PELANCONGAN di SANDAKAN
Pulau
Berhala
Pulau-Pulau Penyu
Pusat Pemuliharaan Orang
Utan Sepilok
Labuk Bay Proboscis
Monkey Sanctuary
Taman Buaya
Taman Perikanan Jaya
Australia War Memeorial
Rumah Agnes Keith
Gereja St. Michael & All
Angels
Kuil Puu Jih Shih
Masjid Besar Sandakan
Sam Sheng Kung
Taman Jalil Alip
Pulau
Berhala terletak di luar pintu masuk Teluk Sandakan berdepan dengan perkampungan Sim-Sim. Antara
yang unik di pulau ini adalah dua buah bukit batupasir yang bercantum dengan
ketinggian 600 kaki. Di atas bukit terdapat rumah api. Kawasan
curam bukit tersebut adalah Hutan Simpanan di mana terdapat banyak tumbuhan
tempatan yang hanya boleh didapati di kawasan pinggir laut yang menjadi
tumpuan ahli botani. Terdapat sebuah kampung di bahagian barat pulau yang
bersambung dengan tanah lapang ke pantai yang dilengkapi dengan kemudahan
perkelahan. Di hujung bahagian
Selatan pulau ini terdiri daripada tebing karang yang curam berwarna kemerah-merahan. Terdapat
beberapa gua di tebing karang ini. Sebelum
Perang Dunia Ke-2 Pulau Berhala pernah digunakan sebagai penempatan pesakit
kusta, manakala semasa Perang Dunia ke-2 pula Orang Jepun menggunakan Pulau
Berhala sebagai ‘Pusat Tahanan Perang’. Puan
Agnes Keith merupakan salah seorang daripada tahanan perang di antara bulan
Mei 1942 hingga January 1943 sebelum dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Pada
masa ini Pulau Berhala merupakan salah sebuah tempat perkelahan yang terkenal.
![]() |
|
![]() |
![]() |
Di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang terutama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 bila air surut. Pada masa itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.
Penyu-penyu
yang bertelur di pulau-pulau ini ialah 83% ‘Green Turtles’ dan 17% ‘Hawksbill
Turtles’. Kebanyakan ‘Green
turtles’ bertelur di Pulau Selingan manakala kebanyakan ‘Hawksbill Turtles’
bertelur di Pulau Gulisan, kerana terdapat terumbu karang yang luas di kawasan
ini. Manakala sebahagian kecil dari kedua-dua jenis penyu ini bertelur
di Pulau Bakkungan Kecil. Penyu-penyu
ini bertelur sepanjang tahun, tetapi kemuncak ia bertelur ialah pada bulan
Julai hingga bulan Oktober bagi ‘Green Turtles’ yang bertelur lebih kurang
110 biji dalam satu lubang dan Februari hingga April bagi ‘Hawksbills Turtles’
yang bertelur di antara 70 hingga 180 biji telur sekali. Telur-telur ini
akan di peram selama 50-60 hari sebelum ia menetas menjadi anak penyu dan
berenang balik ke laut. Dalam
penyelidikan, penyu-penyu betina ini akan kembali untuk bertelur selepas
20 tahun dan akan kembali bertelur selepas beberapa tahun berikutnya.
Di
antara pulau-pulau penyu ini, Pulau Selingan juga merupakan salah sebuah
tempat pelancongan yang menarik. Dengan
menggunakan bot laju anda boleh menyaksikan keindahan pulau ini dan kejernihan
lautnya yang cantik dengan beraneka jenis ikan. Pulau Selingan terdapat
sebuah chalet iaitu Chalet Pulau Selingan. Ia mempunyai 15 buah bilik yang
mempunyai bilik mandi. Chalet
ini juga mempunyai restoran.
PUSAT PEMULIHARAAN ORANG UTAN SEPILOK
Pusat
Pemuliharaan Orang-Utan Sepilok yang terletak 25 kilometer dari Bandar
Sandakan, mempunyai keluasan 43 kilometer persegi.
Pusat Pemuliharan Orang Utan Sepilok merupakan sebuah hutan
asli yang terpelihara. Orang
ramai dapat melihat Orang-Utan (Wild Red Apes) di tempat asal semulajadi
mereka iaitu di hutan hujan tropika ini.
Tujuan utama Pusat Pemuliharaan Orang-Utan ini adalah untuk mendidik
anak-anak orang-utan yang terpisah dari ibunya untuk berdikari di dalam
hutan.
Pada
tahun 1957, pembalakan telah diharamkan dan pasukan simpanan telah dilantik
untuk membuat penyelidikan. Dalam
tahun 1963 semasa Sabah merdeka dalam Malaysia, Jabatan Perhutanan telah
menbentuk satu Cawangan Penjaga Binatang Perburuan (Game Branch).
Pada masa itu, dipercayai bahawa orang-utan ialah binatang yang susah
didapati dan makin berkurangan. Musim
itu juga anak-anak orang-utan sangat terkenal sebagai binatang perliharaan
di kalangan rakyat Sabah dan di tempat lain. Anak-anak
orang-utan biasanya di tangkap semasa pembalakan dan pembersihan hutan. Dengan
adanya Cawangan Penjaga Bintang Perburuan ini, satu undang-undang baru telah
dikeluarkan iaitu ‘Dilarang menangkap dan memelihara orang-utan’. Oleh itu
Sepilok telah dipilih sebagai sebuah pusat pemuliharaan orang utan. Pelawat-pelawat
boleh ke pelantar untuk melihat orang-orang utan datang dari dalam hutan
untuk mendapatkan makanan dua kali sehari mereka iaitu susu dan pisang.
Masa-masa memberi makan setiap hari ialah pada pukul 10:00 pagi dan 3:00
petang.
LABUK BAY PROBOSCIS MONKEY SANCTUARY
Labuk
Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu lagi kawasan pemeliharaan
Monyet Belanda (Proboscis Monkey) untuk pelancung yang ingin melihat haiwan
ini secara dekat tanpa perlu pergi lebih jauh lagi. Santuari ini terletak
di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berdekatan Kampung Samawang
di Labuk Bay, Sandakan. Ia terletak sejauh 38 km dari Lapangan Terbang Sandakan
dan mengambil masa lebih kurang sejam untuk sampai ke pusat ini. Separuh
daripada jalan tersebut adalah jalan gravel. Bagi sesiapa yang suka melihat
haiwan unik ini, ini adalah suatu kemestian untuk melawat tempat ini. Jadual
waktu pemerhatian ialah pada 11.30 pagi - 1.30 petang dan 4.30 petang -
6.00 petang.
Taman
Buaya merupakan pusat pemeliharaan buaya berlesen yang tunggal di Sabah. Pemilik
Pusat ini, merupakan keluarga yang memiliki beberapa buah kapal ikan yang
besar. Selama ini banyak anak-anak
buaya telah dijualnya kepada orang awam, terutamanya nelayan yang gemar
memelihara buaya. Jumlah yang didapatinya sehingga tahun 1970an ialah 1,000
ekor buaya, ada yang telah disembelih untuk mendapatkan kulitnya yang berharga
untuk diekspot, manakala
isinya
yang sedap (bagi sebahagian orang) di jual kepada orang tempatan. Sehingga
tahun 1982 Perdagangan Persidangan Peraturan Sedunia (International Convention
Regulating Trade) Kerajaan
Sabah telah mengharamkan pembunuhan buaya. Dengan
ini buaya telah di pelihara. Di Taman Buaya ini terdapat lebih kurang 3,000
ekor buaya pada keseluruhannya. Selain
buaya, Taman ini juga mempamerkan beraneka jenis binatang dan ikan-ikan
tropika yang cantik dan besar. Taman
Buaya ini terletak di Batu 8, Jalan Labuk, Sandakan.
Taman
Perikanan Jaya dirancang dan direka khas untuk memberi pengalaman memancing
ikan-ikan segar terus dari
kolam
ikan yang disediakan. Ia terletak di Batu 11, di kawasan Hutan Hujan Tropika
dengan keluasan 5.24 ekar. Ini merupakan tempat untuk berehat dan bergembira
di samping melakukan aktiviti memancing bersama keluarga pada hujung minggu
atau hari cuti. Masa pembukaan ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang
dan bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 2.00 dan Kanak-kanak RM1.00 manakala
bayaran untuk manancing ikan ialah RM 5.00 seorang termasuk bayaran tiket
masuk dan sewaan peralatan memancing. Terdapat pelbagai ikan untuk dipancing,
antaranya ialah ikan kurapu, ikan merah, tilapia, patin dan kuratang. Ikan-ikan
yang di pancing akan dikenakan bayaran mengikut saiz dan beratnya.
Semasa
Perang Dunia ke Dua, Sandakan telah di pilih oleh orang Jepun sebagai pusat
khemah tahanan iaitu ‘Penjara Masa Perang’ untuk menahan orang-orang tahanannya. Satu
daripada khemah ini terletak di belakang Taman Rimba, Batu 8, Jalan Labuk.
Kebanyakan orang-orang tahanannya adalah terdiri daripada orang Australia.
Tinggalan bangunan dan peralatan-peralatan yang lama masih boleh
dijumpai di kawasan ini. Pada
tahun 1986 melalui sumbangan derma dan sokongan dari keluarga-keluarga serta
kawan-kawan orang-orang tahanan Australia, tempat ini telah dibersihkan
dan sebuah batu peringatan telah didirikan untuk memperingatkan jasa-jasa
mereka semasa penjajahan Jepun.
Dalam
angkaran yang dibuat terdapat 2,000 orang tahanan Australia dan 750 orang
British telah d itahan di Daerah Sandakan. Pada tahun 1944, bulan September
jumlah tahanan yang tinggal ialah 1,800 orang Australia dan 600 orang British.
Mereka tidak diberi makanan, dan ramai yang jatuh sakit. Dalam
bulan September ini juga, walaupun sakit mereka di paksa berjalan kaki melalui
hutan-rimba sehingga ke Ranau. Selama
setahun perjalanan menuju ke Ranau, jumlah orang tahanan yang sebanyak 2,400
telah tinggal menjadi 6 orang
saja. Perjalanan menuju
ke Ranau ini dikenali sebagai ‘Death March’.
Agnes
Keith adalah seorang rakyat Amerika yang tinggal di Sandakan dari tahun
1934 hingga 1952 bersama suaminya Harry Keith, seorang konservator
pengarah pertanian. Mereka tinggal
di dalam sebuah rumah papan yang cantik letaknya di Jalan Istana, Bukit
Merah. Rumah ini telah musnah
semasa perang dunia kedua dan dibina semula oleh kerajaan mengikut reka
bentuk Harry Keith. Beliau kembali bertugas selepas perang dunia kedua. Agnes
Keith ialah seorang penulis yang mahir dan seorang pemerhati yang tidak
berat sebelah. Beliau telah
menulis tiga buah buku yang mengambarkan keadaan dan kehidupan di Sandakan
pada masa itu, tajuk-tajuk buku yang dikarangnya ialah ‘Land below the Wind’,
‘Three came home’ dan ‘White man returns’. Buku
bertajuk "Land Below The Wind" telah mempopularkan Negeri Sabah
sebagai sebuah negeri di bawah bayu di peringkat antarabangsa. Rumah Agnes
Keith akan dijadikan Muzium Cawangan Sandakan.
ST.
MICHAEL AND ALL ANGELS CHURCH
Pada tahun 1888, Reverend W H Elton dari Persatuan
Mubaligh Gereja di England telah membina sebuah sekolah
yang kecil diberi nama Sekolah Saint Michael’s di Sandakan. Di
sekolah ini juga tempat untuk bersembahyang bagi orang-orang yang beragama
Kristian. Dari ini datangnya
buah fikiran untuk membina sebuah bangunan Gereja yang sempurna iaitu Gereja
Saint Michael dan Semua Malaikat (Saint Michael and All Angels Church). Gereja
St. Michael merupakan sebuah bangunan batu teguh yang pertama di Sandakan. Bangunan
ini di reka oleh seorang New Zealand, Encik B W Mountfort, kerja pembinaan
dimulakan pada tahun1893. Pada
mulanya kayu belian digunakan dan diikuti batu-bata, yang
dipercayai dari kampung Sim Sim. Pembinaan
bangunan gereja ini telah mengambil masa lebih kurang 20 tahun dibuat
daripada batu batan. Gereja
Saint Michael masih kekal sebagai antara satu daripada beberapa buah bangunan
batu yang tinggal dan merupakan antara pembinaan yang terbaik di Sandakan.
Kuil
Puu Jih Shih merupakan kuil yang terbesar di Sandakan. Letaknya
di atas sebuah bukit di Tanah Merah. Kedudukan
Kuil Puu Jih Shih yang cantik dan sifatnya curam dan kemewahannya membuatnya
begitu mudah ternampak di Bandar Sandakan. Pembinaan
telah menggunakan US$1 juta dan mengambil masa tiga tahun.
Untuk
memperlengkapkan hiasan dalaman ia memerlukan lebih kurang US$1 juta, dan
akhir sekali dirasmikan pada 26 September 1987.
Pintu depan kuil ini menghadap bukit yang curam. Tiga
patung Buddha yang berada diatas tempat pemujaan hampir memenuhi kawasan
dalam kuil ini. Setiap patung
dibuat daripada kayu jati dan di palut lapisan emas serta cat emas. Ketinggian
patung ini ialah 23 kaki dengan keberatan ˝ tan. Terdapat
tanglung-tanglung yang tingginya 20 kaki di buat dari Taiwan, setiap tanglung
ini mempunyai lampu yang berasingan sebanyak 1,700 buah di sisi tempat pemujaan. Terdapat
juga banyak tempat pemujaan yang kecil dan patung-patung buddha di setiap
tepi kuil ini, kesemua tempat pemujaan dan patung-patung Buddha ini di impot
dari Macau. 34 tiang-tiang di
kuil ini juga di buat dari Macau dan terdapat ukiran naga dari kayu jati
dan lapisan emas.
Masjid
Kecil Sandakan yang pertama, di bina pada awal tahun 1880, masjid tersebut
hilang dan tidak dapat
di kesan lagi. Selepas perang
dunia kedua, Masjid Bandar di bina di atas sebuah bukit berhampiran ‘Old
Slipway’. Masjid ini kecil dan
tidak dapat memuat ramai orang. Keperluan
untuk mendapat sebuah masjid yang lebih besar dan tapak yang sesuai mula
ketara pada tahun 1970. Sehingga
tahun 1984 keperluan untuk mendapatkan sebuah masjid baru, iaitu Masjid
Besar Sandakan telah menjadi kenyataan, pembinaan telah dimulakan sehingga
tahun 1988 pembinaan ini siap. Walaupun Masjid Besar Sandakan ini sederhana
tetapi ia kelihatan anggun dan tetap menarik perhatian dengan lokasinya
yang terletak di Teluk Sandakan.
Kuil
Sam Sing Kung merupakan salah sebuah kuil yang tertua di Sandakan. Pada
tahun 1887, dengan usaha bersama Persatuaan Kantonis, Teochew, Hakka dan
Hainanese, Kuil Sam Sing Kung telah di bina di bahagian kaki bukit berdekatan
dengan Kuil Kuan Ying. Kuil
ini merupakan kuil yang terletak berdekatan dengan Padang rekreasi
Sandakan. Kuil Sam Sing Kung
merupakan Tiga orang suci di puja disini iaitu : ‘Kwan Woon Cheung’ (moyang
Kwan Clan dan Buddha keadilan), Buddha Tin Hou (di puja oleh orang-orang
yang bekerja di laut seperti nelayan) dan Maharaja Min Cheong (di puja oleh
sesiapa yang ingin menduduki/lulus peperiksaan).
