
Pengenalan
Pembangunan laman web
eMas Daerah Tawau telah dilakukan secara berperingkat-peringkat bermula
April 2000 dan diterbitkan pada November 2000. Sementara majlis
perasmian laman ini telah disempurnakan pada 29 September 2001 oleh Yang
Berhormat Datuk Haji Abdul Ghapur haji Salleh. Laman web ini
memaparkan maklumat mengenai sejarah, ekonomi, pembangunan, tempat-tempat
menarik sekitar Tawau, personaliti-personaliti tempatan, suku kaum daerah
Tawau dan lain-lain.
Logo eMas
Daerah Tawau di atas memaparkan bangunan lama kerajaan dalam zaman British
sebagai latar belakang yang melambangkan kewujudan daerah Tawau sejak
lebih dari 100 tahun dahulu. Sementara buah koko dan kelapa sawit
melambangkan hasil bumi daerah Tawau sehinggakan ianya digelar sebagai 'Bumi
Peladang'. Kepelbagaian suku kaum etnik yang unik di daerah Tawau
turut dipaparkan melalui model-model yang berpakaian tradisional mewakili
suku kaum yang terdapat di daerah Tawau.
Artikel-artikel dan
gambar-gambar laman web adalah hasil
usaha pasukan EDT dengan kerjasama pihak-pihak yang berkenaan. Diharap penerbitan laman
web ini dapat membantu anda mengenali dan mendapatkan maklumat mengenai daerah
Tawau.
Kepada anda yang mempunyai sebarang artikel
mengenai Daerah Tawau, pihak kami amat mengalu-alukan dan menghargai sumbangan
anda.