Laporan
Kiraan Permulaan Bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia, 2000
![]()

Penerbitan ini, "Laporan
Kiraan Permulaan Bagi Kawasan Bandar dan Luar Bandar" merupakan penerbitan
kedua dalam siri penerbitan yang berasaskan kepada data yang dipungut dalam
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2000. Penerbitan pertama bertajuk "Laporan
Kiraan Permulaan" menunjukkan jumlah kiraan tempat kediaman, isi rumah dan
penduduk di peringkat negeri dan daerah pentadbiran.
Keluaran penerbitan ini adalah satu usaha yang berterusan untuk memenuhi
keperluan pengguna terhadap data di pelbagai peringkat sub-nasional. Jenis
maklumat yang terkandung di dalam laporan ini serupa dengan yang terkandung
dalam penerbitan pertama tetapi dengan pembahagian mengikut kawasan bandar dan
luar bandar. Kiraan penduduk untuk Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan juga
dimasukkan. Seperti laporan yang pertama, penerbitan ini memuatkan maklumat
permulaan yang berasaskan kepada ringkasan kiraan yang dibuat sebaik sahaja
operasi kerja luar selesai.
Maklumat terkini yang lebih terperinci tentang ciri-ciri demografi dan sosial di
peringkat kawasan bandar dan luar bandar akan dikeluarkan dalam
penerbitan-penerbitan yang akan datang sebaik sahaja borang-borang banci telah
selesai diproses oleh komputer.
Data utama bagi bandar-bandar dalam penerbitan ini adalah ditunjukkan dalam
jadual bawah:-
|
Negeri dan bandar utama State and major towns |
Jumlah tempat kediaman Total livingquarters |
Jumlah Isi Rumah Total households |
Penduduk Population |
|
| SABAH | ||||
| D.B. Kota Kinabalu |
73,072 |
69,781 |
354,153 |
|
| * Tidak termasuk angka bagi sebahagian Pondok Tanjong yang terletak di Daerah Kerian. |
Copyright © «[Department of Statistics Malaysia]». All rights reserved.