|
||
|
||
|
Geografi Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan kurang lebih 175 batu persegi (45,324.82 hektar) terletak di kawasan Pedalaman negeri Sabah. Ia terletak di penghujung Barat Laut Bahagian Pedalaman, bersempatan dengan daerah Beaufort ke arah Barat Laut China Selatan dan diseberangi Selat ke arah penghujung Barat Daya adalah Wilayah Persekutuan Labuan. Jarak jauh daerah ini dari Kota Kinabalu ialah 130KM, dari Beaufort 45KM, Menumbok 45KM dan Membakut 30KM. Ia boleh dihubungi dengan bot laju ke Wilayah Persekutuan Labuan melalui Menumbok. Hampir kesemua kampung-kampung di daerah ini dihubungi dengan jalanraya. Daerah Kuala Penyu mempunyai keluasan 45,326 hektar atau 112,000 ekar. Daripada jumlah keluasan ini 23,070 hektar atau 57,000 ekar atau 51% tanahnya adalah sesuai untuk diusahakan pembangunan aktiviti pertanian. Dari segi Geografi, sebilangan besar daerah ini adalah berbukit bukau terutama sekali dipersisiran pantai dan berpaya air tawar di kawasan persempadanan dengan Daerah Beaufort. Rangkaian jalanraya merupakan jalan utama kepada sistem perhubungan ke kampung-kampung di daerah ini. Iklim Keadaan cuaca daerah ini agak kering. Cuaca panas biasanya bermula pada bulan Januari hingga bulan April manakala musim hujan biasanya bermula pada bulan Mei hingga Disember. Purata suhu ialah diantara 70 - 80 F. Purata curahan hujan bulanan ialah 178mm, manakala jumlah curahan hujan setahun ialah diantara 1582.4mm hingga 3024.6mm. - Dipetik dari Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999. Profile Daerah 'Kuala Penyu'. BAHAGIAN PEDALAMANNabawan :: Sipitang :: Sook :: Tambunan :: Tenom :: Membakut :: Menumbuk
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -