|
||
|
||
|
Tempat-tempat Menarik Kuala Penyu Taman Pulau Tiga Pengenalan dan lokasi Pulau Tiga, pada mulanya merupakan Hutan Simpan, bagaimana pun, kawasan tersebut telah ditawarkan sebagai Taman Negara Sabah, pada tahun 1978. Taman negara pulau Tiga (sekarang dikenali Taman Pulau Tiga) meliputi keluasan 39,000 (15, 864 hektar). Pulau Tiga sendir, mempunyai keluasan 1,500 ekar (607 hektar), manakala selebihnya adalah meliputi kawasan laut bunga karang termasuklah dua pulau kecil yang dikenali sebagai Pulau Kalampunian Besar dan Kalampunian Damit (Pulau Ular). Taman Pulau Tiga, terletak di kawasan Telok Kimanis, kira-kira 50 kilometer dari Kota Kinabalu. Pekan Kuala Penyu adalah merupakan pekan dan daratan yang terdekat dengan Taman Pulau Tiga, iaitu kira-kira 16 kilometer. Para pengunjung boleh datang ke Taman tersebut dengan menaiki bot dari Kuala Penyu. Biasanya perjalanan dengan bot memakan masa lebih kurang 45 minit. Para pelaawt dari Kota Kinabalu atau W.P. Labuan, boleh menggunakan speed boat (bot laju) dan biasanya memakan masa 90 minit. Daya tarikan yang terdapat di Taman Pulau Tiga Selain daripda keunikan alam semulajadi yang masih belum tercemar, seperti hutan dara, tumbuhan bakau (mangrove), pantai-pantai yang berkilauan, di Taman Pulau Tiga memberi peluang kepada para pelawat untuk melihat lebih kurang 60 species burung, termasuklah burung Tambun (Megapodius freycinet) yang merupakan endemik species, di kepulauan Borneo. Selain daripada burung-burung, Taman Pulau Tiga juga turut dihumi oleh beberapa jenis binatang liar seperti Monyet (maccaca fasicularis), biawak (Eguana) dan berpuluh ribu ekor Keluang (Flying fox). Manakala di Pulau Kalampunian Damit (Pulau ular), para pelawat dapat menyaksikan beratus-ratus ekor ular laut (Laticuda Calubrina) yang menjadi penghuni tetap di pulau tersebut. Pulau Ular (Snake Island) sejak kebelakangan ini telah menjadi tumpuan para pelawat dari luar negara. Para pelawat yang berminat dengan hidupan laut (Marine life) pasti akan merasai satu kepuasan apabila menyaksikan beranika jenis hidupan laut, termasuklah bunga karng, yang terdapat di Taman Pulau Tiga, dan adalah dipercayai terumbu karang ini di antara yang tecantik di dunia. Turut menjadi daya tarikan pada para pelawat, ialah beberapa kawasan "Gunung Berapi Lumpur" (Mud Volcano) dan juga sarang-sarang Burung Tambun yang terdapat dipersisirian pantai. - Pesta Rumbia '93, ms 27-28 BAHAGIAN PEDALAMANNabawan :: Sipitang :: Sook :: Tambunan :: Tenom :: Membakut :: Menumbuk
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -