SIPADAN

hidupanliar_sipadan.jpg (5658 bytes)Berhampiran dengan Semporna, sebuah bandar di pantai timur Sabah, terletak Pulau Sipadan. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari paras air. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat menyelam yang mungkin terbaik di dunia. Alam bawah laut Sipadan menawarkan kepada para penyelam pemandangan yang penuh dengan kehidupan marin seperti barracuda, penyu, ikan dan sebagainya. Warnawarna yang banyak dan bertukar ganti, birai, celah, batu rungkupan, gua besar dan cerombong yang menegak di bawah air yang dibentuk oleh pelbagai karang menanti untuk disaksikan oleh para penyelam yang ingin menikmati tempat selam yang menyeronokkan di dunia. Pulau ini telah diujudkan sebagai tempat perlindungan hidupan liar pada tahun 1933 dan persekitarannya yang asal telah dapat dikekalkan sehingga kini.

Dipetik daripada : Warisan Sabah : Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan Sabah. Jabatan Muzium Sabah, Kota Kinabalu.1992.


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -