LEBIH 42 BUAH RUMAH TERBAKAR, LEBIH 70 KELUARGA HILANG TEMPA TINGGAL
Putatan, 26 Februari – Lebih 60 keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka terbakar dalam suatu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Sri Pandan, Putatan. Kebakaran yang memusnahkan lebih 42 buah rumah telah mengakibatkan banyak harta benda musnah dalam sekelip mata.
Keadaan rumah yang rapat dan jalan yang sempit telah menyukarkan tugas-tugas mengawal kebakaran oleh anggota bomba yang terlibat. Keadaan angin kencang selaju 20 – 30 kilometer sejam antara faktor api mudah merebak dengan cepat. Api yang mula merebak pada seawal jam 8.40 pagi hanya berjaya dikawal kira-kira jam 11.30 pagi. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Misi bantuan pertama daripada AMAL MALAYSIA Caw. Sabah kepada mangsa
kebakaran di Kg. Pandan Putatan Sabah telah dihantar selepas waktu asar di hari waktu kebakaran. Bantuan pertama adalah berbentuk berangan keperluan harian, minuman serta menyediakan makan malam kepada mangsa yang terlibat. Pada keesokkan paginya pula, bantuan dalam bentuk sarapan pagi dihulurkan.
Ketua Kampung, Kg. Sri Pandan, Hj Mahlan Haji Ag. Damit mengucapkan terima kasih atas bantuan segera yang diberikan. Menurut beliau, AMAL MALAYSIA Caw. Sabah adalah NGO pertama yang hadir memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran tersebut. Mangsa kebakaran telah ditempatkan di Surau al-Hidayah, Tabika Perpaduan dan Surau Firdaus.
AMAL MALAYSIA Caw. Sabah berharap mangsa yang terlibat bersabar dengan ujian yang menimpa. Semoga musibah yang menimpa dapat dijadikan pengiktibaran dan menjadikan kita lebih dekat kepada Maha Pencipta.




------------------------------------------------------------------------------------
PROGRAM DERMA DARAH DI MASJID NURUSSYAKIRIN, SANDAKAN
Sandakan, 7 Februari – AMAL MALAYSIA Caw. Sabah dengan kerjasama
Jawatankuasa Masjid Nurussyakirin, Sandakan telah berjaya melaksanakan program derma darah dan saringan kesihatan. Program yang bermula jam 9 pagi dan berakhir 12 tengahari telah mendapat sokongan penuh dari Bahagian Potologi, Hospital Dutch Off Kent, Sandakan.
Pengarah Program, En. Ramlan berkata sebanyak lebih 20 pine darah berjaya diperolehi dalam program tersebut. “Sambutan yang diperolehi sangat menggalakkan dan kita akan memperluaskan program seumpama ini di tempat lain sekitar Sandakan pada masa yang akan datang.”
Selain berpeluang menderma darah, para pengunjung khususnya ahli qariah di masjid tersebut berpeluang mendapat maklumat lanjut berkenaan tahap kesihatan serta lain-lain penerangan berkenaan penjagaan kesihatan.



------------------------------------------------------------------------------------
MANGSA BANJIR DI KOTA MERUDU DAPAT PERHATIAN AMAL MALAYSIA CAW. SABAH
Kota Merudu, 17 Januari – Hujan lebat yang turun tanpa henti di beberapa Bahagian di negeri Sabah telah mengundang banjir di beberapa kawasan di Pandalaman Sabah. Kota Merudu merupakan salah satu kawasan yang terlibat dengan banjir tersebut. AMAL MALAYSIA Caw. Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Tuan Haji Khairan Untoh hadir bersama dengan beberapa ahli sukarelawan AMAL MALAYSIA memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat.
Bantuan dalam bentuk makanan harian telah disampaikan kepada mangsa dengan dibantu penduduk kampung dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak JKKK. Semoga sumbangan yang tidak seberapa dapat meringankan keperitan dan kesusahan yang menimpa akibat banjir yang
------------------------------------------------------------------------------------
AMAL MALAYSIA CAW. SABAH SAMPAIKAN SUMBANGAN "WATER PUMP GRAVITY"
Keningau, 3 Januari – AMAL MALAYSIA Caw. Sabah telah mengadakan majlis
penyerahan 'water pump gravity' kepada sebuah kampung di daerah Sook, Keningau. “Water pump” yang dibekalkan adalah merupakan hasil sumbangan dan kutipan dari jamuan Makan Malam Amal yang diadakan pada bulan Julai tahun 2009. Kg. Mustika, Sook merupakan kampung yang dipilih begi melaksanakan program yang julung kalinya diadakan. Kampung yang terdiri daripada 20 keluarga ini hanya bergantung sumber air hujan semata-mata. Mereka terpaksa meredah perjalanan berkilometer untuk mencari sumber air sekiranya hujan tidak turun lebih dari seminggu.
Ketua kampung Mustika, Ust Sufian Abdullah menyatakan bahawa sejak kampung ini dibuka dengan rasmi pada tahun 2003 dan sebenarnya telah diterokai dari tahun 70an lagi belum ada mana-mana pihak hadir untuk menghulurkan bantuan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Menurut beliau lagi, kesediaan AMAL MALAYSIA Caw. Sabah turun padang untuk membantu penduduk sangat dialu-alukankan serta menepati sasaran. "Ini merupakan suatu usaha yang amat murni. Sumbangan yang diberikan oleh Amal Malaysia tidak akan kami lupakan sehingga keakhir hayat kami" Tambah beliau.
Pada majlis perasmian tersebut, Tn. Hj. Khairan Untoh yang juga Pengerusi AMAL
MALAYSIA Caw. Sabah melahirkan rasa syukur, dan berharap semoga dengan adanya sumber air ini akan dapat mendekatkan lagi diri kepada Allah s.w.t dengan menyempurnakan ibadat kepadaNya. Seterusnya pada majlis tersebut, AMAL MALAYSIA Caw. Sabah juga telah menyampaikan sumbangan beras, gula dan keperluan harian kepada 10 keluarga miskin di kampung tersebut.
Turut hadir bersama pada rombongan tersebut ialah Mohd Ridhuan Othman selaku Setiausaha AMAL MALAYSIA Caw. Sabah, Pn. Noor Rafidah Abd Hamid selaku Naib Pengerusi 3 AMAL MALAYSIA Caw. Sabah dan Nadir An Nuri Kamarulzaman selaku wakil dari Persatuan Siswazah Sabah.

------------------------------------------------------------------------------------
ZIARAH AMAL DI KG. TAMBULAONG TUARAN.

Tuaran, 1 Januari – AMAL MALAYSIA Caw. Sabah bersama dengan Persatuan Ulama’ Malaysia Caw. Sabah dan JAKIM Sabah telah sama-sama mengadakan program ziarah di sebuah perkampungan muallaf lebih kurang 35 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Majlis diadakan di Surau at-Taqwa yang kecil dan agak terpencil. Majlis ringkas ini telah dipengerusikan oleh Dr Aliakhbar dari Persatuan Ulama’ Malaysia. Ust Nahar selaku Naib Pengerusi II AMAL MALAYSIA Caw. Sabah telah memberikan tazkirah kepada 30 orang penduduk kampung yang hadir dalm majlis tersebut.
Dalam pada itu, dialog ringkas juga diadakan bersama mereka khususnya berkaitan tentang keperluan pengajian asas fardhu ain, masalah kemasyarakatan dan sebagainya. Insya Allah, penganjur akan mencuba menangani beberapa masalah yang diutarakan.
Program diakhiri dengan penyampaian sumbangan berbentuk pakaian solat, taqwim, buku panduan solat, makanan asasi seperti beras, gula dan lain-lain kepada penduduk kampung yang terlibat.