ØMenggerakkan program sukarelawan masyarakat, seperti khidmat masyarakat, bantuan bencana alam, gotong royong dan bantuan kecemasan.
ØBersama kerajaan di dalam menangani masalah gejala social di kalangan masyarakat.
ØMenjalankan aktiviti perekonomian, perniagaan, pelaburan berlandaskan syarak dan pertanian yang boleh memberikan keuntungan kepada yayasan ini dengan syarat semua wang keuntungan yang didapati akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan pelbagai ativiti bagi tujuan Yayasan ini.
ØMengutip derma daripada orang perseorangan dan mana-mana pihak untuk tujuan Yayasan dengan persetujuan Mesyuarat Agong serta ianya tertakluk kepada kebenaran daripada Pendaftar Pertubuhan dan pihak berkuasa yang berkenaan.
ØUntuk menerima dan memegang harta-harta seperti tanah, bangunan dan lain-lain yang difikirkan oleh Jawatankuasa Yayasan sebagai membawa manfaat kepada ahli-ahli Yayasan.
ØBekerjasama dengan mana-mana yayasan, badan-badan bukan kerajaan atau badan-badan sukarela yang dibenarkan undang-undang untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada Yayasan, ahli dan masyarakat.