.
“Smart-Partnership” dengan pelbagai pertubuhan dan agensi kerajaan.
Mewujudkan cawangan AMAL Malaysia Negeri Sabah di setiap bahagian iaitu di Pedalaman Atas-Keningau, Pedalaman Bawah-Beaufort, Kudat, Sandakan dan Tawau.
Program kebajikan yang beterusan, teratur dan berkesan.
Kerjasama dengan seluruh cawangan AMAL Malaysia di samping bersama-sama pelbagai pertubuhan lain dan agensi kerajaan di dalam menggerakkan “smart team-work” bagi menjayakan program kemasyarakatan.
Bantuan segera dari aspek “human resource”, material dan kewangan bagi menghadapi sesuatu bencana alam atau malapetaka besar.
AMAL Malaysia adalah satu-satunya pertubuhan nasional yang telah menandatangani MOU dengan sebuah pertubuhan NGO Islam terkenal yang berpusat di London iaitu “Muslim Aid International” bagi kerjasama dalam menangani masalah kemasyarakatan, kebajikan dan kemanusiaan orang-orang Islam di Malaysia khasnya dan di rantau nusantara umumnya.
Bencana Tsunami pada 26hb Disember 2004 yang mengorbankan sebahagian besar nyawa di Aceh telah mencatatkan sejarah buat AMAL Malaysia kerana AMAL Malaysia adalah antara pasukan penyelamat pertama sampai di Aceh. Sumbangan besar AMAL Malaysia telah diberikan pujian oleh masyarakat dan pemimpin Indonesia serta masyarakat dunia.
|
|