|
||
|
||
|
Ekonomi Keningau
"Usaha telahpun dibuat bagi mempelbagaikan pertanian di daerah ini. Dengan kerjasama penduduk kampung, Koperasi Pembangunan Desa (KPD) sedang mengusahakan tanah-tanah terbiar dengan berbagai-bagai tanaman kontan yang cepat mengeluarkan hasil seperti halia, jagung, bawang putih, lada hitam, bawang merah, pisang, kopi, sorghum, ubi kentang, kubis, cendawan, broccolli dan strawberry. Meskipun dianggap sebagai daerah terpencil, tetapi keningau merupakan daerah yang begitu cepat membangun. Bandarnya berkembang dan membangun begitu cepat dengan pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Daerah ini mempunyai stadium sukan, padang golf dengan pelbagai kelengkapan, hotel mewah dan sebagainya. Daerah ini boleh dihubungi dari Kota Kinbalu melalui jalanraya atau penerbangan kapal terbang kecil." (penerbangan kapal terbang kecil ini dapat dibuat dengan tempahan dari Sabah Air) - Dipetik dari: Kota Kinabalu : Jawatankuasa Kecil Aturcara dan Program Persidangan, Persidangan menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri ke 17 : Kota Kinabalu, Jawatankuasa Kecil Aturcara dan Program Persidangan. - 1986. ms.24 Kesenian Keningau Kaum Kadazan/Dusun adalah kumpulan ethnic yang paling ramai di Keningau, mengikut banci tahun 1991, kaum Kadazan/Dusun adalah seramai 45% dari penduduk keseluruhan. Perayaan yang dijalankan setiap tahun adalah Perayaan Pesta Menuai. Selain Perayaan Pesta Menuai, aktiviti yang sentiasa anda boleh dengar adalah tamu. Dimana ianya adalah satu dagangan bertukar-tukaran barangan kegunaan harian. Tamu adalah bahasa tempatan, tamu yang pertama di Keningau telah diadakan pada bulan Januari, 1898. Ia kemudiannya diadakan 3 bulan sekali . Tamu yang pertama telah diadakan secara besar-besaran. Seramai 47 ketua kampung di seluruh daerah Keningau telah datang untuk merasmikan pembukaan tamu itu. Lebih 1,000 orang telah menghadirinya dan acara-acara hiburan seperti pertunjukkan cara-cara menggunakan taligrap, sukan, pertunjukkan bunga-api dan pertandingan minum tapai telah diadakan untuk memeriahkan lagi perasmian. Di Keningau, kaum pribuminya mempunyai tarian tradisional yang sikit berbeza dengan tarian tradisional yang terdapat di daerah lain. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, berikut adalah satu petikan oleh Jahan Aziz mengenai tarian peribumi sabah:
BAHAGIAN PEDALAMANNabawan :: Sipitang :: Sook :: Tambunan :: Tenom :: Membakut :: Menumbuk
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -