LEMBANGAN MALIAU
Lembangan Maliau adalah salah satu ciri alam yang menarik dan luar biasa di seluruh Malaysia dan malahan di Asia Tenggara. Lembangan Maliau hampir tidak pernah dikunjungi oleh manusia dan langsung tidak berpenghuni. Ia terletak di selatan-tengah Sabah antara 116° 4' - 117° 2' dan 4° 40' - 4° 50' U lebih kurang 40 km. ke Utara sempadan Indonesia. Sementara itu seluruh kawasan ini berbukit bukau, terpencil dan diselubungi hutan rimba. Lembangan Maliau mempunyai ciri tersendiri dengan lereng-lereng curam yang mencapai ketinggian 1,500 m, membuatnya tidak dapat dijelajahi dengan berjalan kaki di kebanyakan tempat. Saiz lembangan tertutup itu ialah 390 km persegi dengan garis pusat maksima 26km. Takat tertinggi ialah gunung Lotung di pinggir utara pada ketinggian lebih kurang l,900 m. Kawasan ini disaliri sungai-sungai kecil yang membentuk Sungai Maliau. Satu daripadanya mengalir melalui beberapa dasar curam berturut-turut membentuk air terjun yang dikenali Air Terjun Maliau. Sungai itu mengalir melalui satu lurah yang tinggi ke sungai Kuamut yang seterusnya mengalir ke Sungai Kinabatangan, sungai yang terpanjang di Sabah.
Lembangan ini merupakan tempat perlindungan binatang-binatang tanah pamah seperti babi hutan, rusa, monyet bangkatan, harimau dahan, ular sawa dan banyak spesis burung temmasuklah burung merak yang jarang ditemui itu. Burung-burung helang dan sang seruk rimba juga pemah dilihat di kawasan ini.
Sejak tahun 1970, kawasan ini dimasukkan dalam kawasan konsesi pembalakan Yayasan Sabah. Bagaimanapun mulai tahun 1981, lembangan Maliau bersama-sama dengan satu kawasan yang lebih luas lagi iaitu Lembah Danum telah diasingkan khusus untuk jadikan kawasan pemeliharaan di bawah pelan jangka panjang Pengurusan Hutan Yayasan Sabah. Mengikut pelan itu kawasan ini seharusnya dikekalkan tanpa dibalak untuk pemeliharaan hidupan liar, pendidikan dan penyelidikan.
Dipetik daripada : Warisan Sabah :
Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Jabatan Muzium Sabah, Kota
Kinabalu.1992.
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -