|
||
|
||
|
Bagaimana untuk
memastikan orang ramai di setiap pelusuk Sabah dapat mengakses maklumat dan perkhidmatan
ini? Pada masa kini, keajaiban teknologi maklumat dan komunikasi dapat mengurangkan rintangan jarak dan ruang yang menjadi penghalang kepada masyarakat luar bandar. Kami berhasrat untuk menggunakan teknologi dan applikasi yang terdapat di dalam Internet untuk memenuhi keperluan maklumat penduduk Sabah. Perpustakaan Negeri Sabah (PNS) bercadang untuk menyediakan akses kepada Sabah.Net/Internet di semua pusat perkhidmatan di Sabah termasuklah perpustakaan wilayah, cawangan, bergerak dan perpustakaan desa yang terdiri daripada 67 lokasi di seluruh Sabah. Sebagai tambahan, di bawah Jaringan Pendidikan , kerajaan negeri telah memulakan makmal-makmal IT di sekolah-sekolah. Beberapa organisasi juga akan memulakan pusat capaian di tempat-tempat ibadat seperti surau-surau. Adalah diharapkan lebih ramai lagi penduduk Sabah mendapat akses kepada eMas melalui pusat capaian ini, seperti melalui akaun peribadi dan korporat Sabah Net/Internet dan kafe-kafe siber. PNS juga berhasrat mengumpulkan maklumat-maklumat berkaitan daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam bentuk "hardcopy" untuk diedarkan kepada perpustakaan-perpustakaan cawangan, desa serta bergerak yang tidak mempunyai perkhidmatan Internet.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -