Sektor Kelapa Sawit Sabah

Sektor ini amat penting kepada aspek ekonomi negeri. Ia menyumbangkan 30% daripada jumlah pendapatan melalui pengeksportan. Pada tahun 1998 pengeksportan sawit telah mencapai rekod sebanyak RM5 juta. Sabah adalah pengeluar sawit mentah Malaysia dan menyumbang kira-kira 25% daripada jumlah keluaran sawit negara.

Penanaman kelapa sawit meliputi lebih daripada 700,000 hektar di bahagian Pantai Timur Sabah. Kawasan ini adalah kawasan pertanian dan sesuai digunakan untuk tujuan tersebut. Antara semua negeri di Malaysia, Sabah mempunyai hasil sawit yang tertinggi per hektar berbanding dengan negeri-negeri lain. Faktor ini menyebabkan ramai pelabur yang berpotensi tertarik untuk melabur di Sabah.

Selalunya sektor kelapa sawit negeri akan menentukan kerja-kerja pemprosesan . Pada masa ini terdapat 58 buah kilang di Sabah yang memproses sawit mentah. Hasilnya adalah terdiri daripada palm kernel oil dan palm kernel cake. Keluaran lain daripada kelapa sawit adalah hanya dalam kuantiti kecil sahaja.

Sumber : Sabah Institute Development of Studies (IDS), April 1999