|Laman Utama | Sinopsis | Motto/ Visi/ Misi | Tujuan/ Matlamat | Keahlian | Rangka Program | Perhubungan |
| Program 2006 | 2007| 2008 | 2009 | 2010 | 2011 | 2012 | 2013| 2014 |Galeri Video |

Sumbangan derma disalurkan ke akaun
BIMB (Bank Islam Malaysia Berhad) No.Akaun: 10016010054313
atas nama: Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah
Al-Rajhi No. Akaun : 19200-1110830185
atas nama: Yayasan Amal Malaysia (Amal)

 



Tugas kemasyarakatan bukanlah sesuatu yang mudah walaupun ianya amat diperlukan dalam sesuatu komuniti masyarakat. Keperluan penglibatan badan-badan oraganisasi bukan kerajaan (NGO) yang dikendalikan oleh orang Islam dalam aktiviti-aktiviti bercorak kemanusiaan khususnya di Sabah adalah suatu keperluan yang tidak boleh dinafikan. Pertubuhan NGO yang tidak menjadikan Islam sebagai paksi yang utama jelas telah berjaya mendominasikan masyarakat khususnya di Negeri Sabah.

Lantaran, dalam situasi seumpama ini umat Islam tidak punya wakil, kalaupun ada ianya tidak dominan dan popular. Tuntutan penubuhan sebuah yayasan seumpamanya ini wajib dipenuhi kerana ianya bukan sekadar untuk menjaga imej Islam sebagai agama kebajikan namun lebih dari itu kerana tuntutan Islam itu sendiri yang berprihatinan terhadap kemasyarakatan.

 

PENUBUHAN

Di peringkat pusat, Yayasan Amal Malaysia (AMAL) didaftarkan sebagai sebuah badan kemasyarakatan bukan kerajaan pada 30hb Mei 2001 melalui Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, di bawah Akta Pertubuhan 1966 Peraturan-Peraturan 1984 dengan nombor pendaftarannya 514.

Pejabat berdaftarnya di alamat 484 Jalan Sultan Muhammad, Gong Kapas, 21100 Kuala Terengganu.

Nombor direktori perhubungannya ialah 09-6228995 atau 019-9578867.

Laman web : www.amalmalaysia.net

Melalui surat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertarikh 10hb April 2006, secara rasmi telah membenarkan penubuhan Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Negeri Sabah sebagai cawangan terakhir ditubuhkan di Malaysia.

  • Laman web : www.sabah.org.my/amalsabah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
Jumlah Pelawat:

Hakcipta terpelihara©2007
Yayasan Amal Malaysia, Cawangan Sabah