- JUALAN LANGSUNG
-
- PANDUAN MENGENAI JUALAN DARI RUMAH KE
RUMAH
-
- Seringkali kita mendengar rungutan-rungutan mengenai penyelewengan yang berlaku dalam
aktivitiaktiviti yang berkaitan dengan jualan langsung.
-
- Kebanyakan rungutan itu adalah berhubung dengan taktik jualan yang tidak jujur, kurang
sopan dan tidak beretika.
- "Tahniah, nombor rumah anda telah terpilih dalam cabutan bertuah kami. Anda telah
memenangi potongan harga RM50.00 untuk barang dapur kami. Jangan lepaskan tawaran hadiah
dengan membeli barang kami. Jangan lepaskan peluang istimewa ini."
- IN adalah ungkapan pembukaan oleh jurujual kepada anda.
Jangan terperangkap dengan muslihat (gimmick) ini.
-
- Bagaimana Jurujual Mengendalikan Anda
- Mereka akan memulakan perbualan dengan ungkapan yang sangat
menarik dan menawarkan sesuatu yang anda tidak dapat menolak. Tawar menawar yang tidak
mungkin anda lepaskan. la terialu baik jika menjadi kenyataan. Tanpa ragu-ragu anda
membenarkan mereka masuk ke rumah anda.
- Mereka mengeluarkan katalog dan contoh, sepanjang masa
bercakap dan membuat demonstrasi. Mereka menerangkan betapa baiknya barang yang
dipromosikan dan meyakinkan semua persoalan anda.
- Sebelum anda sedar mereka telah menulis nama anda di dalam
borang pesanan (yang mana
sebenarnya merupakan perjanjian).
Mereka mengenepikan ketidakselesaan anda, mendesak
anda, menyediakan rancangan pembayaran dan dalam masa yang sama mengingatkan anda berapa
banyak wang anda akan menjimatkan, meyakinkan semula bahawa anda akan mendapatkan balik
wang anda bila anda menukar f ikiran. Beli sekarang atau harga akan meningkat dalam
sedikit masa lagi dan sebagainya.
-
- Jika anda masih tidak pasti lagi pada peringkat ini, mereka mungkin akan memulakan
sedikit deraan. Mereka tidak akan beredar sehingga anda menandatangani borang pesanan.
Meninggikan suara sedikit, sedangkan anda keseorangan. Anda separuh yakin dengan tawaran,
anda merasa malu untuk meminta mereka beredar selepas mereka bersusah payah meyakinkan
anda dan akhirnya anda menandatangani borang pesanan.
- Bagaimana Mengendalikan Jurujual di Muka Pintu
-
- Jualan pintu ke pintu adalah aktiviti yang dikawal di bawah Akta Jualan Langsung 1993.
Sebelum anda melayani jurujual ini, pastikan:
-
- Jurujual menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad Kebenaran
- a) Masa jualan 9.00 pagi - 7.00 malam sahaja.
- Jualan langsung pada hari Ahad dan cuti am
tidak dibenarkan.
-
- Selepas anda berpuashati jurujual itu datang daripada syarikat jualan langsung yang sah,
anda bolehlah membenarkan jurujual itu menunjukkan barang jualannya jika masih berminat.
Berhati-hati dan gunakan cara yang terbaik bila berurusan dengan
- jurujual :
1) Jangan terburu-buru. Anda boleh pada
bila-bila masa meminta mereka meninggalkan risalah (brochures) dan borang
pesanan/kontrak. Beritahu mereka yang anda perlu berunding dahulu dengan keluarga. Mereka
boleh datang semula
beberapa hari kemudian.
-
- 2) Jangan terpengaruh dengan kata-kata
jualan seperti "ini adalah tawaran pertama, harga akan meningkat kemudian atau anda
telah
memenangi cabutan bertuah". la cuma satu cara untuk mendapatkan tempahan atau
pesanan.
3) Belajar untuk berkata
"Tidak" jika anda tidak berhasrat untuk membeli sesuatu barang. Ramai orang
membeli untuk
membuatiurujual pergi atau beredar. Anda tidak sepatutnya merasa terpaksa membeli walaupun
mereka telah melakukan
demonstrasi.
4) Jangan
menandatangani borang pesanan/kontrak kecuali anda sangat yakin yang anda mampu untuk
membuat
pembayaran. Apabila anda telah menandatanganinya, hanya ada sedikit harapan untuk
mendapatkan balik wang
anda jika anda
menukar fikiran.
- 5) Baca terma pesanan atau kontrak
dengan teliti terutamanya cetakan yang halus atau kecil. Apa yang dikatakan oleh jurujual
tidak akan
diambilkira jika anda telah menandatangani borang pesanan/ kontrak. Anda adalah terikat
kepada apa yang
terkandung di dalam dokumen berkenaan dan bukan apa yang dijanjikan oleh jurujual.
-
- 6) Dapatkan salinan borang pesanan atau
kontrak jualan. Pastikan semua janji tambahan yang dibuat oleh jurujual seperti
hadiah percuma
tertulis dalam semua salinan perjanjian.
7) Penghantaran
perlulah dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam pesanan/kontrak anda. Jika anda tidak
menerimanya dalam
tempoh yang dinyatakan anda hendaklah menulis kepada syarikat berkenaan dan salinan kepada
Persatuan
Pengguna di tempat anda atau kepada pihak berkuasa.
- 8) Semua kontrak tertakluk kepada tempoh bertenang
selama 10 had bekerja.
-
- 9) Barang atau perkhidmatan tidak boleh dihantar
atau dilaksanakan dalam tempoh bertenang. Penjual juga tidak boleh
menerima apa-apa bayaran daripada penjual sebelum tempoh bertenang tamat.
-
- 10) Kontrak jualan langsung mempunyai
tempoh bertenang 10 hari bekerja. Ini bermakna anda berhak membatalkan kontrak
yang telah ditandatangani jika anda ragu-ragu atau tidak puas hati.
- PENALTI
-
Penalti Am
Barang siapa yang melanggar peruntukanperuntukan di bawah Akta ini atau Peraturan Peraturan yang baginya tiada penalti
diperuntukan dengan nyata,
boleh dikenakan denda seperti berikut:
1 .
Bagi orang-orang perseorangan, denda bagi
kesalahan pertama tidak melebihi RM25,000.00 atau
dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan
kali yang kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak
melebihi RM50,000.00
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
- 2.
Bagi pertubuhan
perbadanan, boleh dikenakan denda
bagi kesalahan pertama tidak melebihi RM100,000.00 dan bagi
kesalahan kali yang
kedua atau yang berikutnya tidak melebihi RM250,000.00.
-
- 3.
Sesiapa yang
menjadi pengarah, pengurus,
- setiausaha di dalam pertubuhan perbadanan, denda yang sama seperti
bagi orang perseorangan akan dikenakan.
-
MASALAH
-
- Jika anda menghadapi masalah mengenai jualan langsung, ambil
langkah-langkah berikut:
-
- 1. Cuba selesaikan masalah dengan syarikat
berkenaan.
-
- 2. Sekiranya tidak dapat menyelesaikannya sendiri,
hubungi:
-
- Pengarah,
- Bahagian Perdagangan Dalam Negeri
- Kementerian Perdagangan Dalarn Negeri dan Hal
- Ehwal Pengguna
- Tingkat 31, Menara Dayabumi,
- Jalan Sultan Hishamuddin,
- 50623 Kuala Lumpur
- Tel : 2742100 atau
-
- Pengarah,
- Bahagian Penguatkuasa
- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
- Ehwal Pengguna
- Tingkat 26 Putra Place,
- Jalan Putra, Kuala Lumpur
- Tel : 4433366
- atau hubungi ;
-
- Pejabat Penguatkuasa yang berdekatan atau
- Persatuan Pengguna
-
- 3. Untuk mendapatkan maklumat mengenai
sesebuah syarikat jualan langsung sila hubungi:
-
- Sekretariat Persatuan Jualan
- Langsung Malaysia (DSAM)
- No. 18, Tingkat 1, Jalan SS 15/8
- Beg Berkunci no. 22R.O. Subang Jaya
- 47509 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
- Tel: 03-7346921. Fax: 03-7333273
-
- Pejabat Pendaftar;
- d/a PFA Corporate Services Sdn Bhd
- Tingkat 6, Bangunan Kassim Chan
- No. 3, Changkat Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur
- Tel : 03-2380266 Fax: 03-2307707
-
- Jualan pintu ke pintu adalah aktiviti yang dikawal di bawah Akta Jualan Langsung 1993.
Sebelum anda melayani jurujual ini, pastikan:
-
- a) Jurujual menunjukkan Kad Pengenalan dan Kad Kebenaran
-
- b) Masa jualan 9.00 pagi - 7.00 malam sahaja.
- Jualan langsung pada hari Ahad dan cuti am
tidak dibenarkan.
-
- Selepas anda berpuashati jurujual itu datang daripada syarikat jualan langsung yang sah,
anda bolehlah membenarkan jurujual itu menunjukkan barang jualannya jika masih berminat.
Berhati-hati dan gunakan cara yang terbaik bila berurusan dengan jurujual.
-
- Kontrak jualan langsung mempunyai tempoh bertenang 10 hari
bekerja. Ini bermakna anda berhak membatalkan kontrak yang telah ditandatangani jika anda
ragu-ragu atau tidak puas hati.
Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua),
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.
|