Kuil
Sam Seng Kung, Padang Bandaran,
Kelab SRC
Salah satu kawasan yang paling bersejarah di Sandakan. Walaupun Sandakan mengalami arus pemodenan namun tempat ini tetap menjadi kawasan rekreasi dan tempat beribadat. Pada tahun 1960an hinggalah sekarang padang ini digunakan untuk meraikan pelbagai aktiviti seperti Hari Kemerdekaan, sukan sekolah dan kini pusat rekreasi bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Kelab SRC pula masih lagi beroperasi sehingga kini. Orang ramai memilih tempat ini untuk meraikan apa saja majlis seperti perkahwinan, harijadi dan sebagainya. Kuil tertua masih menjadi tempat ibadat para penganutnya.
Ibupejabat Perhutanan pada tahun 1950an, Tanah Merah

Bangunan ini telah terbakar pada 31/1/1961 dan memusnahkan Herbarium dan 15,000 spesimen pokok-pokok yang telah dikumpulkan sejak tahun 1915 termusnah.
Masjid Jamek Hasbollah al-Tahiri

Salah satu bangunan terawal di bandar Sandakan yang di bina dalam tahun 1890an. Ia terletak di atas bukit pertengahan Jalan Enam. Masijd terawal di buka oleh saudagar kain dari India beragama Islam dan dikenali sebagai Damsah pada tahun 1890. Kedudukan masjid pada awalnya terletak di Restoran Habeb II berdepan dengan Wisma Sandakan. Semasa perang dunia ke-2 Masjid Jamek ini pernah menjadi tempat persembunyian penduduk beragama Islam. Tentera Jepun juga mempercayai orang Inggeris bersembunyi di sini lalu menembak masjid ini.
Gereja
St. Michael & All
Angels
(Bukit Elton [1888-2001]
-
113 tahun)

Gereja Protestan yang pertama. Di bina oleh arkitek dari New Zealand B.W. Mountfort. Ia mula di bina dengan menggunakan kayu belian dan seterusnya granit yang didapati dari Buli Sim-Sim. Pembinaan gereja ini mengambil masa selama 20 tahun untuk siap sepenuhnya. Hasilnya adalah salah satu bangunan gereja yang cantik dan kukuh di Sandakan. Bangunan ini merupakan salah satu tinggalan bangunan batu yang unik di Sabah.
Kuil Sam Seng Kung, Ibupejabat Jabatan Perhutanan, Masjid Jamek, Gereja St. Michael & All Angels
