EKONOMI SANDAKAN

Ekonomi Sandakan terdiri daripada pertanian, perikanan, pelancongan, pembalakan dan sarang burung.

Pertanian

Kelapa Sawit telah menggantikan punca ekonomi utama Sandakan iaitu balak dari awal pembukaan Sandakan. Kelapa sawit mula di tanam secara komersil pada awal tahun 1980an dan ia merupakan tanaman dan hasil pertanian utama Sandakan pada awal tahun 1990an hinggalah sekarang. Kebanyakkan hutan yang telah di tebang untuk kayu balak telah digantikan dengan tanaman kelapa sawit. Sehingga kini terdapat dua buah loji penapisan minyak kelapa sawit dan menghasilkan minyak masak dan beberapa hasil yang lain.

Berikut adalah anggaran keluasan bagi tanaman utama kawasan Sandakan, Sabah, bagi tahun 1997 (tidak termasuk Kinabatangan, Beluran, Tongod dan Telupid) :

Jenis tanaman
Hektar
Tahun
Kelapa Sawit
Koko
Kelapa 
Getah
Kopi
Tembikai
Buah-buahan lain
Padi Huma
Padi Sawah
Lain-lain

93,851
4,852
2,922
1,615
146
55
1,943
36
4
780

1998
1997
1997
1997
1998
1998
1998
1998
1998
1998

Nota: Buah-buahan lain terdiri daripada durian, rambutan, belimbing, mangga, langsat, buah susu (Avocado). Sumber : Buku Tahunan Perangkaan Sabah 1999

    Keluasan yang sesuai dengan pertanian adalah seluas 212,261 HA.
    Keluasan yang dibangunkan adalah 98,604.62 HA.
    Pengagihan pengusahaan kawasan pertanian adalah seperti berikut :

    Pengusaha

    Bil

    Kawasan (HA)

    Peratus

    Sektor Swasta dan Agensi Kerajaan

    134

    86,507

    87.75%

    Pekebun Kecil

    2,528

    12,097

    12,27%

    Sumber : Majlis Perbandaran Sandakan

     

Perikanan

Udang kering dan ikan bilis merupakan keluaran utama di daerah ini. Sandakan juga terkenal dengan makanan laut yang segar dan adalah di antara pengeluar utama hasil tangkapan laut di Negeri Sabah. Salah satu hasil ikan bilis tempatan yang terkenal adalah Ikan Bilis Goreng yang dikeluarkan oleh Syarikat Aneka. Kebanyakan ikan yang di tangkap adalah datang dari laut. Ikan juga didapati di kolam ikan air tawar yang terdapat di Sandakan

Berikut adalah jumlah ikan air tawar yang terdapat di Sandakan :

            Tahun         Bilangan             Hektar
            1998             788                 108,322

Sumber : Buku Perangkaan Bulanan Sabah 1999

Sandakan memang terkenal dengan hasil perikanan yang agak murah di negeri Sabah. Harga-harga pasaran hasil laut ini adalah berbeza mengikut musim. Harga yang biasa di jual di pasar Sandakan adalah seperti berikut :

Ikan Bilis - RM 18.00 Sekilo
Udang kering - RM 13.00 Sekilo
Ikan masin - RM 33.00 Sekilo
(Harga berubah mengikut musim)

 

Pelancongan

Ekonomi dari segi pelancongan adalah menggalakkan dengan wujudnya pelbagai tempat-tempat menarik di kawasan Sandakan. Mengikut rekod statistik pengunjung di Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok pada tahun 2000 kira-kira 80,000 pelawat dari luar negara dan dalam negeri mengunjungi pusat ini. Jumlah ini menunjukkan ekonomi dari segi pelancongan adalah menggalakkan.

 

Pembalakan

Pada tahun 1940an hingga tahun 1980an Sandakan merupakan pengekspot kayu balak dan pengeluar kayu balak yang utama di negeri Sabah. Pada masa kini balak telah berkurangan dan kebanyakan pengusaha industri balak berhenti ataupun menukar jenis perniagaannya. Walau bagaimanapun masih lagi terdapat beberapa pengusaha yang meneruskan perniagaannya seperti pengilang papan lapis, papan lapis, kayu gergaji, balak gergaji, kepingan venir, papan cantum dan ukiran kayu.

Berikut adalah pengaihan kilang-kilang berasaskan kayu-kayan di Sandakan pada tahun 1998 :

Jenis

Bilangan

Aktif

Tidak Aktif

Kilang Ukiran kayu

34

18

16

Kilang Papan

31

22

9

Kilang Papan Cantum

2

0

2

"Wood Preservation"

12

4

8

"Kiln Dry Plant"

19

14

5

"Chips Mill"

1

1

0

V/PPY/BL/LB

28

17

11

MDF

1

0

1

Jumlah

115

76

52


PENGELUARAN BALAK 1998

JUMLAH PENGELUARAN (m3)

PERATUS PENGELUARAN (%)

18,796.47

1.67

Sumber : Jabatan Perangkaan Tahunan Sabah 1999

 

15-04-2003