|Laman Utama | Sinopsis | Motto/ Visi/ Misi | Tujuan/ Matlamat | Keahlian | Rangka Program | Perhubungan |
| Program 2006 | 2007| 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013| 2014 |Galeri Video |

Sumbangan derma disalurkan ke akaun
BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) No.Akaun: 10016010054313
atas nama: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
Al-Rajhi No. Akaun : 19200-1110830185
atas nama: Yayasan Amal Malaysia (Amal)

 

GEMPA BUMI DI PADANG: KENYATAAN MEDIA PRESIDEN AMAL MALAYSIA


Active ImageYayasan Amal Malaysia atau AMAL MALAYSIA) adalah diantara NGO “charity and relief” yang menerima amanah dari Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri Malaysia di dalam menggerakkan misi menyalurkan bantuan kemanusiaan dan pemulihan semula kawasan konflik Gaza, Palestin. Yayasan Amal mjuga turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan di hampir semua kawasan konflik dan bencana besar di rantau ini seperti di Indonesia, Sri Langka, Bangladesh, Lubnan, Iran, Myanmar Thailand, Pakistan, Kashmir, China, dan Mindanao disamping program korban di kawasan miskin tegar di 12 negara serantau. Tidak ketinggalan tentunya khidmat kemanusiaan dan kemasyarakatan di negara sendiri, Malaysia tercinta.

Active Image Hari ini dunia digemparkan dengan bencana besar yang melanda di beberapa kawasan di rantau ini seperti taufan Katrina di Manila dan gempa besar di Padang, Sumatera serta Samoa. Di Padang, Sumatera, lebih 2000 yang disahkan mati dan lebih 4000 masih hilang atau terperangkap. Ribuan rumah kediaman dan bangunan ranap dan musnah. Ratusan ribu yang hilang  tempat tinggal, tercedera, hilang mata pencarian, bergelap terputus bekalan makanan, letrik dan bekalan air bersih.
Active ImagePasukan bentuan pertama AMAL MALAYSIA di Padang dihari kedua bencana terus disana sehinggga sekarang diikuti pasukan kedua pada Sabtu 3 Oktober dan pasukan ketiga akan berlepas pada 7 Oktober 2009. Mereka terdiri daripada medic team, logistic dan sosial kaunselor. Alhamdulillah, kami bekerja sepasukan bersama workers Persatuan Bulan Sabit Merah Indonesia dan Persatuan Muamalat Indonesia dan turut disertai oleh beberapa rakan NGO daripada Turkey dan Eropah. Missi bantuan kemanusiaan Yayasan lebih tertumpu kepada bidang perubatan (medic team), bantuan makanan, khemah penginapan sementara dan bekalan air bersih. Dua team teknikal bekalan air bersih  akan berlepas pada hari sabtu terdekat ini (10 Oktober 2009).


Active Image AMAL Malaysia ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang telah menyumbang. Namun, kami ingin terus merayu rakyat Malaysia yang prihatin, orang-orang perseorangan, badan-badan swasta, organisasi-organisasi masyarakat, masjid dan lain-lain untuk terus menghulurkan sumbangan kepada saudara-saudara kita yang sedang menerima uijan Allah, kesempitan dan ancaman maut di Padang, Sumatera sekarang ini.
AMAL Malaysia berbesar hati menawar diri menjadi perantara kepadapa masyarakat Malaysia prihatin dengan mangsa bencana yang malang ini dan kepada tenaga-tenaga perubatan serta tenaga-tenaga pakar yang ingin mengambil pengalaman berkihdmat boleh berhubung dengan ibu pejabat kami di 127-2, Jalan SBC 1, Taman Seri Batu Caves, Selangor atau menalifon di talian +603 61874382 atau hubungi terus kami, Hj Hussin Ismail (Presiden) +6019 9511860, Hj Jamuliddin Hj Elias (Timb Presiden, Ketua Bantuan Kemanusiaan) +6019 6644796 / +6281376652890 (local phone Padang), Dr Rani (Ketua Relief) +6013 9279256 atau Hj Zaman (Bendahari) +6019 9831927.


Akaun Yayasan Amal Malaysia adalah :
MAYBANK Malaysia Berhad (MBMB) NO: 553010122090
Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) NO: 13010002499715
Hongkong & Shanghai Bank (HSBC) No: 001057884021


Sekian, Wasalam.Terima Kasih.
Haji Husin Ismail
Presiden
Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

LEBIH 500 KELUARGA MISKIN DAN ANAK YATIM DAPAT PERHATIAN AMAL SABAH

Di sepanjang Bulan Ramadhan tahun 1430H, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah (AMAL SABAH) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan program ‘JELAJAH RAMADHAN’ di beberapa Bahagian di Negeri Sabah. Program ini merupakan program tahunan AMAL SABAH sempena bulan Ramadhan al-Mubarak.

Program JELAJAH RAMADHAN pada kali ini telah mencatat sejarah tersendiri bilamana lebih 500 keluarga telah menerima bantuan terus daripada AMAL SABAH. Mereka yang menerima bantuan adalah terdiri daripada anak-anak yatim, fakir miskin dan saudara-saudara baru (muallaf). Tempat-tempat yang menjadi tumpuan adalah di Kota Belud, Kota Merudu, Pitas, Ranau, Kundasang, Beoufort, Sandakan dan sekitar Kota Kinabalu.Beberapa aktiviti berjaya dilaksanakan di sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah ziarah amal, majlis berbuka puasa, tazkirah ramadhan, solat tarawikh berjemaah dan penyampaian bantuan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.  

Pengarah Program Tuan Haji Akriah ketika dihubungi berkata “Program kali ini berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Kita berjaya menyampaikan sumbangan terus kepada mereka yang memerlukan khususnya masyarakat Islam di Kota Merudu, Pitas dan Ranau walaupun terpaksa melalui jalan yang sukar atau laluan yang kurang sempurna”. Dalam melaksanakan tugas kebajikan ini, kerjasama daripada pihak JHEAINS dan JAKIM amat memuaskan. Begitu juga sambutan yang diberikan oleh penduduk setempat ketika rombongan kami hadir amat menggalakkan. Senyuman di wajah mereka tidak menggambarkan kesusahan yang sebenarnya mereka hadapi. Apa yang pasti, mereka redha dan tabah dalam menghadapi kesusahan dan ujian yang menimpa.

Salah seorang penerima bantuan adalah Encik Andog Bin Malum dari Kota Merudu. Beliau baru memeluk Islam dua bulan lepas bersama seluruh anggota keluarganya. Kedhaifan dalam kehidupan mereka sekeluarga terpancar melalui keadaan rumah yang mereka duduki. “Syukur kamu datang. Pakcik baru  masuk Islam 2 bulan lepas bersama seluruh keluarga dan menantu. Kini pakcik lebih rasa tenang setelah peluk Islam”. Selain itu, Puan Ayuning  Binti Simum juga dari Kota Merudu adalah antara penerima sumbangan daripada pihak AMAL Sabah. Beliau merupakan seorang ibu tunggal yang terpaksa menampung pembelajaran dua orang anaknya yang masih kecil. Mereka sekeluarga tinggal di rumah yang diperbuat dari buluh. “Makcik dan anak-anak bersyukur dan berterima kasih atas perhatian yang kamu berikan kepada kami” kata beliau dalam bahasa dusun.


Pengorbanan ahli AMAL SABAH dalam menjayakan proram ini amat di hargai. Begitu juga kepada para penyumbang, terima kasih kami ucapkan atas kepercayaan yang diberikan. Al-Hamdulillah, amanah yang diserahkan kepada kami telah kami laksanakan. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

"RAMADHAN MEMBINA MUSLIM BERTAQWA"    

------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMAL SABAH SAMPAI SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM

DSC01251.JPGPUTATAN, 15 September – Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak, anak-anak yatim dari sekolah Kebangsaan Putatan telah mendapat perhatian dari pihak AMAL SABAH. Tuan Haji Khairan Untoh, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah (AMAL SABAH) telah menyampaikan sumbangan kepada 35 orang anak yatim dan miskin yang menuntut di sekolah tersebut.

Guru Besar SK Putatan dalam ucapannya, merasa bersyukur atas perhatian yang diberikan oleh AMAL SABAH terhadap anak-anak yatim dan miskin yang menuntut di sekolah tersebut. Beliau berharap, anak-anak yang menerima sumbangan tersebut dapat membelanjakan wang untuk persiapan hari raya dan bukan untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah.

Pengerusi AMAL SABAH mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberi ruang kepada AMAL SABAH menabur bakti di sekolah tersebut. Beliau memaklumkan bahawa AMAL SABAH telah diberikan kepercayaan oleh beberapa individu untuk memberikan bantuan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di sepanjang Ramadhan ini. “Program pada hari ini merupakan salah satu kewajipan yang berjaya kami laksanakan” ujar beliau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

TANGISAN MINDANAO DI BULAN RAMADHAN


KOTA KINABALU 2 September -  Umat Islam Mindanao telah sekian lama menjadi pelarian di Negara sendiri. Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan dari agensi Pertubuhan Bagsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih daripada  500,000 orang umat Islam Mindanao telah menjadi pelarian akibat pertempuran antara tentera Filipina dan Moro Islamic Liberation Front (MORO). Mereka ini tinggal di khemah-khemah, dewan-dewan sekolah dan di mana-mana sahaja tempat yang boleh dijadikan tempat berteduh. Bantuan daripada umat Islam amat diperlukan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka.


Pengarah Program Rayuan Untuk Mindanao Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh berkata, program ini akan dijadikan program yang berterusan dalam usaha membantu umat Islam di Mindanao yang miskin dan menjadi mangsa akibat pertembungan antara pihak kerajaan dan MORO. Perhatian serta bantuan dari badan-badan ngo amat penting dalam meringankan beban yang ditanggung oleh mereka khususnya dalam keadaan umat Islam yang sedang berpuasa dan akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Katanya lagi, bantuan dari Negara-negara jiran khususnya daripada umat Islam di Malaysia amat diperlukan. Sabah yang merupakan negeri paling hampir dengan gugsan kepulauan Mindanao merupakan lokasi yang sesuai sebagai pusat pengumpulan bantuan untuk disalurkan kepada umat Islam di sana.

Beliau berkata, sumbangan akan disampaikan terus kepada Umat Islam di Mindanao oleh wakil AMAL SABAH di sana. Kepada mereka yang prihatin dengan kesangsaraan, rintihan dan tangisan penduduk Mindanao, bolehlah menyalurkan bantuan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), no. akaun 10016010054313. Semoga sumbangan serta ihsan saudara saudari dan juga badan-badan korporat ke dapat meringankan beban penduduk Mindanao khususnya umal Islam akan menyambut ketibaan syawal. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekretariat “Program Rayuan Untuk Mindanao” di talian 0198024970.  

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMAL SABAH ANJUR KURSUS INTENSIF PERUBATAN ISLAM

Membakut, 16 Ogos – Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Pusat Perubatan Islam Darussalam telah berjaya mengadakan Kursus Intensif Perubatan Islam selama dua hari bertempat di Borneo Golf Resort, Membakut Sabah.

Program yang dikendalikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Ismail Bin Kamus telah dihadiri seramai lebih kurang 35 orang peserta dari sekitar Beoufort. Tuan Haji Khairan Untoh, Pengerusi Amal Sabah telah hadir dan seterusnya merasmikan Kursus tersebut. Dalam ucapannya, Pengerusi Amal Sabah berterima kasih atas kesudian Dato’ Ismail Kamus untuk hadir mencurahkan ilmu dan berkongsi pengalaman berkenaan dengan perubatan Islam. Beliau berharap para peserta mampu menguasai ilmu perubatan tersebut khususnya bagi tujuan dakwah di Negeri Sabah.

Program intensif ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan asas serta teknik sebenar berkenaan rawatan Islam disamping dapat melahirkan pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

Disepanjang kursus tersebut, para peserta diberi pendedahan sebenar samada secara tiori mahupun praktikal berkenaan perubatan Islam. Program susulan kepada peserta akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Dato’ sendiri pada masa yang terdekat. Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan program tersebut , bolehlah menghubungi pengarah program Ustaz Ruslimi Zakaria di talian 0138881566.

 

---------------------------------------------------------------------

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA AZHAN ATAN DI DEWAN SINAR MUSTIKA, PUTATAN

Putatan, 24 Julai - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah berjaya menganjurkan 'Majlis Makan Malam Amal' bersama Juara Akademi Nasyid, Saudara Azhan Atan. Majlis yang bermula pada pukul 8.30 malam dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ust Jumat selaku Ahli Jawatankuasa AMAL Sabah mewakili Tn. Hj. Khairan Untoh, Pengerusi AMAL Sabah yang tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Lumpur.

Kehadiran hampir 100 tetamu ke majlis ini, telah mencapai objektif program bagi mengumpul dana untuk membeli dan seterusnya menyediakan prasarana 'Water Pump Gravity' untuk beberapa buah kampung disekitar Keningau. Kejayaan menganjurkan program ini telah memberi ruang kepada AMAL Sabah untuk terus berusaha menabur bakti kepada masyarakat pendalaman yang masih kekurangan kemudahan asas.Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Sdr Nazrey Johani (bekas ahli kumpulan Raihan) yang turut menyumbang tiga buah lagu. Majlis ini di kendalikan oleh Ust Akhwan Affendi (pengurus ADNIN) yang juga Ahli Jawatankuasa Yayasan Amal Pusat.


Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh tetamu, penyumbang dan artis jemputan yang hadir bagi menjayakan majlis ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMAL SABAH LAKSANAKAN "KEMBARA AMAL"

Ranau, 8 Julai - Seramai 11 orang ahli rombongan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah yang diketuai oleh Timb. Pengerusi Amal Sabah, Tuan Haji Ikhriah berjaya melaksanakan program Kembara Amal 09. Program yang dilaksanakan selama dua hari ini bertujuan mendekati masyarakat di sekitar Daerah Ranau dan Kota Belud disamping dapat menjalinkan hubungan ukhuwah yang sedia terjalin sebelum ini.

Program Kembara Amal telah memulakan perjalanan seawal jam 7.30 pagi dari Kota Kinabalu - Ranau dengan menaiki dua kereta 4WD yang memakan masa selama 1 jam 30 minit. Antara tempat yang di ziarahi di sana adalah Kg. Kinandusan, Kg. Dumpiring, dan Kg Bundu Tuhan. Di Ranau, kami disambut oleh Encik Suhaidi Mosidang, Pengerusi J/Kuasa Surau Kg Kinandusan. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah penyampaian bantuan barang-barang keperluan serta pakaian terpakai, kuliah maghrib dan ziarah surau di kawasan sekitar. Ahli rombongan telah menginap di rumah milik salah seorang ahli rombongan di Kg. Kinandusan, Ranau.

Pada keesokan harinya, ahli rombongan berpeluang untuk membeli barangan keperluan di Tamu Kota Belud serta lawatan ke projek penternakan ikan keli yang dimiliki oleh Timbalan Pengerusi sendiri. Disamping itu, bantuan turut dihulurkan kepada tiga keluarga di Kg. Tamau yang telah ditimpa musibah baru-baru ini. Program yang berakhir pada jam 2 petang ini telah berjaya mewujudkan beberapa resolusi yang mesti dilaksanakan dalam masa terdekat. Aktiviti susulan akan dirancang bagi memastikan kesinambungan dakwah di daerah ini dapat diteruskan. Kembara Amal berehat seketika. Lokasi lain di Sabah akan menjadi tumpuan kembara seterusnya, Insyaallah.

--------------------------------------------------------------------------------------------

LAPAN BUAH RUMAH MUSNAH DALAM KEBAKARAN

Kota Kinabalu, 5 Julai - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah tampil menghulurkan bantuan kepada 8 keluarga mangsa kebakaran dekat Taman BDC, Kolombong. Kebakaran yang berlaku pada awal pagi 2 Julai 2009 telah memusnahkan lapan buah rumah kongsi di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba Negeri, Mohd Afendi K. Ramin berkata, pihak bomba telah berjaya memadamkan kebakaran selama lebih kurang 15 minit. Sebuah jentera bomba bersama enam anggota tiba di tempat kejadian pada jam 6.41 pagi. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada 7.10 pagi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 8.49 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumbangan kepada mangsa berbentuk bahan makanan dan pakian telah disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh. Dalam ucapannya, beliau berharap musibah yang berlaku dapat dijadikan iktibar serta pengajaran dan berharap mangsa sentiasa muhasabah diri agar dapat meneruskan kehidupan dengan memohon hidayah kepada Allah SWT. Turut hadir adalah Ketua Biro Kemanusiaan dan Relief, Ust. Ahmad Fawwaz Shabuddin.

--------------------------------------------------------------------------------------------
SIRI CERAMAH KESIHATAN DAN MOTIVASI KELUARGA
"Dirimu Permata Berharga dan Reproduktif Kanser Di Kalangan Wanita"

Penceramah: Dr Maimunah Fadzil (Perunding Perbidananan & Pakar Sakit Puan)

TARIKH: 3 Julai 2009 (Jumaat)

MASA: 8.30 pm

TEMPAT: Bilik Sri Kota Belud, Bangunan Tabung Haji, Kota Kinabalu Sabah

ANJURAN : YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH & FARMASI ASLAM

'MASUK ADALAH PERCUMA!!! SEMUA DIJEMPUT HADIR'

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMAL SABAH SERTAI LIGA SUKAN AGENSI AGAMA DAN NGO's ISLAM SABAH

Likas, 16-17 Mei - Buat pertama kalinya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) telah menganjurkan Liga Sukan Agensi Agama dan NGO's Islam Sabah bertempat di Perkarangan Kompleks Sukan Likas, Sabah. Program yang berlangsung selama 2 hari telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B. Sanator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir Hj Baharom (B).

Sebanyak 10 jenis sukan telah dipertandingkan. Antarannya Bola Sepak, bola tampar, ping pong, sepak takraw dan bowling. Amal Sabah yang bergabung dengan NGO's Islam Sabah yang bernaung di bawah CONCERN telah menyertai sukan bola tampar lelaki dan Ping pong lelaki. Dalam pertandingan tersebut, Amal Sabah telah berjaya memberi saingan yang hebat kepada pasukan-pasukan yang lebih handal seperti KAGAT dan MUIS. Walupun tewas dalam semua perlawanan, pujian seharusnya diberikan kepada wakil-wakil Amal Sabah dalam perlawanan tersebut atas kesungguhan yang ditunjukkan disepanjang perlawanan berlangsung.

Dalam pertandingan tersebut, JHEAINS telah muncul juara keseluruhan Liga Sukan Agensi Agama dan NGO's Islam Sabah kali pertama bagi tahun 2009. Amal Sabah mengucapkan tahniah kepada semua agensi agama dan Ngo's Islam yang terlibat dalam menjayakan sukan tersebut. Tahniah kepada JAKIM SABAH dan JHEAINS atas anisiatif yang dilakukan bagi memastikan terlaksananya sukan yang mengabungkan semua agensi agama di Negeri ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT AGUNG YAYASAN AMAL MALAYSIA KALI KE 5 DIADAKAN DENGAN JAYANYA

Kelana Jaya, 25 April - Seramai 4 orang ahli daripada AMAL Sabah yang diketuai oleh Pengerusi AMAL Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh menghadiri mesyuarat Agung Yayasan Amal Malaysia Kali ke 5 yang di adakan di Dewan Sri Jugra, Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ustaz Haji Hassan Shukri yang merupakan salah seorang penasihat AMAL Malaysia.

Seramai hampir 180 orang hadir ke mesyuarat tersebut yang terdiri dari pemimpin masyarakat, pemimpin NGO, perwakilan dan pemerhati. Sebanyak 14 Cawangan seluruh negara telah menghantar Perwakilan. Mesyuarat yang diadakan setiap dua tahun sekali ini berjaya diadakan dengan mesra dan mahabbah di kalangan sesama ahli, selaras dengan motto AMAL Malaysia "Beramal Kerana Allah".

Sempena mesyuarat tahun ini, beberapa aturcara baru diadakan. Antaranya penyerahan sumbangan dana untuk Tabung Amanah Palestin. Tempat Pertama : Cawangan Terengganu - RM331,000.00, tempat kedua : Cawangan Selangor - RM113,000.00 dan tempat ketiga : Cawangan Sarawak sebanyak RM53,000.00. Manakala kategori Cawangan Terbaik 2007-2009, Cawangan Selangor ditabalkan Cawangan Terbaik 2007-2009,  manakala Cawangan Sarawak mendapat Anugerah Khas – Kreatif 2007-2009, Cawangan Sabah mendapat Anugerah Khas – Aktif 2007 – 2009, manakala Cawangan Pahang mendapat Anugerah Khas – Qurban 2008/1429H. Semua pemenang menerima sijil penghargaan dan cenderahati.

Manakala bagi pemilihan Jawatankuasa Pusat bagi sessi 2009 – 2011 pula, para perwakilan mengekalkan penyandang sessi lepas bagi jawatan utama tanpa ditandingi:- Presiden Hj. Husin b. IsmailTimbalan Presiden Hj. Jamuliddin b. EliasNaib-naib Presiden Dr. Hj. Abd. Rani Osman, Dr. Hj. Mohd Hamdan b. Mohd Khalib Dr. Hjh. Halimah Ali bt. Abdullah.  Hanya 6 orang Ahli Jawatankuasa yang dipilih oleh perwakilan melalui undi sulit sebagaimana berikut:- 

  • Abd. Hamid Seman, Mohamad Misbahul Munir Masduki, Ustaz Jamsari Marsom, Hj. Zaman Abdullah, Azri Mohd Arish dan Prof. Dr. Hashimi Bohari.

 Sdr. Abd. Hamid Seman dan Sdr. Hj. Zaman Abdullah dikekalkan jawatan asal sebagai Ketua Setiausaha dan Bendahari Pusat oleh mesyuarat khas  Jawatankuasa Pusat yang diadakan sebaik selesai mesyuarat agung tersebut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMAL SABAH DAPAT PENGIKTIRAFAN

Kelana Jaya, 25 April- Bersempena dengan Mesyuarat Agung Yayasan Amal Malaysia Kali ke 5, AMAL Sabah telah menerima Anugerah Khas - Cawangan Amal paling aktif bagi sesi 2007-2008 oleh Yayasan Amal Malaysia.

Ketegori "Anugerah Cawangan Paling Aktif" yang julung kalinya diperkenalkan adalah bertujuan bagi menggalakkan cawangan-cawangan AMAL Malaysia untuk lebih giat melaksanakan kerja-kerja amal serta kebajikan di negeri ini. Selain itu, beberapa cawangan juga menerima penganugerahan dalam ketogori yang berasingan.

Ketogori Cawangan Terbaik: Amal Selangor, Anugerah Khas - Kreatif : Amal Sarawak dan Anugerah Khas - Qurban: Amal Pahang. Semua pemenang menerima sijil penghargaan dan cenderahati daripada pihak penganjur.

Pengerusi AMAL Sabah, Tuan Haji Khairan Untoh yang hadir dalam Mesyuarat tersebut merasa bersyukur serta terharu terhadap pengiktirafan yang diberikan. Kejayaan ini adalah hasil komitmen semua ahli serta agensi-agensi yang berkaitan dalam usaha menjayakan segala aktiviti yang dirancang selaras dengan motto AMAL Malaysia "Beramal Kerana Allah".

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RM 32,600 UNTUK UMAT ISLAM PALESTIN

Keperitan serta kesangsaraan umat Islam di Palestin akibat kekejaman tentera zionis, khususnya di Gaza telah membuka mata masyarakat Sabah khususnya umat Islam di sekitar Kota Kinabalu, bilamana penyampaian cek berjumlah RM 32,600.00 telah disampaikan sendiri oleh Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah Tuan Haji Khairan Untoh kepada Presiden Yayasan Amal Malaysia Tuan Haji Hussin Ismail.

Sumbangan tersebut adalah hasil daripada kutipan yang diterima daripada orang awam melalui program-program yang diadakan seperti melalui Program Malam Bersamamu Palestin, ceramah Palestin dan sebagainya.

Sumbangan tersebut akan disalurkan terus kepada Umat Islam di Palestin melalui Misi Kemanusiaan kali ke 2 oleh Yayasan Amal Malaysia ke Gaza yang akan diadakan pada sekitar bulan Mac 2009.

Adalah diharapkan, sumbangan yang tidak seberapa ini mampu meringankan keperitan yang dialami oleh umat Islam di Palestin. Semoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang Islam di Palestin.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KE 2 YAYASAN AMAL MALAYSIA CAWANGAN SABAH

Kota Kinabalu, 14 Mac - Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan buat kali ke 2 pada tahun ini. Mesyuarat perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia Tuan Haji Hussin Ismail bertempat di Bilik Hikmah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. Ketua Setiausaha Yayasan Amal Malaysia En. Abdul Hamid Seman turut hadir dalam mesyuarat tersebut.

Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah Tuan Haji Khairan Untoh dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan Presiden bersama dengan KSU Yayasan Amal Malaysia ke Negeri Sabah. Beliau juga bersyukur kerana walaupun usia Amal Sabah tidak sampai 4 tahun, pelbagai aktiviti kemanusiaan dan kemasyarakatan telah berjaya diadakan dengan jayanya.

Tuan Haji Hussin Ismail dalam ucapannya merasa bangga atas pencapaian Amal Sabah dalam melaksanakan pelbagai aktiviti di negeri Sabah. Beliau menasihatkan agar ahli Amal Sabah terus komitet dalam melaksanakan misi-misi dakwah di negeri Sabah. Tuan Presiden juga menekankan pentingnya peranan ahli Sukarelawan Amal dalam gerak kerja misi kemanusiaan dan kemasyarakatan. Keahlian sukarelawan Amal Sabah perlu dipergiatkan agar aktiviti-aktiviti kemanusiaan dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sebelum itu, Cikgu Hussin Ismail telah memberi taklimat kepada hadirin berkenaan dengan misi kemanusiaan di beberapa buah negara khususnya misi di Palestin yang dibuat baru-baru ini.

Dalam pemilihan tahun ini, Jawatankuasa Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah bagi sesi 2009-2011 dibentuk sebagaimana berikut:

Pengerusi :Tuan Haji Khairan Untoh
Timb. Pengerusi :Tuan Haji Akriah Bin Barabag
Naib Pengerusi 1 :Ustaz Nahar Matamin
Naib Pengerusi 2 :Ustaz Mohamad Fauzi Bin Hassan
Naib Pengerusi 3 :Puan Noor Rafidah Binti Abd Hamid

AJK

  1. Mohd Ridhuan Othman
  2. Adsman Jupri
  3. Jumat Bin Abd. Razak
  4. Azmih Bin Junaidi
  5. Wan Assim Bin Wan Shekh
  6. Mohd Saifuddin Bin Ahmad
  7. Ahmad Fawaz Bin Shabuddin
  8. Misri Bin Bohari
  9. Haji Mohd Rahimin Mustafa
  10. Aswadi Bin Abdullah   
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGARAH JAKIM CAWANGAN SABAH

Likas, 4 Mac - Yayasan Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan kunjungan rasmi ke Pejabat Pengarah JAKIM Cawangan Sabah, Tuan Haji Abdul Aziz Haji Mohamad. Kunjungan ini diadakan berikutan perlantikan Tuan Haji Abdul Aziz Haji Mohamad sebagai Pengarah JAKIM Sabah yang baru bagi menggantikan Ustaz Abdul Aziz Che Yacob yang berpindah ke Istana Negara pada pertengahan Februari lepas.

Tuan Haji Abdul Aziz Haji Mohamad berasal dari Kelantan. Sebelum melaporkan diri di JAKIM Sabah pada 2 Mac 2009, Tuan haji Abdul Aziz telah berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Sosial Bahagin KESUMA JAKIM di Putrajaya.

Dalam pertemuan lebih kurang satu jam ini, pelbagai isu serta perkongsian maklumat khususnya berkaitan dengan perjalanan dakwah di negeri Sabah telah diperbincangkan. Pertemuan ini lebih menjurus kepada pengenalan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah serta aktiviti-aktiviti dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh AMAL Sabah.

Semoga bertemuan ini dapat lebih mengeratkan kerjasama yang sedia terjalin antara JAKIM Sabah dengan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah khususnya dalam pengendalian aktiviti dakwah di negeri ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BANGUNAN WARDEN SMAI TOH PUAN HAJJAH RAHMAH MUSNAH DIJILAT API

Kota Kinabalu, 20 Februari - Kebakaran yang melibatkan rumah warden Sekolah Menengah Agama Islam Toh Puan Hajjah Rahmah Kota Kinabalu Sabah telah mendapat perhatian daripada pihak Amal Sabah bilamana sumbangan dalam bentuk wang dihulurkan kepada mangsa yang terlibat. Ustaz Jumardi Tasse guru di sekolah tersebut yang juga merupakan wakil kepada mangsa yang terlibat telah hadir untuk menerima sumbangan.

Kebakaran yang berlaku pada 17 Februari 2009 jam 11.30 pagi telah mengakibatkan segala harta benda musnah dan tiada apa yang mampu diselamatkan. Paling menyedihkan beratus-ratus kitab agama berbahasa arab yang dibawa balik dari Mesir  yang tidak ternilai harganya musnah dijilat api.

Bangunan yang dibina pada sekitar tahun 1974 dahulunya merupakan bangunan asrama puteri. Kini ianya didiami oleh warden sekolah berkenaan yang menempatkan empat orang guru lelaki. Dilaporkan seorang warden yang berada dalam rumah tersebut terselamat kerana dikejutkan oleh rakan yang datang melawatnya semasa sakit. Pada waktu kejadian warden tersebut tidak mengajar dan sedang tidur kerana sakit.

Amal Sabah berharap agar mangsa-mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut tabah mengahadapi ujian dari Allah subhanahu wata’ala. Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dialami akibat kebakaran tersebut.   

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AMAL SABAH TERIMA UNDANGAN KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

W.P.Labuan, 18 Feb - Seramai lebih 2000 orang warga Kolej Matrikulasi Labuan telah hadir bagi mendengar taklimat berkenaan isu Palestin serta misi-misi kemanusiaan anjuran Yayasan Amal Malaysia.

Program anjuran Kolej Matrikulasi Labuan diadakan adalah bertujuan untuk memberi penerangan kepada warga KML berkenaan isu-isu Palestin khususnya yang berkaitan dengan kekejaman tentera rejim zionis terhadap umat Islam di sana. Dalam program tersebut, Tuan Jamuliddin Elias yang juga merupakan Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia telah diberi penghormatan untuk menyampaikan ceramah berkaitan isu tersebut.

Pengalaman beliau yang luas dalam misi-misi bantuan kemanusiaan serta pembentangan yang menarik telah menarik minat warga KML untuk mendengar dengan teliti setiap perkara yang diungkapkan oleh beliau. Kehadiran beliau di sini amat dihargai dan dikagumi oleh para pendengar.

Maka tidak hairanlah beliau juga dijemput oleh Jawatankuasa Masjid Annur Wilayah Persekutuan Labuan untuk memberi taklimat berkenaan Palestin kepada lebih 100 ahli jemaah di sini.

Selain itu, bertempat di Masjid KML, Ustaz Haji Nahar Mantamin dari Biro Dakwah AMAL Sabah telah menyampaikan ceramah berkaitan isu Palestin. Kupasan yang menarik serta fakta yang ringkas serta padat telah memberi imput yang berguna kepada jemaah berkenaan Yahudi dan Palestin.

Disamping program-program ceramah, pameran berkenaan misi-misi kemanusiaan serta aktiviti-aktiviti Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah turut di adakan. Para pengunjung telah diberi kefahaman berkenaan dengan Yayasan Amal Malaysia khususnya berkenaan dengan gerak kerjanya di Negeri Sabah.

Pada hari yang sama juga, rombongan Yayasan Amal Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan.

Program sehari di W.P.Labuan telah mencapai objektif yang ditetapkan. Reaksi peserta yang mengikuti program ini adalah menggalakkan dan mereka berharap program-program dakwah seumpama ini dapat diadakan dari semasa ke semasa.

Insyaallah, program susulan di Pulau Labuan akan dirancang selepas ini.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

YAYASAN AMAL MALAYSIA MEMBUAT KUNJUNGAN KE PEJABAT JAWI WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

W.P.Labuan, 18 Feb - Tuan Jamuliddin Elias, Timbalan Presiden Yayasan Amal Malaysia bersama rombongan dari Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Penolong Pengarah JAWI Labuan Ust. Yusuf bin Mamat di pejabatnya hari ini.

Pertemuan selama hampir satu jam membincangkan perkara-perkara semasa berhubung dengan aktiviti Yayasan Amal Malaysia khususnya yang berkaitan dengan pencerobohan rejim zionis di Gaza. Pengalaman Tuan Jamuliddin Elias dalam misi bantuan kemanusiaan di Gaza Palestin juga menjadi topik utama pertemuan hari ini.

KPP JAWI dalam pertemuan ini amat kagum dengan usaha murni yang dilakukan oleh Yayasan Amal Malaysia berkenaan aktiviti-aktiviti dakwah yang dilakukan terutama yang berkaitan misi kemanusiaan di Palestin. Beliau berharap misi-misi kemanusiaan seumpama ini dapat diteruskan dan program-program dakwah dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Adalah diharapkan, pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada perlaksanaan program-program dakwah anjuran AMAL Sabah di W.P.Labuan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH JAKIM CAWANGAN SABAH

Kota Kinabalu, 12 Feb – Tuan Haji Khairan Untoh, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah hadir dalam satu Majlis Perpisahan Ust Hj Abdul Aziz Che Yakob, Pengarah JAKIM Caw. Sabah bertempat di Hotel Palace, Karamunsing Kota Kinabalu.

Ust Hj Abdul Aziz telah bertugas sebagai Pengarah JAKIM Caw. Sabah selama 13 bulan dan akan di tukarkan di Istana Negara bagi menjawat jawatan sebagai Pegawai Agama.

Walaupun bertugas dalam masa yang singkat, banyak jasa telah ditaburkan kepada rakyat di Negeri Sabah khususnya yang melibatkan aktiviti-aktiviti dakwah anjuran Ngo Islam. Beliau dikenali sebagai seorang yang baik hati, peramah, dan senang untuk didekati khususnya bagi membincangkan program-program dakwah.

Program Bantuan Mangsa Banjir di Pitas pada 20 Januari 2009 merupakan aktiviti terakhir Ust Hj Abdul Aziz bersama dengan ahli-ahli Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah. Jasa serta komitmen Ust Hj Abdul Aziz dalam menjayakan program-program anjuran Yayasan Amal Malaysia Caw. Sabah khususnya akan dikenang dan amat dihargai.

Sebagai rekod Ust Hj Abdul Aziz Che Yakob sebelum betugas di Sabah, pernah menjawat sebagai Imam di Masjid Wilayah Jalan Duta dan di Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.    

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROGRAM ZIARAH PESAKIT WAD HOSPITAL QUEEN ELIZIBETH

Kota Kinabalu, 31 Januari - Amal Sabah bersama dengan Ngo-Ngo Islam yang bernaung di bawah CONCERN telah bersetuju untuk mengadakan program ziarah di HQE Kota Kinabalu secara berterusan.

Bagi memastikan program ziarah ini dapat dilaksanakan, jadual giliran bulanan telah ditetapkan mengikut kumpulan. Ini adalah penting bagi memastikan setiap Ngo dapat menyertai program ziarah sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Berikut adalah tarikh ziarah pesakit di HQE untuk makluman ahli Amal Sabah:

1. 8 Februari 2009 (Ahad)

2. 8 Mac 2009 (Ahad)

3. 15 Mac 2009 (Ahad)

4. 12 April 2009 (Ahad)

5. 10 Mei 2009 (Ahad)

6. 31 Mei 2009 (Ahad)

7. 14 Jun 2009 (Ahad)

8. 12 Julai 2009 (Ahad)

9. 9 Ogos 2009 (Ahad)

10. 23 Ogos 2009 (Ahad)

11. 6, 16 dan 27 September 2009 (Ahad)

12. 11 Oktober 2009 (Ahad)

13. 8 November 2009 (Ahad)

14. 29 November 2009 (Isnin)

15. 13 Disember 2009 (Ahad)

16. 18 Disember 2009 (Jumaat)

Ziarah bermula jam 4.30 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Kehadiran setiap ahli Amal Sabah pada setiap waktu yang ditetapkan adalah diharapkan. Sasaran program adalah di tingkat 1 dan 2 (Bangunan lama 3 tingkat) HQE.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Jumlah Pelawat:

Hakcipta terpelihara©2007
Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sabah