SANDAKAN
SECARA UMUM

Kedudukan
Sandakan
Terletak
di kedudukan 5° 30”
Utara sehingga ke 6° 17”
ke Utara, manakala di kedudukan garis bujur adalah 117° 37”
Timur sehinggalah 118° 21” Timur. Sandakan merupakan bandar
di negara Malaysia yang paling ke timur dari aspek garis lintang dan bandar
yang terletak paling ke timur bagi negeri Sabah. Bandar Sandakan juga
terletak kira-kira 1,900 kilometer dari Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia
dan hanya kira-kira 28 kilometer dari sempadan negara Filipina. Bandar Sandakan
telah wujud sebagai sebuah residensi semenjak tahun 1948.
Asal-usul
nama Sandakan
Mengikut catatan Sejarah, nama Sandakan berasal daripada perkataan Sulu
iaitu “SANDAK” bererti “pajak gadai”. Jadi
pengertian keseluruhannya adalah "bandar yang di pajak gadai".
Kawasan
di bawah bidang kuasa Daerah Sandakan
Bandar - 46 batu persegi atau 12,000
ha
Separa bandar - 56 batu persegi
atau 14,500 ha
Luar bandar dan laut - 773 batu
persegi atau 200,124 ha
Bandar Sandakan mepunyai banyak keistimewaannya dari pelbagai aspek. Antaranya adalah Sejarah, Kebudayaan, Alam Semulajadi, Ekonomi.
Sejarah
Sandakan
Catatan
sejarah mengenai bandar ini
bermula pada abad ke-15 hinggalah kini.
Bandar ini pernah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan di
buka oleh suku kaum Taosug (Suluk), pedagang dari Austria, German dan Scotland.
Ia menjadi bandar di bawah kuasa British sejak tahun 1879 hingga 1969 sebelum
Sabah menyertai Malaysia. Zaman pemerintahan
Jepun pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak peristiwa pahit di
kalangan penduduk Sandakan terutamanya golongan peniaga bangsa Cina. Bandar Sandakan merupakan bandar
yang cukup unik dengan tinggalan sejarahnya yang masih dikekalkan sehingga
kini.
Kebudayaan
Bandar
Sandakan sememangnya unik kerana ia terdiri daripada pelbagai kaum justeru
itu menghasilkan pelbagai kebudayaan mengikut kebudayaan suku kaum masing-masing.
Antara kaum yang telah lama menetap di Bandar Sandakan adalah kaum Cina,
Suluk, "Bajau Simunul", Bisaya dan suku kaum Sungai dan beberapa
suku kaum yang lain.
Alam
semula jadi
Sandakan
memang kaya dengan alam semulajadinya yang mendapat tarikan pelancong luar
negara dan pelancong tempatan. Perkataan
“SAN” juga bererti “Sea, Adventure, dan Nature” yang menarik ramai
pelancong ke Sandakan. Oleh itu Sandakan memang mempunyai
banyak tempat-tempat
yang menarik
boleh dilawati di Sandakan.
Ekonomi
Sandakan
Bandar
Sandakan merupakan bandar yang kaya dengan pelbagai sumber sejak awal abad
ke 18 lagi. Keistimewaan dan kekayaan sumbernya telah menarik ramai pelabur
asing untuk menjalankan perniagaan. Kayu
balak merupakan hasil yang telah banyak membawa keuntungan kepada pelabur
asing. Selepas perniagaan balak merosot timbul kelapa sawit yang merupakan
ekonomi utama Sandakan. Selain
dari itu perikanan, pelancongan dan sarang burung juga merupakan kegiatan
ekonomi penting Sandakan.

