- PANDUAN SEWA BELI
-
- Apakah Sewa Beli?
- Sewa beli ialah menyewa barang-barang dengan hak pilihan untuk membelinya. Pembayaran
dibuat dengan cara ansuran.
- Anda ialah penyewa dan syarikat yang memberi pinjaman adalah pemunya.
- Hak milik akan hanya diperolehi oleh penyewa setelah semua bayaran dijelaskan.
Bentuk dan Kandungan
Perjanjian Sewa Beli
-
- a. Setiap barang yang dibeli mestilah menggunakan perjanjian yang berasingan. Perjanjian
mestilah secara. bertulis.
- b. Barang-barang yang saling melengkapi antara satu sama lain dan dijual dalam satu set
adalah dianggap sebagai satu item.
-
- Perjan
jian sewa beli
mengandungi butir-butir berikut :
-
- 1
. Deskripsi
(keterangan/perihal) barang
- 2. Tarikh kuatkuasa perjanjian
- 3. Alamat di mana barang yang dibeli di
bawah Perjanjian Sewa Beli disimpan
- 4. Harga tunai barang
- 5. Wang cengkeram (tidak kurang 10% daripada cengkeram harga tunai)
- 6. Bayaran penghantaran (jika ada)
- 7. Bayaran pendaftaran kenderaan (jika ada)
- 8. Insurans (jika ada)
- 9. Bayaran khidmat dan faedah
- 10. Kadar peratusan tahunan bagi bayaran
khidmat danfaedah
- 11. Baki asal kena dibayar
- 12.
Jumlah
kena dibayar
- 13.
Jumlah dan bilangan
ansuran serta tarikh bayaran
- 14. Masa, tempat dan alamat syarikat atau wakil atau ejen yang berhak menerima bayaran ansuran
- 15. Nama dan alamat penyewa dan pemunya
- 16. Tandatangan pemunya dan penyewa
Barang-barang sewa beli
- Apabila anda membeli barang-barang tersenarai di bawah secara sewa beli, perjanjian yang
ditandatangani adalah tertakluk kepada Akta Sewa Beli 1967:
-
- 1) Semua barangan pengguna misalnya barang-barang yang dibeli untuk
tujuan peribadi, keluarga dan isi rumah.
-
- 2) Kenderaan bermotor iaitu:
- Kenderaan orang-orang cacat
- motosikal
- kereta termasuk teksi dan kereta sewa
- kenderaan barang-barang (berat maksimum dengan muatan yang dibenarkan tidak melebihi
2,540 kg)
- bas termasuk bas berhenti-henti.
Bayaran Sewa Beli
Apabila anda membeli secara sewa beli anda sebenarnya membayar harga tunai barang
tersebut dan faedah yang dikenakan atas jumlah pinjaman.
Andaikan anda membeli sebuah televisyen berharga RM1500 dengan bayaran pendahuluan
sebanyak RM300. Anda meminjam RM1200 dengan tempoh bayaran balik selama 12 bulan (1
tahun). Kadar faedah yang dikenakan ialah 10% setahun. Pengiraan bayaran bulanan adalah
seperti berikut:
Pengiraan Bayaran Bulanan
Harga tunai RM 1500
Tolak deposit RM 300
Jumlah pinjaman RM 1200
Jumlah faedah untuk tempoh pinjaman 1 tahun pada
kadar 10% setahun = RM 1200 x 10 x 1
100
= RM120
Jumlah kena dibayar = Jumlah pinjaman + Jumlah faedah
= RM1200 + RM120 RM1320
Bayaran ansuran = Jumlah kena dibayar
Tempoh bayaran
= RM1320 = RM110
12
Dipetik daripada : Panduan Pengguna (Edisi Kedua), Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Kuala Lumpur, 1999.
|