|
Personaliti Keningau
O.K.K Sedomon Bin O.K.K. Gunsanad
| Pengenalan |
Beliau dilahirkan dalam tahun 1894 anak ke-5
kepada Isteri pertama OKK Gunsanad (Randus). Dari
Bandukan, beliau beserta dengan keluarganya berpindah ke daerah Bingkor dalam tahun 1935
lalu mendirikan Rumah Besar. Beliau meninggal dunia pada 8hb. March, 1966.
|
| Pengalaman |
Sebagai tokoh perintis terhadap pembentukan
masyarakat serta cendrong dalam arena politik. Dalam
pemerintahan British Chartered Company pada tahun 1936 beliau dilantik sebagai Ketua Anak
Negeri. Kemudian pada 3hb Oktober, 1955 Beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Daerah
oleh Kerajaan British.
Dalam penjajahan tentera Jepun (1943-1945) ke North Borneo
(Sabah), beliau telah mengikuti kursus ketenteraan di Kuching, Sarawak selama
sebulan.
Semasa penyerahan pihak tentera bersekutu ke atas Tentera
Jepun dalam tahun 1945 beliau serta keluarganya melarikan diri serta bersembunyi ke
kawasan-kawasan seperti Bandukan, Kandang Besar, Lipasu dan Mailu.
Setelah angkatan tentera Jepun
menyerah, North Borneo
menjadi kemakhotaan British Crown Colony Beliau dan keluarganya kembali ke daerah Bingkor
untuk meneruskan jawatannya semula.
|
| Keanugerahan |
Beliau telah dikurniakan bintang-bintang
kehormatan seperti: Q.M.C. pada bulan Januari 1953.
M.B.E. (member of the British Empire) pada bulan Oktober 1961 oleh Kerajaan British
Chartered Company.
SURAT-SURAT/KEHORMATAN/KEANUGERAHAN OLEH TOKOH-TOKOH
BRITISH:
Jun 1953 - Mr Malcolm MacDonald, Commissioner General of
the United Kingdom in South East Asia.
April 1959 - The Rt. Hon Duncan
Sandys, P.C.,M.P. British
Minister for Commonwealth Relations.
11 Sept 1962 - Lord Lansdowne.
|
| Kegiatan-kegiatan
Sosial |
18hb Ogos 1960 beliau menamatkan
perkhidmatannya sebagai Ketua Daerah, Kerajaan telah melantiknya semula sebagai
Re-engage Pensioner. 8hb September 1961
dan 25hb September 1961 mempengerusi mesyuarat tentang penubuhan Malaysia. Atas dorongan
rakyat, beliau membentuk parti "Tungag Tokou Pasok Momogun Action Party" (April
1962).
24hb April 1962 - menarik diri dalam permohonannya
untuk mendaftar parti lalu menghubungi parti "United National Pasok Momogun
Party" yang diketuai oleh adiknya, Datuk G. S. Sundang. Parti tersebut telah gagal
mencapai matlamatnya kerana lebih ramai lagi rakyat menyokong terhadap penubuhan Malaysia
sebagaimana yang telah nyata dalam laporan penyelidikan Cobbold Commission.
14hb Januari 1964 - dilantik sebagai Ahli Majlis
Tertinggi dalam parti gabungan UNKO menjadi UPKO - (United Pasok Momogun Kadazan
Organization).
27 November 1964 - menyambut ketibaan Yang Dipertuan
Agung Tunku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamallulail dan Raja Permaisuri
Agung,
semasa lawatan Baginda Ke Keningau. Beliau telah memberi cenderamata berupa sumpitan (Blow
pipe) dan topi.
|
| Kegemaran
(semasa muda) |
- Memburu binatang
- Menangkap ikan
- Memelihara Kuda
- Bermain Polo
|
Sumber gambar: Sedomon, June. O.K.K. Sedomon Bin O.K.K.
Gunsanad and his rumah besar. Kota Kinabalu : June Sedomon and Nilakrisna Isnarti
James, 1997.
Ke Muka
Depan
|