|
||
|
||
|
Daerah Kuala Penyu Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Setompok yang membawa nama asal dengan sebutan "Setompok" telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu. Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping menjimatkan masa perjalanan melalui Membakut/Pimping pengunjung juga berpeluang menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Setompok. - Dipetik dari Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999 Kemudahan Asas Hampir kesemua kampung-kampung di sekitar daerah Kuala Penyu boleh dihubungi melalui jalanraya. Sejauh 105km jalanraya gravel (main roads) adalah jalan JKR. Sejauh 106.25km pula jalanraya di daerah ini dibina oleh Majlis Daerah. Hampir keseluruhan kampung-kampung di sekitar daerah ini kini telah menikmati bekalan letrik. 80% kampung-kampung di daerah ini telah menikmati kemudahan bekalan air. Selain daripada Syarikat Telekom Malaysia, Syarikat CELCOM juga telah memulakan khidmat operasi mereka di daerah Kuala Penyu ini. Kuala Penyu mempunyai sebuah Bangunan Perpustakaan yang dijalankan oleh empat orang kakitangan dengan koleksi buku sebanyak 22,000 buah (Bahasa melayu, Inggeris dan Cina). Bangunan Perpustakaan ini akan dinaikkan taraf ke Bangunan Perpustakaan Baru dalam RM7. Kuala Penyu mempunyai tiga buah Sekolah Menengah dan 26 buah Sekolah Rendah. Pusat Kesihatan daerah Kuala Penyu mempunyai kakitangan seramai 12 orang. Purata pesakit yang dirawat di daerah ini ialah 70 orang sehari. Pusat Kesihatan ini kini dalam cadangan Rancangan Malaysia ke 7 untuk dinaikkan taraf Hospital. Selain Pusat Kesihatan, daerah ini juga mempunyai tiga buah Klinik Desa, satu buah Klinik Kesihatan Ibu dan kanak-kanak yang merawat / menerima ibu yang mengandung seramai 30 orang dalam seminggu, 60 orang kanak-kanak dalam seminggu dan melakukan kerja rawatan ibu bersalin seramai 20 orang dalam sebulan. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Kuala Penyu ialah:-
- Dipetik dari Profile Daerah 'Kuala Penyu'.
Sejarah Kuala Penyu Pusat pentadbiran daerah Kuala Penyu telah diwujudkan pada 30 Januari 1952 dengan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Daerah di bawah kelolaan Pentadbiran Pejabat Residen Keningau ketika itu. Semasa zaman pemerintahan British, sebelum dan selepas Perang Dunia kedua, pusat pentadbiran daerah ini berpusat di Mempakul.- Dipetik dari Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999 BAHAGIAN PEDALAMANNabawan :: Sipitang :: Sook :: Tambunan :: Tenom :: Membakut :: Menumbuk
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -