PUSAT KAJIAN LAPANGAN LEMBAH DANUM

hidupanliar_danum.jpg (7237 bytes)Pusat Kajian Lapangan Lembah Danum telah ditubuhkan pada tahun 1985 oleh Yayasan Sabah untuk menyediakan kemudahan penyelidikan hutan, pendidikan alam semula jadi dan rekreasi hutan rimba. Sernua kemudahan ini berpusat dalam satu kawasan hutan hujan tanah pamah yang dilindungi dan terbesar di Sabah iaitu Kawasan Pemeliharaan Lembah Danum yang menpunyai keluasan 438 km. persegi. Kawasan Pemeliharaan yang terkenal di seluruh dunia ini terletak di tepi Sungai Segama, sejauh 85 km. ke barat Lahad Datu. Pusat ini terletak di kawasan konsesi pembalakan Yayasan Sabah seluas 9,782 km. persegi sebagai kawasan yang diasingkan untuk pemeliharaan di bawah Pelan Pengurusan Hutan Yayasan Sabah. Projek ini diurus bersama oleh Yayasan Sabah, Jabatan Hutan Sabah dan Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Sabah) melalui Jawatankuasa Pengurusan Lembah Danum yang juga dianggotai oleh lapan agensi lain yang berkepentingan dalam pemeliharaan dan penyelidikan hutan.

Kawasan Pemeliharaan itu mengandungi begitu banyak jenis tumbuhtumbuhan dan kesemua fauna tanah pamah Sabah. Ini termasuklah spesis-spesis yang jarang ditemui dan terancam seperti badak sumbu sumatra, tembadau, gajah, harimau dahan, orang utan, monyet bangkatan dan beruang. Flora dan fauna ini saling bergantung sesama sendiri untuk makanan, pendebungaan, penyebaran biji benih atau dalam keperluan lain.

Dipetik daripada : Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Jabatan Muzium Sabah, Kota Kinabalu.1992.

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -