MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

kenali sabah menu
ks.jpg (2922 bytes) Pengenalan  |  Bendera & Lambang  |  Sejarah  |   PendudukEkonomi Alam Sekitar |
Tokoh-Tokoh  |  Kesenian & Kebudayaan  |  Daerah Sabah  |
MENU Alam Sekitar

ALAM SEKITAR

Pengenalan

Pemuliharaan Alam Sekitar

Pusat-Pusat Hidupan Liar

Perhutanan

Jerebu

Banjir

Pencemaran

 

 

 

banner_alam.jpg (19906 bytes)

Pengenalan

Negeri Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia boleh ditemui di sini. Kuntum bunga tersebut dikatakan berukuran tiga meter garis pusat. Selain daripada itu, terdapat banyak spesis anggerik / orkid, periuk kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah.

Negeri Di Bawah Bayu ini merupakan satu kawasan yang berbukit bukau. Ianya bergunung-ganang dan disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua telah ditemui di hutan-hutan Sabah. Gunung Kinabalu merupakan satu daripada gunung yang  tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4,101 meter.

Hutan yang subur menghijau menjadi tempat perlindungan kepada hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung. Dengan kekayaan serta kepelbagaian habitat di Sabah,   kerajaan negeri Sabah dan pihak World Wide Fund For Nature (WWF) Malaysia sering berganding bahu dalam usaha pemeliharaan serta pemuliharaan alam sekitar di sini.

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -