Hutan Rekreasi Bukit Gemok Tawau

[Laman Utama] [Pengenalan][Sejarah][Koleksi Gambar Bersejarah][Penduduk][Ekonomi][Tempat-Tempat Menarik][Personaliti][Direktori][Suku Kaum - Bugis, Tidung, Kokos, Banjar][Perpustakaan Wilayah Tawau]

Terletak lebih kurang 11 km dari bandar Tawau dan mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pengunjung, antaranya ialah pondok rehat dalam kawasan taman, pusat penerangan, kemudahan memasak dan BBQ, bekalan air dan lampu, taman permainan kanak-kanak, kemudahan tandas awam dan sebagainya.  

Turut menjadi perancangan untuk dibina ialah chalet, air terjun buatan, tapak perkhemahan yang serba lengkap, mini zoo, cafeteria, taman orkid dan aboretum.  Namun begitu, apa yang paling menarik yang terdapat di pusat rekreasi ini ialah jambatan gantung (canopy walkway) sepanjang 231 meter yang dikenali sebagai Titian Silara Subkey.   Dari jambatan gantung tersebut, para pengunjung akan  dapat menikmati pemandangan keindahan alam semulajadi dan dapat melihat beberapa tempat di Tawau.

(Dipetik dari artikel suratkhabar Utusan Borneo, 26 Mei 2000 - Hutan Rekreasi Bukit Gemok Tawau Usaha jadikan Sebuah Pusat Tarikan Pelancongan)

ke atas

@Hakcipta Terpelihara 2000
Perpustakaan Wilayah Tawau
Peti Surat 775, 91008 Tawau
No.Tel /Faks : 089-760632