PAKAIAN TRADIASIONAL SUKU KAUM MURUT
costume_murut.jpg (15207 bytes)  

 

Pakaian Wanita
 
Pinongkolo
 
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian.
 
Pipirot
 
Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod.
 
Salupai
 
Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
 
Sinikot
 
Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
 
Rarangkol
 
Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya.
 
Holong
 
Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou.
 

 

Pakaian Lelaki
 
Babaru puputul

 

Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana.
 

Aba puputul

 

Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang.
 
Tupi'sinulatan
 
Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot.
 

 

Sebahagian Daripada Bentuk Motif-Motif Yang Terdapat Pada Pakaian Tradisional Murut
 

sinusu'
 
Bulu burung merak.
 
inimburu
 
Corak berbentuk lintah.
 
inakaang
 
Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
 
sinuli
 
Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
 
kalayam manuk
 
Corak berbentuk kaki ayam.
 
sinusulou
 
Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
 
mato nu orou
 
Corak berbentuk matahari.
 


Source : 
An Introduction To The Traditional Costumes of Sabah edited by Rita Lasimbang & Stella Moo-Tan, Published by Natural History Publications (Borneo) Sdn. Bhd in association with Department of Sabah Musuem, 1997