|
||
|
||
|
Penduduk Kuala Penyu Daerah Kuala Penyu mempunyai penduduk seramai 22,614 orang (mengikut perangkaan tahun 1993). Jumlah bilangan keluarga adalah lebih kurang 3,769 keluarga yang terdiri daripada suku kaum Kadazan (Tatana), Brunei, Bisaya, Kedayan, Bajau, Cina dan lain-lain.
- Dipetik dari Profile Daerah 'Kuala Penyu'. Bilangan penduduk yang bermastautin di daerah ini adalah lebih kurang 24,000 orang penduduk tetap dan terdiri daripada masyarakat keturunan berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni. Suku kaum Kadazan dan keturunan Tatana, Bisaya, Brunei dan Bajau serta lain-lain.- Dipetik dari Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999
Ekonomi Kuala Penyu Pertanian, penternakan, perikanan dan sedikit sektor perniagaan dan perindustrian kecil adalah nadi kehidupan sosio-ekonomi penduduknya dalam meniti liku-liku arus pembangunan. Dalam kedudukan itu sejumlah 75% daripada penduduk daerah ini terbabit secara langsung kepada kehidupan bertani dan menjadi nelayan. Industri pelancongan memainkan peranan penting di dalam menarik ramai pelancong tempatan mahupun dari luar negeri berkunjung ke daerah ini. Selain daripada Taman Negara Pulau Tiga, Taman Peranginan Sawangan dan Pulau Ular yang telahpun diketahui umum, terdapat juga tempat yang mempunyai daya tarikan tersendiri dan berpotensi dijadikan Taman Peranginan seperti Pantai Berbatu (Rocky Beach) di kampung Kiambor, Pantai Batu Luang dan Pantai Temputung.- Dipetik dari Pesta Rumbia ke-10 Daerah Kuala Penyu, 1999 BAHAGIAN PEDALAMANNabawan :: Sipitang :: Sook :: Tambunan :: Tenom :: Membakut :: Menumbuk
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -