|
||
|
||
|
Secara Umum Beaufort merupakan nama peninggalan seorang gabenor Inggeris di waktu penjajahan dahulu yang bernama Sir L.P. Nama Beaufort kekal hingga ke hari ini dengan wujudnya sebuah daerah dan pekan sejak awal abad ke 19 lagi. Beaufort adalah sebuah daerah yang terletak di selatan bandar Kota Kinablu kira-kira 96 kilometer dari ibu negeri Sabah ini dengan perjalanan kenderaan melalui sebatang lebuh raya. Ia diapit oleh daerah-daerah berdekatan, iaitu daerah Sipitang di Teluk Brunei, Kuala Penyu di Teluk Kimanis dan daerah Tenom di antara Banjaran Croker. Berdasarkan kedudukan geografi, Beaufort terletak diantara Lembah Padas dan sebatang sungai yang keempat terpanjang di negeri ini iaitu Sungai Padas. Sebagai sebuah pekan dan daerah yang unik dengan deretan kedai-kedai kayu yang biasa melimpah dari Sungai Padas ketika musim tengkujuh, pekan ini juga biasa disebut sebagai pekan banjir. Jolokan yang pernah diberi untuk pekan Beaufort dalam bahasa Inggerisnya ialah 'The Small Venice of the East'." - dipetik dari: Nama B'Fort peninggalan penjajah. Borneo Mail, 1 Januari 1990, ms 6.
Beaufort dapat dihubungi dengan kenderaan menerusi lebuhraya dari Kota Kinabalu, perjalanannya adalah lebih kurang satu jam bergantung kepada jenis kenderaan. Keluasan / Topografi Daerah Daerah Beaufort mempunyai keluasan 1,735km persegi atau 173,600 hektar dan mengandungi Daerah Kecil Membakut yang mempunyai keluasan 388km persegi. Daerah ini meliputi kira-kira 48.7% ataupun 846km persegi kawasan tinggi pada paras 15.2km atau 1,000° - 2,500° dan kawasan rendah kira-kira 51.5% atau 889km persegi. Ciri-ciri semulajadi yang menjadi kebanggaan bagi daerah ini adalah sebatang sungai yang melintasi daerah ini yang dekenali sebagai Sungai Padas yang mengalir terus ke kawasan perairan Teluk Brunei. Daerah ini juga mempunyai catatan hujan yang paling tinggi pada tiap-tiap tahun jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Negeri Sabah.- Dipetik dari:Buku Cenderamata Beaufort 100 Tahun dan Tamu Besar 21-23 November, 1998 - Pencetak Kerajaan. 1998 ms19
Pautan BAHAGIAN PEDALAMAN Nabawan :: Sipitang :: Sook :: Tambunan :: Tenom :: Membakut :: Menumbuk
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -