MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Ekonomi Beaufort

Kegiatan ekonomi penduduk yang utama di daerah ini meliputi 70% dalam sektor pertanian.  20% bergiat dalam bidang perniagaan dan perindustrian.   Sementara baki adalah mereka yang terlibat dalam sektor perikanan dan perusahaan ternak.

Daerah Beaufort kaya dengan sumber-sumber alam terutamanya tanah pertanian.  Oleh kerana itu kegiatan ekonomi penduduk di daerah ini meliputi 80% di sektor pertanian.

Tanah Berpotensi Untuk Pertanian

Kajian sumber-sumber tanah menunjukkan bahawa 64,342 hektar (sekitar 37%) daripada 173,600 hektar (37%) daripada tanah-tanah tersebut telah diusahakan dan dimajukan.  Oleh kerana kegiatan ekonomi penduduk luar bandar sangat bergantung kepada sektor pertanian adalah dijangkakan perusahaan tanah-tanah pertanian terutamanya untuk tanaman kelapa sawit, buah-buahan dan tanaman kontan akan bertambah.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19

Pada 14 Ogos 1993, Pesta buah-buahan telah diadakan buat pertama kalinya di Daerah Beaufort selama 3 hari.

"Mengikut kajian sumber-sumber tanah menunjukkan bahawa 64,342 hektar tanah daripada keluasan daerah berkenaan sesuai untuk pertanian dan sehingga sekarang hanya 24,0440 hektar yang sudah dimajukan.  Bagaimanapun, disebabkan kegiatan ekonomi penduduk luar bandar sangat bergantung kepada sektor pertanian adalah dijangkakan perusahaan tanah pertanian terutama untuk tanaman kelapa sawit, buah-buahan dan tanaman kontan akan bertambah.

Tanam-tanaman utama daerah Beaufort ialah getah, kelapa sawit, padi, buah-buahan, tanaman jangka panjang seperti kelapa dan tanaman kontan seperti jagung, ubi, keladi dan sayuran.  Bagi penanaman buah-buahan, ia merupakan tanaman yang diminati dan diusahakan oleh petani sejak dahulu lagi sehingga menjadi pengeluar buah-buahan tempatan yang utama di Pantai Barat Pedalaman.  Tanaman limau manis amat diminati oleh ramai pekebun kerana kesesuaiannya ditanam di beberapa kawasan terutama di sepanjang Sungai Ptanaman itu.  Disebabkan kualiti buah itu, Beaufort sehingga sekarang terkenal sebagai pengeluar buah limau manis terbaik di negeri ini.

Selain itu, buah durian dan rambutan yang juga tanaman buah-buahan bermusim, biasanya menghasilkan buah pada Julai hingga September manakala buah-buahan yang lain termasuk manggis, cempedak, langsat, terap, pisang, kelapa, belimbing, jambu batu, betik, limau kasturi, limau balim, limau kapas, mangga, belunu, bambangan, tembikai, ciku dan nenas." - Dipetik dari Daily Express, 22/8/93


BAHAGIAN PEDALAMAN

Nabawan :: Sipitang :: Sook :: Tambunan :: Tenom :: Membakut :: Menumbuk

Beaufort ::
-Secara Umum
-Sejarah & Personaliti
-Penduduk
-Ekonomi
-Kesenian & -Kebudayaan
-Tempat-tempat menarik
-Direktori
Keningau ::
-Secara Umum
-Sejarah & Penduduk
-Ekonomi, Kesenian & Kebudayaan
-Tempat-tempat menarik
-Direktori
Kuala Penyu ::
-Secara Umum
-Geografi
-Penduduk & Ekonomi
-Kesenian & Kebudayaan
-Tempat-tempat menarik
-Jabatan/Agensi
 

 

logo_emas_small_1.gif (4247 bytes)

Daerah

Kenali Sabah
Beaufort
Keningau
Kuala Penyu
Nabawan
Papar
Sandakan
Sipitang
Tawau
Tenom

Konsumer

Harga Barangan
Tribunal Tuntutan Pengguna
Maklumat Pengguna
Aduan Pengguna
Buletin Pilihan Pengguna
e-mel menteri
Pautan

Nasihat

Artikel-Artikel
FAQ
Borang Nasihat

Lombong

Direktori
NGO 
Diari
Pejabat Virtual YB
Borang Pautan 

Papan Buletin

Hot Talk
Kereta Untuk Dijual
Peluang Pekerjaan
Mencari Kerja
Pengumuman Am

Mengenai eMas

 

<muka depan>
Buku Pelawat
lihat / tandatangan

Bravenet.com