-
Kadar perturnbuhan
ekonorni Malaysia yang tinggi, pada paras lebih 8 peratus setahun sejak lapan tahun
berturut-turut kebelakangan ini menimbulkan tekanan yang tinggi kepada inflasi di
Malaysia. Kadar inflasi telah meningkat dari 0.4 peratus dalarn tahun 1985, ketika
Malaysia mengalarni kernelesetan ekonorni terus kepada 4.7 peratus dalarn tahun 1992 (Rajah 1). Walau bagaimanapun, kadar inflasi
menurun kepada 3.5 peratus pada tahun 1995 dan 3.6 peratus bagi sembilan bulan pertarna
tahun 1996. Setakat ini kadar inflasi di Malaysia masih boleh dikatakan rendah dan adalah
terendah jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain (Rajah 2).
-
APA ITU
INFLASI?
Pada urnumnya inflasi bermakna "kenaikan yang berterusan dalarn tingkat harga
urnum". "Harga umum"
bermaksud harga yang menggambarkan paras harga bagi keseluruhan barangan dan
perkhidmatan yang ada dalarn sesuatu ekonorni pada sesuatu masa tertentu. Oleh kerana
terlalu banyak bilangan barangan yang terdapat pada sesuatu masa, maka arnat sulit untuk
mendapatkan sernua harga barangan dan perkhidmatan berkenaan. Oleh itu, satu kaedah telah
dibentuk untuk mengukur paras harga urnum ini dengan mengambil sebilangan barangan dan
perkhidmatan tertentu sebagai mewakili keseluruhan barangan dan perkhidmatan yang ada
dalarn sesuatu ekonorni dan harga mereka diukur dengan rnenggunakan Indeks Harga.
Seringkali koleksi barangan dan perkhidmatan yang diambil itu mewakili barangan dan
perkhidmatan yang digunakan oleh pengguna. Oleh itulah indeks harga ini dinamakan Indeks
Harga Pengguna (IHP) dan bagi Malaysia, indeks ini dikeluarkan dari masa ke masa oleh
Jabatan Perangkaan.
-
"Kenaikan yang berterusan" bermaksud bahawa inflasi hanya berlaku pada ketika
paras harga urnum meningkat secara berterusan dalarn satu-satu tempoh tertentu sahaja. Sesuatu kenaikan
harga yang bersifat sementara seperti kenaikan harga akibat musim kernarau atau kenaikan
harga kerana meningkatnya kadar cukai jalan tidak dianggap sebagai inflasi kerana kenaikan
harga sebegini hanya berlaku sekali sahaja.
- INDEKS HARGA PENGGUNA
- Indeks Harga Pengguna (IHP) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau
menentulkan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barangbarang dan perkhidmatan yang
biasanya digunakan oleh pengguna. IHP diukur dengan membandinglkan purata harga barangan
dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga bagi tahun sernasa. Sementara itu
kadar inflasi pula adalah peratus
perubahan paras harga barangan dan perkhidmatan tahun semasa berbanding tahun asas.
IHP mengambilkira lebih kurang 430 item barangan dan perkhidmatan yang digunakan oleh
seunit isi rumah secara am (average household expenditure).
- KESAN-KESAN INFLASI
- Inflasi banyak memberi kesan negatif kepada ekonomi dan penduduk sesebuah negara. Kadar
inflasi yang tinggi akan meningkatkan kos hidup rakyat dan ini akan mengurangkan taraf
hidup mereka. Agihan faktor-faktor pengeluaran juga tidak cekap dan akan merugikan ekonomi
berkenaan.
-
- Bagi individu, inflasi akan mengurangkan pendapatan benar mereka. Keadaan ini menjadi
serius jika kadar kenaikan harga atau kadar inflasi jauh lebih tinggi daripada kadar
kenaikan pendapatan wang individu berkenaan. Pengurangan pendapatan benar akan berlaku
dengan ketara kepada pekerjapekerja yang berpendapatan tetap.
-
- Sewaktu ekonomi menghadapi inflasi, kesan agihan amat dirasai. Bagi mereka yang
menabung,
- yang menerima pencen, yang memiliki bon dan polisi insuran, nilai sebenar (dalarn
eftikata kuasabeli wang) tabungan, nilai pencen, nilai bon atau polisi insuran mereka
merosot. Ini kerana sewaktu inflasi, kadar faedah benar adalah rendah dan mungkin negatif
berbanding dengan keadaan tanpa inflasi. Bagi mereka yang berhutang dan yang memberi
hutang agihan semula pendapatan juga akan berlaku. Bagi yang berhutang, mereka beruntung
kerana nilai benar wang bayaran hutang yang dijelaskan sudah menurun berbanding keadaan
sebelumnya. Yang memberi hutang pula akan rugi kerana nilai benar bayaran hutang yang
diterima menjadi rendah daripada keadaan tanpa inflasi.
-
-
Inflasi juga akan memberi kesan kepada pelaburan dalam negara. Dengan
meningkatnya paras harga, pengeluaran barangan dan perkhidmatan yang dieksport boleh
kehilangan daya saing. Dengan kehilangan daya saing ini, pendapatan eksport akan menurun
dan ini akan mengurangkan pelaburan dalam industri-industri berkenaan.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMYEBABKAN INFLASI
-
- Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh mana-mana satu dari faktor-faktor berikut
atau kombinasi faktor-faktor ini :
-
- 1. Inflasi Tolakan Kos
- Inflasi tolakan kos adalah disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi.
Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran
seperti tingkat upah. Sebagai contoh, jika kadar upah meningkat dengan tinggi, maka kos
pengeluaran akan meningkat.
-
- Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan
keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan
kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja
(dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi
menampung peningkatan harga ini. Jika permohonan mereka berjaya, kos pengeluaran akan
meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum
akan meningkat sekali lagi.
-
- 2. Inflasi Tarikan Permintaan
- Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan
dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa
tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah
penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan
berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah
ekonomi mencapai gunatenaga penuh seperti yang Malaysia alami pada masa ini tingkat
pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini,
sama ada oleh sebab kekata,n pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah
permintaan pula boleh berpunca kepada:
-
- a)
Peningkatan Tinglkat Pendapatan
- Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam
pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna
untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada
kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami
pertumbuhan yang tinggi.
-
- b) Peningkatan Penawaran Wang
- Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan
dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya
mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam
negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit,
maka inflasi akan wujud.
-
- 3. Inflasi Diimport
- Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan
perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.
-
- i. Peningkatan Harga di Luar Negara
Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya
benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan
perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi
kesan kepada harga dalam negara.
-
- ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang
- Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan
negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna
semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara
langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan
membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas
pengguna dalam negara.
-
- 4. Jangkaan Pengguna
- Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
- Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan
berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.
Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk
meningkatkan harga.

- a) Peningkatan Tinglkat Pendapatan
- Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam
pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna
untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada
kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami
pertumbuhan yang tinggi.
-
- b) Peningkatan Penawaran Wang
- Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan
dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya
mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam
negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit,
maka inflasi akan wujud.
-
- 3. Inflasi Diimport
- Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor: peningkatan harga barangan dan
perkhidmatan yang diimport dan penurunan kadar pertukaran asing.
-
- i. Peningkatan Harga di Luar Negara
- Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import. Ini terutamanya
benar bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia yang banyak mengimport barangan dan
perkhidmatan dari luar negara. Jika hargaharga import ini meningkat, maka ia akan memberi
kesan kepada harga dalam negara.
-
- ii. Penurunan Kadar Pertulkaran Wang
- Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang di antara Malaysia dengan
negara luar. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika jatuh (bermakna
semakin banyak RM diperlukan untuk membeli satu dollar Amerika), maka dengan secara
langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan
membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas
pengguna dalam negara.
-
- 4. Jangkaan Pengguna
- Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna.
- Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan
berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi.
Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk
meningkatkan harga.
- LANGKAH MEMBENDUNG INFLASI
-
- Objektif utama kerajaan ialah menstabilkan harga dalam keadaan ekonomi membangun dengan
pesat. Langkah-langkah utama kerajaan dalam usaha memerangi inflasi boleh dibahagikan
kepada tiga kategori iaitu langkah-langkah fiskal, kewangan dan pentadbiran.
-
- Dasar Kewangan (Monetary Policy)
- Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang ketat untuk mengurangkan pertumbuhan penawaran
- wang di pasaran termasuk juga menetapkan kadar faedah pinjaman yang tinggi untuk
mengelakkan perbelanjaan awam yang banyak melalui pinjaman serta mengetatkan syarat-syarat
pengeluaran kad kredit.
-
- Dasar Fiskal (Fiscal Policy)
- Ini termasuk pengawalan cukai bagi barangan termasuk makanan, barang-barang isi rumah,
barangbarang elektrik, elektronik dan sebagainya.
-
- Pentadbiran
-
- i. Menggalakkan Persaingan
- Kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan persaingan yang lebih sihat antara industri
untuk menghasilkan produktiviti yang tinggi, permodenan teknologi dan daya saing industri
dari segi harga produk.
-
- ii. Memperbalki Sistern Pengangkutan
- Sistem pengangkutan awam sedang diperbaiki bagi memastikan pengangkutan barangan dan
perkhidmatan menjadi cekap dan efisyen. Pembinaan LRT, lebuhraya dan sistem baru keretapi
adalah usaha-usaha mengatasi kesesakan. Mengenai makanan, kerajaan menggalakkan
peningkatan kapasiti pengeluaran.
-
- iii. Kapasiti Pengeluaran Makanan
Agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pertanian, Kerajaan-Kerajaan
Negeri, Lembaga Kemajuan lkan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) dan badan-badan berkaitan diberi galakan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran
makanan.
KEMPEN ANTI-INFLASI DI SELURUH NEGARA
Kerajaan menyedari bahawa inflasi boleh menimbulkan kesan
buruk kepada perkembangan ekonomi negara, kos sara hidup dan taraf hidup orang
berpendapatan rendah. Kerajaan telah melaksanakan Kempen Anti Inflasi melalui media cetak
dan elektronik untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pembeli supaya mereka
boleh mengambil langkah-langkah positif untuk membantu membendung inflasi. Objektif utama
kempen ialah untuk mengurangkan kadar inflasi ke tahap yang paling rendah sehingga
mencapai tahap sifar seperti yang dihasratkan oleh YA.B. Perdana Menteri.
Kempen ini diasaskan kepada konsep untuk memupuk pemikiran masyarakat supaya
membanteras inflasi dengan menggalakkan pengguna supaya:
- membeli barang buatan Malaysia
- mengelakkan pernbelian tidak dirancang
- membeli hanya barangan yang benar-benar diperlukan
- menggalakkan para pengguna berjimat cermat dan menabung
- mengurangkan pernbelian menggunakan kad kredit
- elakkan amalan mencatut (profiteering) oleh para peniaga.
- menggalakkan pembentukan imej pengguna bijaksana.
- Kempen melalui media cetak dan elektronik ini adalah bertemakan "Inflasi Sifar
Sasaran Kita".
-
- Inflasi Sifar
- Inflasi sifar bermakna sesuatu keadaan di mana tidak berlaku apa-apa kenaikan pada
Indeks Harga Pengguna tahun semasa berbanding dengan Indeks Harga Pengguna tahun asas.
Dalam keadaan ini paras harga kekal dan tidak berubah bagi tempoh masa tertentu.
-
- Takrifan Inflasi Sifar Dalam Kempen Anti Inflasi Kerajaan
Sementara itu inflasi sifar dalam konteks Kempen Anti Inflasi yang dilaksanakan
oleh kerajaan adalah merujuk kepada usaha-usaha kerajaan mengekalkan paras harga bagi
barangan dan perkhidmatan perlu yang biasanya digunakan oleh sebahagian besar rakyat di
negara ini terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah seperti barang makanan,
pengangkutan bas, teksi, kos rumah murah, sewa rumah murah, utiliti dan sebagainya.
-
- Peranan Pengguna Dalam Menangani Masalah Inflasi
Pengguna mempunyai peranan yang penting dalam melawan inflasi. Dengan
kebijaksaan yang ada, pengguna boleh mencorak semula perbelanjaan mereka sewaktu ekonomi
berada dalam keadaan inflasi. Pengguna boleh mengurangkan paras perbelanjaan dengan
berbelanja ke atas barangan dan perkhidmatan yang perlu sahaja. Pengguna tidak perlu
mempunyai jangkaan inflasi yang boleh memburukkan keadaan. Dalam keadaan-keadaan tertentu,
pengguna boleh juga mencari barangan atau perkhidmatan pengganti yang lebih murah
harganya. Kempen Anti-Inflasi serta program-program yang lain bertujuan mendidik pengguna
tentang hak-hak pengguna, tentang pengurusan ekonomi rumah tangga dan tentang bahaya
inflasi. Nasihat kepada pengguna ialah sebelum berbelanja mereka haruslah:
- merancang perbelanjaan
- dapatkan nilai bagi wang
- elakkan perbelanjaan berlebihan
-
-
Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri Dan
-
Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.
-
|