- ISTILAH-ISTILAH KEPENGGUNAAN
YANG PENTING
| A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K
| L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y
| Z |
Baik pulih
(reconditioned)
- Untuk memastikan barangan yang telah
(reconditioned)
- Untuk memastikan barangan yang telah digunakan dapat beroperasi dengan sempurna melalui proses pembersihan, pembaikan
dll.
-
- Kualiti yang boleh diperdagangkan (Merchantable
Quality)
- Menerangkan keadaan barangan yang dijual. Barang-barang akan dianggap sebagai 'barangan berkualiti' apabila pembeli berpuas hati dengan barangan
tersebut walaupun setelah diberitahu tentang kerosakan pada barangan tersebut atau setelah
pembeli diberi peluang memeriksa barangan tersebut.
-
- Bahan pengawet (preservatives)
- Bahan kimia yang membolehkan bahan-bahan yang cepat rosak dapat disimpan untuk tempoh yang lama.
-
- Belian pukal
- Pembelian barangan dengan kuantiti yang banyak untuk mendapatkan faedah diskaun.
-
- Buangan toksik
- Bahan-bahan beracun atau membahayakan hasil dari pembuangan sisa-sisa industri.
-
- Istilah Latin yang membawa erti "biar pembeli berwaspada'. Jika pembeli tidak
berhati-hati dalam pembelian maka pembeli sendiri yang akan bertanggungjawab dan perlu mengambil risiko
dari pembelian yang tidak menguntungkan.
Dari segi amalan pengguna dilindungi oleh undang-undang yang memerlukan barangan supaya
sesuai dengan tujuan menyediakan
jaminan dan menentukan hukuman kepada penipuan dan salah perihalan.
-
- "Caveat Venditor"
- Istilah Latin bermaksud "biar penjual berwaspada" adalah bertentangan dengan "Caveat Emptor".
- Penjual bertanggungjawab sepenuhnya jika barangan yang dijual tidak memuaskan. Dengan erti kata lain
- penjual perlu berhati-hati dengan keuntungan segera tetapi merosakkan reputasi atau kehilangan kepercayaan pengguna
(membuat keuntungan tetapi kehilangan pelanggan).
-
- Tempoh bertenang (Cooling-off Period)
- Peruntukan undang-undang untuk tempoh masa tertentu di mana dalam masa berkenaan pengguna masih boleh
membatalkan kontrak pembelian. Peruntukan seperti ini biasanya terpakai kepada
undang-undang jualan dari rumah ke rumah dan kontrak kredit pengguna.
-
- Cukai tidak langsung
- Cukai yang tidak dibayar terus kepada kerajaan seperti cukai jualan dan cukai
perkhidmatan.
-
- Falsafah atau amalan bagi melindungi kepentingan perdagangan
sesebuah negara.
-
- Diskaun
- Pengurangan dari harga yang biasa ditawarkan pada satu kadar peratusan dari harga yang disenaraikan. Biasanya
didapati semasa jualan menghabiskan stok atau jualan murah.
-
- Diskriminasi harga
- Penjualan barangan atau perkhidmatan yang sama tetapi pada harga yang berlainan kepada pembeli yang berlainan.
-
- "Double Pricing"
- Amalan menentukan harga cadangan pengeluar pada kadar yang keterlaluan. Apabila harga berkenaan ditunjukkan
bersama dengan harga runcit sebenar, ia akan memberi gambaran seolah-olah pengurangan
harga yang tulen.
-
- Lambakan
- Jualan barang di pasaran luar negara. di bawah harga yang sepatutnya untuk menghabiskan lebihan atau untuk
menguasai pasaran. Dalarn pergerakan pengguna, istilah ini juga digunakan untuk merujuk
kepada barang-barang eksport yang telah diharamkan, dihadkan atau didapati mempunyai kualiti yang kurang mernuaskan atau
tidak dikehendaki oleh negara-negara tertentu.
-
- Pernindahan wang elektronik di tempat atau waktu jualan bermaksud apa-apa bayaran dari pelanggan untuk barangan atau perkhidmatan yang diproses
secara elektronik. la merupakan
pernindahan wang dengan cara. elektronik dari akaun bank pelanggan kepada akaun bank peruncit. Kad
plastik digunakan di terminal khusus yang dipasang di tempat pemeriksaan keluar di tempat
atau waktu jualan.
-
- "Embargo"
- Sekatan atau larangan berdagang ke atas sesuatu barangan atau sesuatu negara. Dari segi
sejarah embargo sebagai perintah yang selalu digunakan semasa peperangan tetapi ia juga
mungkin digunakan untuk tujuan politik atau ekonomi.
-
-
Etika Amalan
- Satu instrumen yang menggariskan prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi dalam tindakan
serta perlakuan ahli-ahli yang biasanya diamalkan oleh korporatkorporat multi-nasional dan organisasi perniagaan. la
merupakan peraturan yang diwujudkan sendiri oleh pertubuhan dan perlu dipatuhi oleh
ahli-ahlinya yang kadang-kadang bertujuan mengelakkan dari dikawal melalui perundangan
kerajaan. Kadang-kadang ia merupakan perangkap kepada undang-undang yang meliputi bidang
yang sukar dikawal atau dikuatkuasakan
melalui undang-undang. Etika amalan lebih diterima oleh masyarakat peniaga kerana ia perlu
dipatuhi dari aspek moral sahaja dan bukan dari sudut undang-undang.
-
-
Syarat pengecualian
(Exclusion
Clause)
- Peruntukan di dalam perjanjian yang menggariskan apa yang
tidak dilindungi melalui undangundang. la kerap didapati di dalam polisi insurans,
perjanjian perumahan dan sebagainya.
-
-
- Mesra Alam (Environment Friendly)
-
Sesuatu bahan atau barang dinyatakan sebagai mesra alam jika penggunaannya membantu
mengurangkan/meminimumkan kerosakan alam sekitar.
-
- Amalan atau fahaman ekonomi yang dibenarkan pihak swasta beroperasi dalam persaingan
bebas dengan kawalan yang minimum daripada Kerajaan.
-
- Makanan yang diperkuatkan "Fortified Food"
-
Makanan yang telah ditambah dengan bahanbahan lain atau perasa dan pemakanan asal
telah ditambah.
-
- "Food Irradiation "
- Proses pemeliharaan makanan yang kontroversi dan meningkatkan jangka hayat makanan
melalui kawalan hidupan, organisma mikro di dalam makanan seperti rempah, bijirin,
buah-buahan dan sayursayuran atau menghalang pertumbuhan pada kentang dan bawang.
Pejuang-pejuang konsumerisma bimbang tentang lima aspek kesan "irradiation" iaitu
kesihatan, keselamatan, pelabelan, pengesahan dan keperluan.
-
- Kepenggunaan Hijau (Green Consumerism)
- "Green Consumerism" berkisar kepada ungkapan "semakin sedikit semakin
baik". la juga menjadi penting kepada organisasi di mana barang-barang dan
perkhidmatan dihasilkan. Tumpuan selaran kepada .... Green Consumerism" adalah
perolehan barangan dan proses pengeluaran barang-barang yang tidak mementingkan
pemeliharaan persekitaran,
- kesaksamaan sosial dan ekonomi. Politik dan budaya juga menjadi fokus "Green
Consumerism".
-
- Ubat Generik
- Semua jenis dadah yang tidak dipatenkan, termasuk yang tempoh tarikh telah luput.
-
-
Tambahan Tersembunyi (Hidden Extras)
- Tambahan bukan merupakan pilihan yang mesti dibayar apabila membeli barangan atau
perkhidmatan tetapi tidak dinyatakan dengan jelas oleh pembekal.
-
-
Tambahan Harga Yang Tersembunyi (Hidden Extras In Price)
- Tambahan harga yang tidak dinyatakan dengan jelas semasa pembelian seperti bayaran
penghantaran, bayaran pemasangan dan cukai.
-
-
la merupakan hadiah yang disertakan kepada barangan atau diberi percuma jika
pembelian dilakukan mencapai satu nilai yang ditentukan. Kadang-kadang hadiah diberikan
secara percuma tanpa pembelian khususnya untuk tujuan promosi. la memang percuma tetapi
para pengguna dinasihatkan supaya meneliti harga barangan apabila hadiah percuma
disertakan yang kadang-kadang harga dinaikkan secara sulit untuk memasukkan harga hadiah
percuma.
-
- "Hazardous Products"
- Barang yang boleh membahayakan kesihatan dan keselamatan pengguna. Biasanya barang juga
akan
- membahayakan jika kekurar-igan penerangan atau amaran.
-
- "Hazardous Waste"
- Bahan buangan yang mmberikan kesan yang serius kepada kesihatan atau boleh mengakibatkan
kernatian atau boleh mengancam kesihaten atau persekitaran jika tidak diuruskan dengan
benar-benar sempurna.
-
- Pembelian tergesa-gesa
- Membeli barang-baramg tanpa dirancang terdahulu.
-
- "Jingle" mempunyai irama yang mudah diingat yang selalu digunakan untuk iklan
barangan dan mudah dikaitkan dengan barangan di dalam pemikiran masyarakat.
-
- Makanan Ringan (Junk Food)
- Makanan yang kurang berk:hasiat kerana mengandungi gula dan garam yan. g berlebihan,
bahan pengawet atau pewarna yang tidak dibenarkan. Makanan ini boleh membahayakan jika
dimakan tanpa makanan fain, misalnya "snack", gula-gula, kepingan coklat,
minuman ringan. Makanan lain seperti burger dan kerepek kentang yang rwnengandungi banyak
lemak dan kalori tetapi sedikit serabut juga sering dipanggil makanan tanpa khasiat.
-
- Jualan Murah
- Barangan yang dahulunya dijual dengan harga yang mahal tetapi sekarang ditmwarkan dengan
harga yang lebih murah. Di setengah-setengah negara jualan murah dikawal melalui
peraturan-peraturan dan undang-undang tertentu yang mensyaratkan bahawa dalam satu tempoh
tertentu sebelum jualan murah diumurnkan harga barangan berkaitan hendaklah telah dijual
dengan harga yang tertentu. Ini bertujuan untuk mengelakkan peniaga mempengaruhi dan
menipu pelanggan dengan jualan murah palsu.
-
- Jualan Melalui Pos
- Menghantar risalah khusus mengenai jualan barangan atau perkhidmatan melalui pos kepada
bakal-bakal pelanggan terpilih dengan mempelawa mereka membuat pesanan terus tanpa melalui
kedai. Jualan melalui pos biasanya menggunakan borang jawapan dan pesanan.
-
- Jaminan Pengeluar
- Janji nyata atau jaminan yang diberikan oleh pengeluar kepada peruncit yang biasanya
disertakan bersama barangan bahawa keupayaan, kualiti barangan adalah seperti yang
dinyatakan dan pernbaikan serta penggantian akan dilakukan jika barangan tidak memenuhi
spesifikasi. Jaminan sedemikian biasanya untuk satu tempoh masa yang tetap.
-
- Jaminan Pemulangan Balik Wang
- Jaminan bahawa wang akan dikembalikan sekiranya pernbeli tidak berpuas hati dengan
barangan yang dibeli.
-
- Jualan Lambak
- Jualan barang-barang terpakai atau separuh pakai biasanya
dikendalikan oleh pertubuhan atau kelab untuk mendapatkan wang amal bagi sesuatu projek.
-
- Tuntutan undang-undang ke atas kerugian ekonomi ialah konsep yang berkaitan dengan
tanggungan barangan di mana pelanggan boleh mendapat pampasan ke atas kerugian kewangan
akibat pembelian barang-barang yang rosak (defective) atau fidak sempurna.
-
- Kontrak
- Perjanjian yang boleh dikuatkuasakan melalui undang-undang. la boleh dalam bentulk
lisan, bertulis atau termaklum. Kontrak hanya akan menjadi sah di sisi undang-undang jika
satu tawaran telah dibuat dan tawaran itu telah diterima. (Tawaran + Penerimaan + Kerelaan
+ Keupayaan + Balasan = Kontrak).
-
- Kawalan Mutu
- Proses mengekalkan kualiti sesuatu barangan melalui sistem pengeluaran dan seterusnya
khidmat selepas jualan.
-
- Kuasa Pasaran
- Kuasa-kuasa tertentu yang boleh mempengaruhi pembelian sesuatu barangan (seperti harga,
permintaan, mudah diperolehi dll).
-
- Kontrak Seragam (Standard Contracts)
- Kontralk yang biasanya untuk menjelaskan hubungan yang fidak
adil antara dua pihak di mana satu pihak mempunyai kelebihan kuasa tawarmenawar dan
berupaya menentukan terma dan syarat kepada pihak yang lemah. Pihak yang lemah biasanya berada dalam keadaan fidak ada pilihan
kecuali menerima terma dan syarat-syarat berkenaan.
-
- Pelabelan
- Menyertakan label pada barangan untuk menyatakan butir-butir pengeluar, harga, rupa
bentulk, berat, isipadu, tarikh luput dan sebagainya di mana sesuai. Pengguna lebih gemar pelabelan bermaklum yang
membolehkan mereka membandingkan produk dengan mudah semasa membuat pilihan.
-
- Tanggungjawab pengeluar dari segi undangundang untuk membayar pampasan kepada pengguna
yang mengalami kemalangan atau kerosakan harta benda yang berpunca dari kerosakan barangan
yang dikeluarkannya. Contohnya pengeluar TV dikehendaki membayar pampasan terhadap
kecederaan dan kerosakan yang timbul akibat daripada TV yang dihasilkannya meletup.
-
- Tiruan pada makanan biasa atau makananmakanan jenis baru yang dibangunkan di makmal.
Misainya makanan khusus direkacipta untuk keperluan khusus seperti rumusan bayi, ataupun
'diets'untuk makanan asas atau makanan tambahan.
-
- Makanan Diproses
- Makanan yang telah diproses dan dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan kimia seperti
pengawet (preservatives), pewarna (colouring) dll.
-
- Makanan Kesihatan (Health Foods)
- Merupakan makanan organik yang bebas dari bahan-bahan pengawet dan digalakkan sebagai makanan kesihatan kerana
mengandungi nilai pemakanan atau
khasiat yang tulen.
-
- Makanan Mudah (Convenience Food)
- Makanan separuh siap atau telah dimasak yang dibungkus dan sedia untuk dimakan dengan
sedikit atau tanpa perlu dimasak lagi seperti mi segera.
-
- Makanan Segera
- Makanan yang disediakan dengan kuantiti yang banyak dan biasanya diiklankan dengan
secara meluas di rangkaian kedai makanan segera.
-
- Menarik Balik Barangan Dari
Pasaran (recalls)
- Satu bentuk jaminan keselamatan dan kawalan mutu barangan atau perkhidmatan di
mana pengeluar akan mendapatkan balik barangan tersebut dari pengedar dan pembeli setelah pihak pengeluar mendapati barangan
tersebut rosak. Ini adalah untuk membolehkan pihak pengeluar membetulkan kerosakan
tersebut.
-
- Minuman Ringan Berkarbonat
- Karbon dioksida ditambah di dalam minuman ringan. Penolakan minuman ringan sedemikian
ialah kerana ia dirumus secara kimia bukan dari buahbuahan segar dan mempunpi nilai
pemakanan yang sangat kecil. la mungkin mengandungi gula dan pewarna yang berlebihan. Mungkin juga ada yang mengandungi bahan
pemanis tiruan seperti sakarin dan pewarna bahaya.
-
- Pembungkusan bersama beberapa jenis barangan supaya pembelian Secara berasingan
tidak dapat dilakukan.
-
- Menawarkan barangan pada harga 99 sen atau RM6.99, tidak pada angka genap.
-
- "Off-Pack Premium"
- Hadiah percuma yang fidak disertakan pada bungkusan tersebut tetapi diberikan pada
tempat penjualan (point-of-sale).
-
- Orang Tengah
- Pemborong, ejen atau mana-mana ahli perniagaan yang menjadi penghubung antara pengeluar
dan pembekal di dalam proses penjualan barangan. Peranan asasnya ialah membeli barangan
daripada pengeluar dan menjuaInya kepada pembekal. Biasanya, keuntungan yang diperolehi
oleh orang tengah akan menaikkan harga barangan kepada pengguna. Teknik pemasaran moden,
seperti jualan langsung tidak lagi memerlukan peranan dan penglibatan orang tengah.
-
- Mana-mana pasaran di mana pembelian dan penjualan boleh dilaksanakan tanpa apa-apa
sekatan termasuk juga harga.
-
- Pasaran Gelap
- Pembelian dan penjualan barangan atau perkhidmatan secara tidak sah di sisi
undang-undang dan biasanya pada harga yang lebih tinggi.
-
- Pemasaran
- Aktiviti perniagaan yang melibatkan pergerakan barangan dari pengeluar kepada pengguna
antaranya pembelian dan penjualan, pengiklanan dan pembungkusan.
-
- Pemulauan
- Pemulauan oleh pengguna adalah usaha daripada pejuang-pejuang konsumerisma untuk
mencapai beberapa objektif dengan cara menggesa pengguna individu berhenti dari membeli
sesuatu barangan atau perkhidmatan di pasaran kerana kenaikan harga yang terfalu tinggi,
amalan syarikat pengeluar yang tidak beretika, faktor keselamatan dan sebagainya.
-
- Pengeluar
- Orang perseorangan atau syarikat yang menjalankan kegiatan mengeluarkan sesuatu barang.
Sesetengah negara dan bagi kepentingan perniagaan, pengimport juga dianggap sebagai
pengeluar walaupun dia pada hakikatnya tidak terlibat dalam sebarang proses pengeluaran.
-
- "Performance (Claim) Labelling"
- Pelabelan yang mendakwa prestasi atau ketahanan sesuatu barangan seperti tidak pecah
d1l.
-
- Perlindungan
- Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan, termasuklah
tarif dan bukan tarif yang menunjukkan peningkatan dalam kos mengimport barang-barang atau menghalang kemasukan barang-barang dan
mengukuhkan persaingan barangan tempatan di dalam negeri.
-
- Peruncit
- Orang perseorangan yang menjual barangan dalam kuantiti yang kecil terus kepada
pengguna.
-
- "Prosumer"
- Seseorang yang menghasilkan sesuatu barangan untuk kegunaan dirinya sendiri sahaja.
-
- Penarikan Balik (Repossession)
- Mengambil sem-ula barang-barang yang dijual secara sewa beli setelah pembeli gagal
membuat bayaran. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada barang-barang yang belum lagi
ditukar milik kepada pembeli.
-
- Pengguna Bersaing
- Pengambilan simbol status barangan yang did6rong oleh keinginan untuk sentiasa mengatasi
atau bersaing dengan pengguna yang lain khususnya jiran.
-
- Penggunaan Ketara
- Memperolehi barang yang melambangkan status untuk menekankan atau memperlihatkan
keunggulan sosial dan mendapat pengiktirafan kumpulan dan bukan kerana kegunaan barangan
berkenaan.
-
-
Perihal Dagangan
- Kenyataan yang menerangkan tentang sifat, kualiti, kuantiti, komposisi, berat, jumlah
dan sebagainya dicatatkan di label, risalah-risalah yang dilampirkan bersama lain-lain
bentuk promosi. Perihal dagangan di kebanyakan negara biasanya dilindungi oleh
- undang-undang bagi memastikan yang pengeluar tidak membuat pemerihalan yang palsu.
-
- Harga Pernindahan (Transfer Pricing)
- Pemindahan barangan atau perkhidmatan dari satu bahagian ke bahagian yang lain di dalam
syarikat yang sama atau beberapa syarikat bagi menunjukkan yang peningkatan kos berlaku
dalam proses pemindahan tersebut. Pihak yang menerima barangan tersebut akan mengenakan
harga yang tinggi dari kos sebenar bagi tujuan memindahkan tingkat keuntungan dari negara
atau bahagian yang menerima ke pihak yang mengirim barangan.
-
- Penetapan Harga
- Tindakan menetapkan harga barangan dan perkhidmatan antara syarikat-syarikat,
perdagangan dan pertubuhan profesional bagi menguasai pasaran. Di sesetengah negara,
Kerajaan menetapkan harga bagi barangan dan perkhidmatan.
-
- Pembungkusan Kembar
- Pembungkusan dan unit barangan yang sama dan dijual dengan potongan harga. Harga yang
ditawarkan adalah rendah berbanding jika dibeli satu unit secara berasingan.
-
- Perjanjian Komoditi
- Perjanjian bersama antara, negara pengguna dan negara, pengeluar untuk menstabilkan
bekalan dan harga komoditi tertentu.
-
- Perkhidmatan Lepas Jualan
- Merupakan tugas menyelenggara dan membaikpulih, bekalan
alat-alat ganti dan maklumat berkaitan lepas jualan dibuat di bawah terma jaminan dan
selepasnya. Untuk setengah barangan seperti kereta dan peralatan rumah perkhidmatan
berkenaan adalah perlu kepada setiap jualan.
-
- Penggunaan Semula (Recycling)
- Penggunaan semula barangan buangan.
-
- Penjualan Secara Parti
- Penjualan barangan di majlis-majlis atau parti dirumah-rumah persendirian.
-
- Bahan-bahan yang mengawal perosak seperti racun serangga, racun rumput rampai, racun kulat dan racun haiwan.
-
- Rumusan Bayi
- Susu lembu atau soya berlemak atau dengan
- tambahan lemak sayur-sayuran supaya mudah hadam, sebagai tambahan zat galian dan
vitamin. Dijual 25% hingga 40% lebih mahal daripada susu penuh krim biasa. la mendapat
promosi yang meluas dari syarikat susu sebagai pengganti kepada susu ibu sehinggalah kod
pemasaran pengganti penyusuan susu ibu melarang pengiklanan sedemikian.
-
- "Standard" ialah pengabungan kriteria-kriteria yang menunjukkan keadaan atau keselamatan sesuatu barangan mengikut
teknik pengujian yang telah ditetapkan. "Standard" ini boleh dijadikan
mandatori atau sukarela.
-
- Simbol, reka bentuk, perkataan
dan
sebagainya yang digunakan oleh
pengeluar untuk membezakan barangan yang dihasilkan oleh pesaing-pesaingnya. Tanda perniagaan ini biasanya didaftarkan dan
dilindungi oleh undang-undang.
-
- Tanda Tarikh
- Melabelkan tarikh barang-barang makanan
dikeluarkan bagi membolehkan pengguna mengetahui berapa lama barang berkenaan
telah dikeluarkan. Bentuk yang
biasa digunakan ialah "guna
sebelum" atau "baik sebelum".
-
- Tarikh Luput
- Tarikh yang menunjukkan sesuatu barangan itu tidak lagi selamat untuk digunakan selepas dari tarikh tersebut. Selepas tarikh tersebut, terdapat kemungkinan tindakbalas kimia atau fizikal telah berlaku terhadap barangan tersebut yang mana ia
boleh memudaratkan pengguna.
-
- Tiruan
- Pengeluaran barangan yang hampir serupa dengan barangan tulen yang menjadikannya sukar dibezakan dengan barangan tulen. Biasanya dilakukan ke atas
barang-barang yang popular, barang berjenama serta barang-barang yang eksklusif dan jenama yang mahal. Sebahagian barang
tiruan dijual menggunakan jenama yang hampir sama. atau sama dengan jenama tulen.
Kadang-kadang barang tiruan sedemikian
adalah bermutu rendah dan mungkin boleh membahayakan.
-
- Tawar-menawar
- Aktiviti berunding untuk mendapatkan
harga/ perkhidmatan yang saksama.
-
- Harga Seunit
- Polisi yang mengkehendaki pengeluar menunjukkan harga barangan bagi setiap unit supaya
pembeli tidak terkeliru dengan perbelanjaan dari segi pembungkusan. Contoh 'harga seunit' ialah RM1.50 sekilo
atau RM2.98 seliter.
-
- Istilah yang biasanya
digunakan
kepada makanan yang kurang khasiat.
-
- Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.
|