Sektor Getah Sabah
Getah adalah barangan komersil yang ketiga
pentingnya di negeri Sabah, selepas kelapa sawit dan juga koko. Pada tahun 1998,
sumbangannya kepada eksport negeri ialah RM76 juta. Keluaran getah yang dieksport adalah
terdiri daripada kepingan getah diasap dan latex. Keluaran ini kemudiannya dihantar ke
Semananjung Malaysia untuk kerja pemprosesan seterusnya. Pemprosesan lanjut ini akan
mengeluarkan keluaran atau barangan yang bermutu tinggi. Walau bagaimanapun pada masa ini
penanaman getah hanya dijalankan secara kecil-kecilan sahaja.
Dewasa ini kerajaan juga menggalakan penghasilan getah untuk keluaran kayu getah. Kerajaan mempromosikan keluaran perabot kayu getah yang kini kepentingannya telah meningkat dipasaran dunia.
Sumber : Sabah Institute Development of Studies (IDS), April 1999