|
||
|
||
|
eMas Sabah merupakan satu komuniti elektronik bagi penduduk Sabah. Melalui projek ini, kami berharap dapat membekalkan alat untuk merangkaikan masyarakat Sabah melalui Internet, menyediakan maklumat komuniti kepada masyarakat awam dan sebagai cara untuk masyarakat berhubung secara elektronik. British Library Association mentakrifkan maklumat komuniti sebagai: Satu perkhidmatan yang membantu individu dan kelompok masyarakat menyelesaikan masalah harian dan melalui proses penyertaan demokratik. Perkhidmatan ini ditumpukan kepada keperluan mereka yang tidak mempunyai akses sedia ada kepada lain-lain sumber bantuan, masalah yang paling terdesak, masalah berkenaan rumahtangga, pekerjaan dan hak-hak masyarakat. Sesungguhnya, kami berharap eMas Sabah akan menyediakan saluran di mana keperluan penduduk Sabah dapat diberi tumpuan dan sebagai alat untuk membuat penyelesaian kepada masalah-masalah tersebut. eMas Sabah bermakna Masyarakat Elektronik Sabah atau Sabah Electronic Community dalam bahasa Inggeris. eMas Sabah akan dijadikan laman elektronik kepada masyarakat Sabah. Nama ini juga mencerminkan kekayaan sumber manusia di Sabah, yang terdiri daripada masyarakat yang murah hati dan telah menubuhkan organisasi-organisasi untuk tujuan membantu masyarakat. Kami berharap semua organisasi ini akan bekerjasama untuk menjadikan laman ini benar-benar sebagai tempat perjumpaan masyarakat Sabah. Sebagaimana lain-lain komuniti elektronik di Internet, eMas Sabah akan beroperasi melalui laman Internet. Alamat laman ini ialah:- http://www.sabah.org.my.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -