|Laman Utama | Sinopsis | Motto/ Visi/ Misi | Tujuan/ Matlamat | Keahlian | Rangka Program | Perhubungan | Sumbangan derma disalurkan ke akaun
|
||
|
ZIARAH PESAKIT DI HQE SEMPENA TAHUN BARU 1430 HIJRAH Kota Kinabalu, 28 Dis - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bersama dengan rakan-rakan dari Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dan Persatuan Siswazah Sabah (PSS) telah mengadakan ziarah pesakit di Hospital Queen Elizibeth, Kota Kinabalu. Ziarah pesakit bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1430 ini diadakan adalah sebagai azam bagi ahli-ahli Amal Sabah memulakan tahun baru Hijrah dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
------------------------------------------------------------ AMAL SABAH SERTAI BENGKEL PENYELARASAN NGO ISLAM SABAH Pada 20 hingga 21 Disember 2008, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bersama dengan Setiauasaha dan Ajk Biro Sosial dan Pembangunan Keluarga telah menghadiri Bengkel Gabungan NGO Islam Sabah bertempat di Beringis Resort, Sabah. Seramai 40 orang perserta yang mewakili lebih 13 NGO Islam dan NGO yang beraspirasikan Islam telah hadir dalam bengkel tersebut. Tuan Haji Khairan Untoh yang juga Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah adalah merupakan Timbalan Pengerusi bagi Council of Sabah’s Islamic NGO (CONSERN). --------------------------------------------------- ZIARAH KE RUMAH ENCIK YUSRI MAMAT
Papar, 21 Disember – Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh bersama beberapa ahli rombongan telah mengadakan ziarah ke rumah seorang aktivis Amal bertempat di Papar, Sabah. Encik Yusri Mamat, seorang aktivis Yayasan Amal Sabah telah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Likas pada 18 November 2008 ketika dalam perjalanan ke Masjid Bandaraya Likas. Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah berdoa agar beliau bersabar dengan dugaan yang menimpa dan terus istiqamah dalam melakukan kerja-kerja amal di negeri Sabah. --------------------------------------------------- PROGRAM QURBAN AMAL 1429H Program Qurban Amal 2008 yang bermula pada 3 – 15 Disember 2008 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh jayanya. Program yang dilaksanakan oleh Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah dan JHEAINS telah meninggalkan banyak kenangan manis dalam melaksanakan aktiviti dakwah khususnya di Pendalaman Sabah. Program Qurban Amal ini telah mendapat sokongan penuh daripada Yayasan Amal Malaysia yang diketuai oleh suadara Akhwan Afandi serta wakil dari Amal Cawangan Pahang. Sebanyak 10 ekor lembu untuk qurban dan 2 ekor lembu aqiqah berjaya disempurnakan di beberapa lokasi yang terpilih sepanjang program berlangsung. Berikut adalah catatan ringkas berhubung dengan aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung: Tarikh : 5-7 Disember Tarikh : 8 - 9 Disember 2008 Tarikh :10-12 Disember 2008 Tarikh : 10 Disember 2008
--------------------------------------------------- AMAL Sabah di 1Borneo Hypermall Kota Kinabalu
KOTA KINABALU, 17 Nov – Sempena 30 tahun penubuhan JAKIM Cawangan Sabah, Program Karnival Dakwah telah di adakan bertempat di 1Borneo, Sabah. Karnival yang bermula pada 14 hingga 17 November telah menerima beribu-ribu pengunjung untuk mengikuti pelbagai program yang dirancang. Sehubungan dengan itu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bersama dengan beberapa agensi dan pertubuhan bukan kerajaan Islam telah megadakan pameran di sepanjang Karnival berlangsung. Pameran anjuran JAKIM diadakan adalah bertujuan untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti dakwah yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta NGO Islam disamping mempromosikan Islam kepada masyarakat di Negeri Sabah. Beberapa agensi yang terlibat adalah JAKIM Cawangan Sabah, Jab. Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Biro Bantuan Guaman Negeri Sabah, Pusat Pungutan Zakat Nageri Sabah, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, USIA, ABIM, dan SAHABAT. -------------------------------------------------- Program AMAL Sabah Di Pulau Pamaguan, Sandakan Sandakan, 27 Oktober – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama JAKIM Cawangan Sabah dan JHEAINS telah berjaya menganjurkan Program Khidmat Masyarakat di Pulau Pamaguan, Sandakan. Program selama tiga hari bermula pada 25 hingga 27 Oktober 2008 telah berjalan dengan jayanya.
Program kemasyarakatan yang dipimpin oleh Encik Sahar Abdul Majid bersama lebih kurang 50 orang ahli rombongan telah mengadakan pelbagai program khas untuk masyarakat di pulau tersebut. Adalah diharapkan, program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa yang akan datang. Ianya merupakan suatu usaha murni yang mampu memupuk dan mengeratkan hubungan ukhuwah antara masyarakat dan ahli Amal Sabah. ---------------------------------------------------- AMAL Sabah Sertai Kunjungan Ke JHEAINS
Dalam pertemuan lebih satu jam, pelbagai isu telah dibangkitkan khususnya berkaitan dengan kegiatan dakwah dan cabaran yang mesti dipikul oleh NGOs dan agensi-agensi agama di negeri ini. Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan haji Khairan Untoh yang juga merupakan Timbalan Pengerusi CONSERN berpendapat kerjasama CONSERN dengan pihak JHEAINS amat penting dan mampu menyatukan umat Islam di negeri ini dalam menangani suasana dan keadaan yang mencabar. Pelbagai kepakaran di dalam CONSERN yang mungkin tidak ada di dalam JHEAINS, boleh dimanfaatkan sebaiknya. Pengarah JHEAINS, Tuan Haji Amri A. Suratman dalam ucapannya menyarankan agar NGOs dapat memainkan peranan yang bersesuaian dengan kepakaran dan kekuatan yang dimiliki masing-masing dalam menjalankan dakwah di negeri ini. Sebelum itu, pengerusi CONSERN, Tuan Haji Sanuri Yahmin dalam ucapannya menyatakan bahawa NGOs yang bernaung di bawah CONSERN diwujudkan bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana agensi atau jabatan agama di negeri ini. CONSERN akan memperjuangkan kepentingan umat Islam serta memainkan peranan dalam menyuarakan hasrat dan isi hati umat Islam di negeri ini. --------------------------------------------------- Yayasan Amal Sertai Program Ziarah Ramadhan ke Hospital Queen Elizibeth
CONSERN dianggotai oleh WADAH Negeri Sabah, CONSERN di Pengerusikan oleh Encik Sanuri Yahmin dari WADAH. Manakala Timbalan Pengerusi disandang oleh Tuan Haji Khairan Bin Untoh dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah. ---------------------------------------------------
Program Jelajah Ramadhan telah dilancarkan pada 9 Ramadhan 1429 H bertempat di Bangunan Penginapan Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah. Program selama 13 hari ini adalah anjuran bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, JAKIM Cawangan Sabah dan JHEAINS telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Bin Untoh. Program ini diadakan bertujuan untuk mengimarahkan masyarakat dengan aktiviti kerohanian serta merapatkan ukhuwah dikalangan penduduk setempat. Program Jelajah Ramadhan merupakan program berbentuk ziarah ke kampung di sekitar Daerah Ranau, Kudat, Pitas, Kota Kinabalu dan Sandakan. Antara pengisian program ini adalah majlis berbuka puasa, Kem Ibadat, Kem Motivasi, ziarah rumah ke rumah, penyampaian sumbangan berbentuk makanan dan pakaian serta lain-lain program bercorak kerohanian. Adalah diharapkan, program ini dapat mempromosikan kesyumulan ajaran Islam sekaligus mempereratkan hubungan silaturrahim antara penduduk kampung dan ahli Yayasan Amal Malaysia. -------------------------------------------------------------- Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah Berjaya Anjur Konvoi Amal
Konvoi selama dua hari satu malam ini memulakan aktivitinya dengan menyampaikan sumbangan kebajikan kepada penduduk miskin di Kg. Kayu Putih Kota Belud. Perjalanan seterusnya adalah menuju ke Kg, Rukom Pitas. Ustaz Jumat Abd Razak selaku ketua Program bersyukur kerana program ini berjaya dilaksanakan dan berterima kasih kepada semua ahli Yayasan Amal serta penduduk kampung kerana memberi sokongan penuh dalam menjayakan program ini. Encik Onsud (memeluk Islam pada tahun 2007) yang merupakan ketua Kg. Rukom Laut, Pitas dalam ucapannya merasa amat gembira kerana inilah satu-satunya program yang telah berjaya memberi mereka kesedaran dan semangat baru dalam mengamalkan Islam dengan sebaiknya. Kg Rukom Laut, Pitas mempunyai lebih kurang 150 orang penduduk yang majoritinya beragama Islam. Selain itu terdapat juga mereka yang tidak mempunyai agama (Pagan). Sebagai rekod, Pitas adalah daerah yang termiskin di Malaysia. ----------------------------------------------------- Program Ziarah Bersama Masjid Negeri Sabah Bagi memastikan usaha dakwah berterusan, Syukbah Kebajikan Masjid Negeri Sabah dan Persatuan Ulama' Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan aktiviti ziarah pesakit di Hospital seminggu sekali iaitu setiap hari Ahad selepas solat Asar. Sebagai usaha menyokong aktiviti sedemikian, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bersetuju untuk memberi komitmen yang penuh dalam menjayakan program tersebut. Sehubungan dengan itu, kepada ahli yang berminat untuk mengikuti program ziarah, bolehlah berada di perkarangan Masjid Negeri Sabah setiap ahad selepas solat Asar. Program ziarah akan bermula dari jam 4.50pm hingga 5.30pm.
----------------------------------------------------- Program Ziarah Pesakit HQE Kota Kinabalu
Dalam lawatan tersebut, kebanyakkan pesakit amat terharu dengan kehadiran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah. Ini kerana kehadiran pertubuhan-pertubuahan Islam bukan kerajaan di Hospital ini adalah terhad. Sehubungan dengan itu, selain sumbangan kebajikan kepada para pesakit, doa selamat terhadap setiap pesakit muslim dilakukan. Semoga mereka tabah mengahadapi ujian daripada Allah Subhanahu Wata'ala. ----------------------------------------------------- Program Mesra Desa Dapat Sambutan
Program yang di adakan pada 21-23 Mac 2008 adalah anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau telah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan. ----------------------------------------------------- KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT JAKIM CAWANGAN SABAH
KOTA KINABALU, 3 Mac – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengerusinya, Tuan Haji Khairan Bin Untoh telah membuat kunjungan hormat ke Pejabat Pengarah, Jakim Cawangan Sabah yang terletak di Bangunan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah. Kunjungan hormat ini diadakan berikutan perlantikan Ustaz Abdul Aziz Bin Che Yaacob sebagai Pengarah JAKIM Cawangan Sabah yang menggantikan Tuan Haji Paimuzi Yahya yang kini bertugas sebagai Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). Dalam kunjungan tersebut, Pengarah JAKIM Cawangan Sabah berharap agar hubungan antara Yayasan Amal Cawangan Sabah dengan JAKIM Cawangan Sabah dapat diteruskan khususnya bagi menjayakan program-program dakwah di negeri Sabah. Bagi pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan berharap dengan perlantikan Ustaz Abdul Aziz Bin Che Yaacob sebagai Pengarah JAKIM Cawangan Sabah yang baru, program-program dakwah dapat lebih diperhebatkan disamping kerjasama serta hubungan erat yang sedia ada antara JAKIM Cawangan Sabah dengan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dapat diteruskan dari semasa ke semasa. ----------------------------------------------------- MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG INANAM LAUT , SABAH TERIMA SUMBANGAN
Kota Kinabalu, 15 Februari 2008 - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dan Jawatankuasa Syukbah Dakwah dan Pendidikan Masjid Negeri Sabah telah menghulur sumbangan dengan memberikan bantuan berupa peralatan solat 100 helai kain, telekung dan sajadah kepada semua 23 keluarga mangsa kebakaran di Kampung Inanam Laut. Dalam kejadian kebakaran pada petang 14 Februari 2008, 23 keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran. Ketika bantuan disampaikan, para mangsa kebakaran ditempatkan sementara di perkarangan Masjid Kg. Inanam Laut. Adalah diharapkan, bantuan yang disumbangkan akan dapat memudahkan para mangsa mengerjakan kewajipan solat lima waktu. ----------------------------------------------------- HARI KELUARGA AMAL SABAH
Pantai Tanjung Aru, 3 Febuari 2008 - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan program Hari Keluarga yang di adakan di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah. Seramai lebih 50 orang hadir untuk menjayakan program tersebut. Disamping dapat menjamu selera dengan juadah yang disediakan, para keluarga ahli dapat saling kenal mengenali dan berkenalan antara satu sama lain disamping dapat merehatkan akal fikiran dengan memerhatikan keindahan alam ciptaan Tuhan.
|
||
Jumlah Pelawat:
Hakcipta terpelihara©2007 Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sabah |
||