|
MENU Alam Sekitar
|
BANJIR DI SABAH
| Index
Faktor-Faktor Berlaku Banjir | Index
Peristiwa Banjir Yang melanda Sabah |
| Kesan-Kesan
Banjir | Cara-cara
mengatasi Banjir |
Di Sabah,
kejadian banjir bukan merupakan suatu malapetaka yang sering berlaku pada setiap tahun.
Ini adalah kerana jumlah hujan tahunannya melebihi 2030 mm dan taburannya tidak sekata.
Kawasan yang menerima 2800 mm sepanjang tahun adalah di kawasan utara pantai barat
Sabah. Kawasan-kawasan kaki bukit menerima hujan di antara 2000 hingga 2800 mm. Sementara
kawasan yang menerima hujan kurang daripada 2000 mm setahun adalah kawasan Lahad Datu dan
bahagian tenggara Banjaran Crocker. Oleh yang demikian kawasan pantai barat Sabah dan
pantai timur Sabah, adalah antara kawasan yang banyak menerima hujan. Keadaan muka buminya
yang rendah, menyebabkan ianya sentiasa mengalami masalah banjir sekiranya berlaku hujan
lebat. Antara daerah yang sering mengalami masalah ini adalah Beaufort, Penampang, Papar
dan Tuaran.
|