|
||
|
||
![]() |
| Pengenalan
| Bendera &
Lambang | Sejarah |
Penduduk
| Ekonomi
| Alam Sekitar
| | Tokoh-Tokoh | Kesenian & Kebudayaan | Daerah Sabah | |
PENGENALAN KEPADA SABAH Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Dengan gelaran "Negeri Di
Bawah Angin [iaitu Bayu]" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi
tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya.
Sabah adalah satu kawasan berbukit
bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir
melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di
hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan
ketinggian 4,101 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi
hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai
terbang, rusa dan burung. Kumpulan etnik yang utama adalah:
Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan
Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei.
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan
itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan
masing-masing. Dipetik daripada : Warisan Sabah
: Pengenalan Ringkas Sejarah dan Warisan |
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -