KREDIT

Kredit : Beli sekarang, bayar kemudian

Membeli rumah secara ansuran, membuat pinjaman untuk membaiki rumah, membeli TV dengan cara sewa beli, membayar tambang tiket dengan menggunakan kad kredit adalah contoh-contoh kredit.
 
Jenis-jenis Kredit
Kemudahan kredit boleh diperolehi dari berbagaibagai sumber. Antaranya adalah seperti berikut:
Overdraf Bank
  • Disifatkan sebagai pinjaman paling murah dengan syarat anda mempunyai akaun semasa dengan bank tersebut.
  • Jumlah pinjaman dan bayaran bergantung kepada bank dan diuruskan melalui akaun anda.
  • Pembayaran balik akan dikira sebaik sahaja anda memasukkan wang ke dalam akaun anda.
Pinjarnan Bank Biasa
  • Diberikan kepada pelanggan-pelanggan bank sahaja dan dalam jumlah yang besar.
  • Persetujuan bersama hendaklah diperolehi sebelum bayaran balik dibuat.
Pinjarnan Peribadi
  • Sesiapa sahaja layak untuk mendapat pinjaman dan memerlukan jaminan daripada orang yang bukan menjadi kakitangan bank.

Buku Hutang (Akaun)

  • Ditawarkan oleh kebanyakan kedai-kedai runcit yang membenarkan pengguna yang dikenali dan dipercayai untuk membeli secara hutang pada tahap yang tertentu.

Kad kredit

  • Dikeluarkan oleh bank, syarikat kewangan atau syarikat tanda kredit yang membenarkan anda mernbuat pembelian secara kredit atau pengeluaran tunai dengan had-had yang tertentu.
  • Penyata akaun kad kredit yang menunjukkan sebarang transaksi yang berlaku dan jumlah baki hutang akan dihantar kepada pengguna setiap bulan.
  • Pengguna boleh memilih untulk membuat bayaran balik bulanan minimum atau pun bayaran sepenuhnya.
  • Kadar faedah dan caj-caj lain yang dikenakan adalah berbeza-beza di antara pengeluarpengeluar kad kredit. Oleh itu, berhati-hati dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh sesuatu pengeluar.
  • Pembayaran yang lewat akan dikenakan denda.
  • Terdapat pasaraya-pasaraya dan stor-stor yang mengeluarkan kadnya sendiri.

Kad Caj

  • Kad caj pada umumnya memerlukan peng
  • gunanya menjelaskan bayaran secara sekaligus bagi jumlah pembelian yang dilakukan dalam tempoh satu bulan. Bayaran secara ansuran biasanya tidak dibenarkan.

Pinjaman Peribadi Syarikat Kewangan

  • Kemudahan pinjaman biasanya diatur oleh syarikat kewangan masing-masing bagi membolehkan anda membuat pembelian terhadap barang tertentu dan biasanya kadar faedah adalah lebih tinggi berbanding kadar faedah yang dikenakan oleh bank-bank.

Kredit Secara Pesanan Pos

  • Menjual barang dengan pesanan melalui pos. Tempahan boleh dibuat melalui pos. Kadang kala, penjual menganggapnya sebagai tidak dikenakan faedah tetapi sekiranya dijumlahkan secara keseluruhan, jurnlahnya mungkin tinggi.

Bagaimana Untuk Membandingkan Tawaran Kredit

Pada masa ini, terdapat banyalk syarikat yang menawarkan kemudahan kredit atau pinjaman kepada orang ramai.
 
Sebagai pengguna, anda harus memerhatikan maklumat berikut dan membandingkan antara beberapa buah syarikat:
  • kadar faedah (interest) yang dikenakan ke atas kredit. Faedah ini, dikenali sebagai APR (Annual Percent Rate) dan merupakan kos meminjam wang dikira. mengikut peratusan tahunan.
  • harga asas (tunai) barang atau perkhidmatan yang dikehendaki.
  • pendahuluan
  • tempoh pinjaman
  • jumlah dan kekerapan pembayaran balik
  • jumlah keseluruhan pembayaran
  • adakah apa-apa tawaran keselamatan (jaminan) terhadap pinjaman anda
Sekiranya terdapat maklumat yang tidak lengkap pada iklan-iklan, dapatkan maklumat lanjut daripada pihak yang menawarkan pinjaman.
 
Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan umum, seperti 'Kadar Rendah', 'Tanpa Faedah' dan sebagainya sebelum ia dapat dibuktikan dengan nyata.
 
Menandatangani Perjanjian
 
Perjanjian yang anda tandatangani adalah dokumen yang sah dari segi undang-undang. Jangan sesekali menandatangani borang kosong.
 
Berfikirlah sebelum anda menjadi penjamin.
 
Sekiranya anda menghadapi masalah untuk membayar, berbincanglah dengan syarikat kewangan berkenaan dengan segera.
 
Pastikan sama ada barang yang anda beli mempunyai insurans. Ini adalah untuk memastikan yang anda. mendapat ganti rugi sekiranya berlaku sesuatu ke atas barang anda.
Kebaikan Kredit
 
Kepada pelanggan terdapat beberapa kebaikan menggunakan kredit. Di antaranya:
 
a) Kredit membolehkan pelanggan meningkatkan taraf hidup mereka.
 
Jika wang tunai diperlukan untuk semua transaksi, ramai di antara kita mungkin fidak mampu memiliki kereta atau rumah sehinggalah kita mempunyai simpanan yang mencukupi.
 
b) Kredit boleh digunakan pada masa-masa kecemasan.
c) Pemulangan yang mudah dan perkhidmatan yang baik daripada penjual jika barang tertentu belum dibayar sepenuhnya.
 
Namun begitu, pembelian melalui kredit juga mempunyai beberapa keburukan.
 
Keburukan Kredit
 
a) Memberi kecenderungan membeli secara tidak dirancang atau berbelanja beriebihan.
b) Kredit melibatkan tambahan kos kewangan.
c) Menggunakan kredit mengikat pendapatan masa hadapan. Oleh kerana. masa hadapan adalah tidak pasti maka ia akan melibatkan risiko yang tidak diketahui.
d) Kredit boleh membebankan terutamanya jika berlaku perselisihan atau tunggakan pembayaran
e) Kredit boleh menyebabkan inflasi.
 
Panduan Untuk Menggunakan Kredit Secara Bijaksana
  • Buat tinjauan ke atas beberapa sumber kredit untuk mendapatkan kos kredit yang terendah.
  • Pastikan benar-benar bahawa anda akan mampu memenuhi tanggungan kewangan yang akan berbangkit.
  • Gunakan kredit kepada perbelanjaan utama sahaja seperti pembelian rumah dan kenderaan.
  • Baca kontrak pinjaman dengan teliti sebelum menandatangani.
  • Jangan sekali-kali menandatangani borang kontrak kosong.
  • Tentukan sama ada pernilikan serta-merta barang yang anda mahu miliki itu adalah berpatutan dengan kos kredit yang terpaksa ditanggung.
  • Pastikan anda tidak meminjam dari pemberi pinjaman wang yang tidak berlesen.
  • Pinjam pada jumlah yang terendah yang anda perlukan dan bukan pada jurnlah maksimum yang ditawarkan oleh pernberi pinjaman.
  • Apabila membeli secara kredit pastikan anda mendapat mutu barang yang serupa dengan jika anda membeli secara tunai.
  • Jelaskan dahulu pinjaman sedia ada sebelum membuat pinjaman yang baru.
  • Pastikan bahawa anda akan diberitahu mengenai apa-apa bayaran tambahan.
  • Dapatkan maklumat lengkap mengenai polisi pinjaman jika anda tidak berupaya menepati bayaran dalam masa yang ditetapkan untuk mengelakkan kerugian jika barang berkenaan ditarikbalik.

Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -