PERANCANGAN EKONOMI ISIRUMAH

 

 
Seseorang individu perlu menjalani pelbagai peringkat kehidupan dari saat dia dilahirkan hinggalah ke saat kematiannya.

 

Sesebuah keluarga bermula dengan perkahwinan pasangan lelaki dan perempuan, yang kemudiannya diikuti dengan kelahiran anak-anak, pembesaran, pendidikan, perkahwinan generasi kedua, perlanjutan usiadan akhirnya kematian.
 
Apakah Rancangan kehidupan ?

Bagi mengalami kehidupan yang lebih baik, seseorang individu ataupun sesuatu keluarga perlu membuat perancangan kehidupan. Perancangan kehidupan ekomoni perlu dilakukan bagi membolehkan kehidupan keluarga yang lebih bermakna di masa hadapan.

Sejumlah wang perlu diperuntukkan sebagai rezab untuk kegunaan di masa hadapan bagi menampung perbelanjaan seperti pendidikan, pelaburan, persaraan dan sebagainya dalam kitaran keluarga atau kitaran kehidupan (individu).

 

Tujuan Penyediaan Tabung Rezab

 

Tabung rezab perlu disediakan untuk menampung :
  • Pembelian rumah, pendidikan anak-anak dan perbelanjaan di hari tua

  • Kegunaan dalam masa kecemasan, sakit atau malapetaka

  • Insuran Am ( Kenderaan motor, kebakaran, kerosakan) dan Insuran Nyawa ( Kemalangan, sakit, kematian)

  • Membeli barangan yang tahan lama untuk memberi kemudahan dan keselesaan dalam kehidupan seharian ( peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya)

Apakah Pelan Kehidupan Jangka Pendek dan Jangka Panjang ?

Pelan Kehidupan Jangka ialah perancangan untuk tempoh seminggu, sebulan atau setahun yang boleh disemak kerap oleh isi rumah atau keluarga.

Pelan Kehidupan Jangka Panjang ialah perancangan yang meliputi keseluruhan kehidupan di sepanjang hayat.

Perancangan Belanjawan ( Perancangan ke atas pendapatan dan perbelanjaan) perlu dilakukan bagi mengekalkan komunikasi yang baik diantara pasangan suami isteri dan ahli keluarga (anak-anak). Perancangan belanjawan merupakan aspek penting dalam Kitaran Kehidupan Keluarga atau Kitaran Kehidupan.

Semakan ke atas belanjawan perlu dilakukan kerap untuk menyesuaikan perancangan belanjawan dengan perubahan dalaman ( individu atau keluarga) dan luaran (persekitaran) yang mempengaruhi kehidupan individu atau keluarga. Dalam sesuatu perancangan belanjawan yang baik, pendapatan hendaklah melebihi perbelanjaan sepaya lebihan pendapatan itu boleh digunakan untuk tabung simpanan atau pelaburan. Tabung simpanan atau pelaburan adalah penting untuk membuat pelan kehidupan jangka panjang yang baik.

Dalam pelan kehidupan jangka pendek, perubahan dalaman mahu pun luaran yang berlaku tiba-tiba yang luarjangka, boleh menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan atau kurangan pendapatan. Keadaan kurangan pendapatan ini atau belanjawan seimbang (pendapatan sama banyak dengan perbelanjaan) tidak boleh berlarutan untuk tempoh yang lama. Jika tidak dibetulkan supaya terdapat lebihan pendapatan, kualiti hidup mungkin terjejas dengan serius.

Oleh hal yang demikian, memelihara belanjawan dalam keadaan "lebih pendapatan" adalah perlu. Ini dapat dilakukan sama ada dengan mengurangkan perbelanjaan atau menambah pendapatan, atau kedua-dua sekali. Seiring ini, amalan jimat cermat dan bijak membeli untuk mendapatkan setinggi-tinggi nilai wang yang dibelanjakan adalah penting juga.

Dipetik dari Risalah Belanjawan Perancangan Ekonomi Isirumah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna.

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -