APA ITU
INFLASI?
- Inflasi adalah sesuatu keadaan ekonomi di i berlaku
kenaikan harga (kebanyakan gan don perkhidmatan) yang berterusan.
-
- APAKAH PUNCA INFLASI?
-
- 1. Inflasi Tarikan Permintaan
- Berlaku apabila bekalan barangan dan erkhidmatan
fidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan
acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah
pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi
keuntungan yang lebih.
-
- 2. Inflasi Tolakan Kos
- Berlaku apadla kos pengeluaran meningkat. Pengeluar
akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan
atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.
-
- 3. Inflasi Bekalan Wang
- Briaku apabila bekalan wang meningkat melebihi
bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini iasanya berlaku semasa
peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang
akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan
bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan don perkhidmatan yang ada di
pasaran setiap masa.
-
- 4. Inflasi Pentadbiran Harga
- Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat
(monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang membekalkan barangan atau
perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar
menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa
membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau
pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati
keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil
harga pentadbiran,
-
- 5. Inflasi Yang Diimport
- Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkon
inflasi. Apabila kos bahanbahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang dilmport dari
luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran
tempatan meningkat tanpa mudah disedarl. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku
secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung
melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport.
-
- LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
-
- 1. Mengawal Permintaan
- Jumlah permintaan melebihi jumlah penawaran di
pasaran menyebabkan harga meningkat. Oleh itu adalah perlu untuk mengekalkan jumlah
permintaan pada tahap yang munasabah.
-
- 2. Mengawal Bekalan
- Dilakukan dengan cara meningkatkan bekalan melalui
peningkatan produktiviti, memperbaiki jaringan pengedaran, mengimport bahan mentah yang
lebih murah dan mengurangkan pembaziran merupa-kan langkah berkesan untuk mengurangkan
tekanan inflasi.
-
- 3. Polisi Ekonoml Makro
Tindakan Kerajaan melalul pengurusan cukal,
kewangan dan pentadbiran untuk menentukan halacara pembangunan negara.
-
- PERANAN PENGGUNA MENGHADAPI
INFLASI
- Jangan beli semasa harga tinggi. Beli semasa
ditawarkan harga rendah.
- Elokkan pembaziran, berjimat dan membeli apabila
perlu sahaja dan mengikut rancangan perbelanjaan dan kemampuan anda.
- Carl kedai yang menawarkan harga yang berpatutan
serta yang meletakkan tanda harga.
- Dapatkan harga terbalk juga dengan cara
tawar-menawar jika clapat dilakukan.
- Pengguna perlu memainkan peranan sebagai pengeluar
atau pemberi khidmat untuk meningkatkan produktiviti mereka.
- Pengguna/pengeluar henclaklah beretika.
- Memperbaiki yang lama lebih baik daripada membeli
baru, jika ekonomik.
Dipetik daripada : Risalah Inflasi : Memahami Inflasi (Siri 3) ,
Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur.
|