- KEMPEN ANTI INFLASI
-
- Kempen Anti Inflasi telah dilancarkan oleh YAB Datol
Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri pada 2 Jun 1995 dengan tema "Inflasi Sifar
Sasaran Kita." Justeru itu, pada I julai 1995, YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato'
Seri Anwar Ibrahim melancarkan Hari Inflasi Sifar Peringkat Kebangsaan, di
Kota Kinabalu, yang merupakan tinclakan susulan kepada Kempen Anti Inflasi. Kempen
seclemikian di peringkat negeri juga akan diaclakan supaya ia meliputi seluruh negara.
- Kempen Anti Inflasi merupakan usaha kerajaan untuk
mengembleng tenaga semua pihak untuk membanteras kenaikan harga barangan clan perkhidmatan
perlu yang mana kenaikan harganya menjejaskan kuasa membeli rakyat.
-
- Inflasi
-
- Inflasi ialah keadaan di mana berlaku kenaikan harga
barang dan perkhidmatan secara berterusan bagi tempoh tertentu.
- Inflasi sifar bermaksud keadaan di mana tidak ada
kenaikan harga bagi barangan atau perkhidmatan tertentu.
-
- Hari Inflasi Sifar
-
- "Hari Inflasi Sifar" merupakan hari
peringatan bagi pengguna dan peniaga. Hari Sabtu yang pertama pada setiap bulan
clitetapkan sebagai "Hari Inflasi Sifar". la menggalakkan para peniaga menjual
barangan clan perkhidmatan dengan harga yang rendah clan berpatutan. Para pengguna pula
diminta merancang pembelian mereka supaya dapat membeli barang keperluan dengan berjimat
clan clapat nilai yang lebih bagi wang yang clibelanjakan.
-
- Panduan Untuk Pengguna
-
- Para pengguna mempunyai tanggungjawab dalam
membenclung inflasi. Mereka dinasihatkan supaya:
- i. Membeli hanya dari kedai-kedai yang meletakkan
tanda harga untuk mengelak dari clikenakan harga sewenang-wenangnya oleh peniaga.
- ii. Mengesan paras harga barangan atau perkhidmatan,
supaya pengguna boleh memastikan jualan murah/istimewa bukanlah jualan murah/istimewa
palsu.
- iii. Mempastikan jualan murah/istimewa, ticlak
menjadi satu kesempatan untuk peniaga menjual barangan/perkhidmatan yang cacat atau kurang
timbangan/sukatan.
- iv. Membeli mengikut keperluan bukan mengikut
perasaan.
- v. Membeli barangan buatan Malaysia, jika sama
kualiti dengan barangan import.
- vi. Menggunakan kuasa tawar-menawar, di mana dapat
dilakukan.
- vii. Tidak membeli berlebihan secara hutang dengan
kad kredit.
- viii. Membuatperbandingan harga sebelum membeli.
- ix. Menghubungi Bahagian Penguatkuasa
Kementerian, jika inginkan bantuan yang sewaiar.
- x Memahami bahawa selain daripada
menjadi pengguna, mereka juga pengeluar dalam masa yang sama. Oleh itu, mereka perlu juga
menjadi pengeluar yang bertanggungjawab yang memberi nilai kepacla pelanggan mereka.
-
- Panduan Untuk Peniaga
-
- Peniaga juga mempunyai peranan yang penting dalam
mengurangkan inflasi.
- Kekalkan harga yang stabil dan berpatutan.
- Bekalkan barangan berkualiti yang menawarkan nilai
terbaik bagi wang.
- Berniaga dengan sifat penuh beretika dan
bertanggungjawab.
- Sokong Hari Inflasi Sifar dengan :
- meletakkan poster, pemidang Man gantung dan pelekat
di pusat perniagaan.
- membekalkan barangan keperluan dengan harga yang
rendah.
- mempamerkan simbol inflasi sifar pada barangan, beg
membeli-belah, pita pelekat, resit,troli,alatulis dsbnya.
Nombor
Telefon Bahagian Penguatkuasa
- Kangar
- Alor Setar
- Sungai Petani
- Langkawi
- Pulau Pinang
- Seberang Perai
- lpoh
- Taiping
- Teluk Intan
- Shah Alam
- Kajang
- Kuala Kubu Ba
- Kuala Lumpur
- Seremban
- Melaka
- Johor Bahru
- Kluang
|
- 04-9761478
04-7339062
04-4213400
04-9660420
04-2616168
04-3317500
05-2555001
05-8075044
05-6227967
03-5595544
03-8367144
03-8042495
03-4423555
06-7630911
06-2820422
07-2234699
07-7736877
|
- Muar
- Mersing
- Kuantan
- Temerloh
- Raub
- Kuala Terengganu
- Kemamam
- Kota Bharu
- Kuala Krai
- Kota Kinabalu
- Sandakan
- Tawau
- Labuan
- Kuching
- Sibu
- Bintulu
- Miri
|
- 06-9521094
- 07-7994211
- 09-5121234
- 09-2961688
- 09-3551670
- 09-6221234
- 09-8591919
- 09-7481117
- 09-9666368
- 088-235702
- 089-201301
- 089-776690
- 089-417669
- 082-245202
- 084-329202
- 086-332176
- 085-412862
|
-
Dipetik daripada : Risalah Kesedaran Amalan Baik : Kempen Anti Inflasi
, Kemeterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur.
Ke Muka Depan
|