Undang-undang Perihal Pengguna
-
- I. PENGENALAN
-
- Undang-undang perlindungan pengguna adalah merupakan perundangan bagi
memberi perlindungan kepada pengguna berhubung dengan hak-hak asasi mereka sebagai
pengguna. Dalam hubungan ini, pada 9 April 1985, Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu telah
mengeluarkan satu. garispanduan mengenai perlindungan pengguna untuk digunapakai oleh
tiap-tiap negara dalam menggubal polisi dan perundangan berhubung dengan perlindungan
pengguna. Prinsip umum yang diputuskan di dalam garispanduan ini ialah bahawa mana-mana
perundangan bagi perlindungan pengguna bukanlah akan menjadi satu halangan atau tidak
selaras atau bercanggah dengan amalan atau kewajipan perdagangan antarabangsa.
-
- 2. Hari ini, sernua negara yang menganggotai
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. telah pun menggubal undang-undang bagi memberi
perlindungan pengguna mengenai hak asasi mereka sebagai pengguna. Pendekatan yang diambil
mungkin berbeza antara satu negara dengan negara lain bergantung kepada keadaan ekonomi
dan sosial negara-negara tersebut. Bagi tujuan ini, United Kingdom, misalnya, telah
menggubal Akta Perlindungan Pengguna, 1987. Malaysia telah mengikuti United Kingdom dalam
perkara ini dan tidak berapa lama lagi akan mengadakan undang-undang yang sama dengan
pindaan atau modifikasi sewajarnya mengikut kesesuaian negara ini. Pada masa ini, Malaysia
telah mempunyai 29 undang-undang yang berhubungkait dengan perlindungan pengguna. (Sila
lihat Lampiran
"A"). Semua undang-undang ini mempunyai kaitan antara satu sama lain iaitu
bagi memberi perlindungan kepada pengguna. Bagi tujuan kertas ini, undang-undang berkenaan
akan diklaskan kepada 3 kategori:
-
- 2.1 Undang-undang yang digubal bagi tujuan
mempastikan pengguna tidak dinafikan keperluan-keperluan asas mereka;
-
- 2.2 Undang-undang yang digubal bagi tujuan
mempastikan keselamatan fizikal pengguna, terutamanya, melindungi pengguna
daripada dibekalkan dengan
barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan dan
keselamatan mereka; dan
-
- 2.3 Undang-undang yang digubal bagi tujuan
memberi perlindungan ke atas kepentingan ekonomi pengguna, terutamanya, bagi
mempastikan pengguna mendapat
faedah yang optimum melalui sumber ekonomi mereka yang terhad.
Ke atas
-
II. UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN PENGGUNA TIDAK DINAFIKAN KEPERLUAN ASAS
MEREKA
-
- 3. Makanan, pakaian, tempat tinggal, peujagaan kesihatan,
keselarnatan, persekitaran yang sihat, hak untuk mendapat maklumat dan pelajaran adalah
merupakan keperluan-keperluan asas bagi pengguna-pengguna. Undang-undang yang digubal ini
adalah bertujuan mempastikan para pengguna tidak dinafikan keperluan keperluan asas ini.
Tiap-tiap undang-undang ini saling berhubungkait antara satu dengan yang lain bagi
mempastikan ianya dapat memberi perlindungan kepada pengguna-pengguna akan kepentingan
ekonomi mereka. Sernua undang-undang ini mempunyai objektif yang sama.
Ke atas
III. UNDANG-UNDANG BAGI MEMPASTIKAN KESELAMATAN FIZIKAL PENGGUNA
4.
Hak kepada keselarnatan dan hak kepada maklumat adalah dua hak
asas pengguna. Undang-undang bagi mempastikan keselarnatan fizikal pengguna adalah perlu
agar kedua-dua hak ini dihormati dan dilaksanakan. Dalam hubungan ini, pengguna pengguna
seharusnya mempunyai hak bagi mendapatkan barangan-barangan atau perkhidmatan-perkhidmatan
yang selarnat dan dibekalkan dengan maklumat maklumat sewajarnya. Undang-undang
perlindungan pengguna di bawah kategori
kategori ini umumnya:
4.1 menyatakan: -
4.1.1 standard mandatori, keperluan keselarnatan dan spesifikasi teknikal barangan atau perkhidmatan;
4.1.2 maklumat
yang perlu dibekalkan bersama barangan atau perkhidmatan kepada pengguna termasuk cara
maklumat itu
dibekalkan; dan
4.1.3 cara
barangan atau perkhidmatan khusus untuk dikilangkan, dibekalkan atau ditawarkan untuk
bekalan;
4.2 melarang pengilangan, pernbekalan atau
penawaran untuk bekalan:
4.2.1 mana-mana
barang atau perkhidmatan yang tidak mengikut cara yang ditentukan;
4.2.2 mana-mana
barang atau perkhidmatan yang tidak selarnat atau membahayakan kesihatan pengguna;
4.2.3 mana-mana
barang atau perkhidmatan yang gagal dengan mernatuhi standard mandatori,keperluan
keselarnatan dan
spesifikasi teknikal yang ditentukan;
4.2.4 mana-mana
barangan atau perkhidmatan yang tidak dibekalkan dengan apa-apa maklumat yang ditentukan;
dan
4.2.5 mana-mana
barang atau perkhidmatan yang mengandungi maklumat yang palsu, mengelirukan cara yang
ditentukan;
4.3 memperuntukkan kuasa-kuasa yang
diperlukan kepada pihak yang berkuasa bagi membuat peraturan-peraturan atau
mengenakan
syarat-syarat tertentu bagi mempastikan barangan atau perkhidmatan yang dibekalkan atau
ditawarkan untuk bekalan
adalah selamat. Kuasa-kuasa ini dimasukkan kuasa-
4.3.1 bagi meminta
pengilang atau pembekal atau mendapat balik, mengganti, membaikpulih dan memberi gantirugi
barang-barang yang rosak atau membahayakan kesihatan pengguna;
4.3.2 bagi meminta
mereka yang bertanggungjawab, memasarkan barangan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang
berkenaan dan orang ramai dengan segera sekiranya mereka mengetahui bahawa barangan
yang dipasarkan itu boleh
membahayakan pengguna; dan
4.3.3 menggantung atau
melarang bekalan atau tawaran untuk membekalkan apa-apa barangan yang didapati tidak
selamat
atau. membahayakan kesihatan pengguna;
4.4 mengadakan mekanisma "redress" yang mencukupi
termasuk perkara-perkara yang berhubungkait dengan "liability" barangan.
5. Undang-undang perlindungan pengguna ke atas barangan atau
perkhidmatan yang tidak selamat adalah bertujuan menggalakkan perilaku yang tinggi atau
beretika bagi mereka yang mengeluarkan dan memasarkan barangan dan perkhidmatan.
Ke atas
-
IV. UNDANG-UNDANG BAGI MELINDUNGI KEPENTINGAN EKONOMI PENGGUNA
-
- 6. Para pengguna sepatutnya mendapat faedah yang optimum daripada
sumber-sumber ekonomi mereka yang terhad.
Undang-undang digubal bagi maksud ini adalah undang-undang yang memberi perlindungan ke
atas kepentingan ekonomi pengguna. Secara asasnya, undang-undang ini:
-
- 6.1 meminta peniaga mematuhi keperluan-keperluan
spesifik, seperti:
- 6. 1.1 memberi
penunjuk akan harga bagi sernua jenis barangan; dan
- 6.1.2 bagi
mengadakan maklumat berhubung dengan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan untuk
bekalan bagi
membolehkan pengguna membuat pilihan yang betul;
- 6.2 mengawal atau melarang apa-apa bentuk amalan
perniagaan yang boleh membawa kesan negatif ke atas kepentingan
ekonomi para
pengguna seperti:
6.2.1 mengawalselia jualan barang-barang, sewabeli, jualan rumah ke rumah dan segala
bentuk transaksi kredit;
6.2.2 melarang jualan
secara pilamid;
6.2.3 melarang membuat
tuntutan yang palsu atau mengelirukan termasuk membuat Man yang palsu atau mengelirukan;
6.2.4 melarang salahguna
dalarn apa-apa kontrak; dan
6.2.5 melarang perdagangan
secara monopoli atau "dumping"
6.3 meletakkan tanggungjawab dan obligasi ke atas peniaga bagi
menentukan:
6.3.1 bekalan memenuhi
permintaan yang berpatutan;
6.3.2 pengguna mempunyai pilihan
yang lebih banyak;
6.3.3 harga atau caj yang
berpatutan;
6.3.4 kernudahan khidmat lepas
jualan;
6.3.5 maklumat yang dibekalkan
mengenai barangan dan perkhidmatan termasuk timbangan dan sukatan yang tepat; dan
6.3.6 barangan atau perkhidmatan
yang boleh dipercayai dan sesuai dengan tu.juan ianya dibuat;
6.4 mengadakan mekanisma "redress" yang mencukupi termasuk
mengenai perkara-perkara berhubungkait dengan "liability" barangan.
Ke atas
V. UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN PENGGUNA DI BAWAH
BIDANGKUASA KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DA HAL EUWAL PENGGUNA
7. Seperti yang disebut di awal tadi, terdapat 29 undang-undang yang
mana. objektifnya adalah melindungi pengguna pada masa ini. Undang-undang ini ditadbir dan di bawah bidangkuasa berbagai Kementerian. Kementerian
Perdagangan Dalarn Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah
diamanahkan dengan 6 daripada undang-undang ini iaitu:
7.1 Akta Kawalan Harga 1946;
7.2 Akta Kawalan Bekalan 1961;
7.3 Akta Sewa-Beli 1967;
7.4 Akta Timbang dan Sukat 1972;
7.5 Akta Perihal Dagangan 1972; dan
7.6 Akta Jualan Langsung 1993.
-
8. Bagi tujuan kertas ini, saya akan jelaskan secara ringkas akan
obiektif dan peruntukan-peruntukan undang-undang tersebut, terutamanya, bagaimana ianya
boleh memberi perlindungan kepada pengguna.
(i) AKTA KAWALAN HARGA
1946
9. Akta Kawalan Harga 1946 digubal dengan objektif memberi kuasa yang
diperlukan kepada Kerajaan bagi mengawal harga barangan di dalam negara. Kuasa-kuasa ni
termasuklah kuasa:
9.1 bagi menetapkan harga maksimum
bagi mana-mana barang dan boleh termasuk caj bagi penghantaran;
9.2 bagi menetapkan caj maksimum yang
boleh dikenakan oleh mana-mana orang mengenai apa-apa perkhidmatan bagi
bekalan,
pembaikan, penyelenggaraan, pembungkusan, pengangk-utan atau penyimpanan barang-barang;
9.3 bagi menetapkan caj maksimum yang
boleh dikenakan bagi sewaan apa-apa barang; dan
9.4 bagi menetapkan harga maksimum
bagi apa-apa barang terpakai.
10. Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi menentukan barang-barang
harga terkawal mudah diperolehi oleh pengguna dengan harga yang berpatutan. Kuasa-kuasa
ini termasuklah kuasa bagi melesenkan peniaga-peniaga yang berurusniaga barang-barang
harga terkawal termasuklah mengenakan syarat-syarat khas yang difikirkan perlu dan sesuai
seperti melarang barang-barang harga terkawal di eksport.
11. Pada masa ini, kuasa-kuasa yang diperuntukkan di bawah akta tidak
digunakan dan tidak ada apa-apa barang yang diisytiharkan sebagai barang harga terkawal
(kecuali beras yang mana di bawah pentadbiran Kementerian Pertanian). Alasan Kerajaan
tidak mengiisytiharkan barang-barang sebagai barang harga terkawal ialah oleh kerana
Kerajaan berpendapat bahawa tindakan sedemikian tidaklah perlu.
(ii) PERINTAH
KAWALAN HARGA (PENANDAAN HARGA OLEH PENJUALRUNCIT) 1993
12. Perintah ini dibuat dengan menggunakan kuasa Menteri di bawah
seksyen 13(l)(d) Akta Kawalan Harga 1946.
13. Di bawah Perintah ini, sernua penjualruncit dikehendaki
meletakkan label, teg atau tanda ke atas barangan atau pada beg atau bekas barang-barang
tersebut yang ditawarkan untuk jualan atau sebagai contoh barang-barang jualan.
14. Objektif Perintah ini ialah bagi memberi peluang kepada pengguna
membuat perbandingan harga sebelum sesuatu pembelian dibuat.
15. Perintah ini telah dikenalpasti sebagai salah satu undang-undang
yang boleh digunapakai dalam usaha Kerajaan mengawal inflasi di negara. Hakikat ini hanya
boleh menjadi kenyataan sekiranya para pengguna sendiri memainkan peranan
mereka dengan membuat perbandingan harga barang-barang dari satu
kedai dengan kedai yang lain sebelum membuat pernbelian.
-
- (iii) PERINTAH
KAWALAN HARGA (PELABELAN OLEH PEKILANG, PENGIMPORT, PENGELUAR ATAU
-
PENJUALBORONG) 1980
-
- 16. Perintah ini mewajibkan tiap-tiap pengilang, pengimport,
pengeluar atau penjualborong barang-barang tersedia bungkus melabelkan ke atas
barang-barang tersebut dengan maklumat-maklumat berikut:
- 16.1 nama sebutan sebenar barangan tersebut;
- 16.2 berat, kuantiti, amaun atau kapasiti barangan
dalam kiraan metrik;
- 16.3 nama dan alarnat pengilang, pengimport,
pengeluar atau penjualborong;
- 16.4 mengenai barang-barang yang diimport, nama
negara asal di mana. barangbarang itu dikilangkan;
- 16.5 mengenai makanan ternak dan baja, kandungan
zat atau komposisi kimia, kuantiti atau bahagian komposisi yang
-
dinyatakan dalam pecahan ratusan;
- 16.6 mengenai simen, suatu kenyataan bahawa simen
tersebut adalah dari bahan yang menepati penentuan standard simen
-
Malaysia; dan
- 16.7 mengenai susu tepung, harga runcit yang
ditawarkan.
-
- 17. Maklurnat-maklumat ini hendaklah di dalam Bahasa
Malaysia sekiranya barangan itu terdiri daripada barangan keluaran
- tempatan dan dalam Bahasa
Malaysia atau Inggeris jika barangan tersebut diimport.
18. Objektif Perintah ini ialah bagi membolehkan para
pengguna mengetahui diskripsi barangan termasuk asal usul barangan itu. Para pengguna akan
mengetahui apa barangan yang dibelinya sejajar dengan hak mereka untuk mendapat maklumat.
19. Adalah menjadi suatu kesalahan bagi pengilang, pengimport,
pengeluar atau penjualborong yang gagal mernatuhi kehendak-kehendak ini atau memberi
maklumat yang palsu berhubung dengan apa-apa barangan.
- (iv) AKTA KAWALAN
BEKALAN 1961
-
- 20. Akta Kawalan Bekalan 1961 dibuat dengan objektif mengawal dan
mencatu bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah
Akta. Akta ini juga memperuntukkan kuasa bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil
- tindakan menyekat aktiviti-aktiviti haram yang boleh menjejaskan
bekalan barang-barang di dalam negara.
-
- 21. Terdapat beberapa cara pengawalan, umpamanya:
-
- 21.1 melesenkan pengilang,
penjualborong dan penjualruncit;
- 21.2 melarang penyorokan
atau memusnahkan barang-barang kawalan dengan tujuan untuk menahan barang-barang itu
daripada berada di pasaran;
- 21.3 menjadikan suatu
kesalahan kepada sesiapa, semasa menjual barang-barang kawalan, mengenakan syarat-syarat
jualan
kecuali mernerlukan bayaran segera, menetapkan tempoh bayaran atau penghantaran dan
mengenakan deposit;
- 21.4 para peniaga
diwajibkan menyimpan barang kawalan di premis yang dilesenkan dengan kuantiti tidak
melebihi daripada
kuantiti yang dibenarkan dalam lesen;
- 21.5 menjadikan suatu
kesalahan di bawah Akta bagi sesiapa menafikan bahawa ia memiliki barang kawalan; dan
- 21.6 para peniaga
dikehendaki mengernukakan penyata stok mengenai pengeluaran, pernbelian dan penjualan
barang-barang
kawalan.
-
- 22. Pada masa ini, 20 barangan telah diisytiharkan sebagai
barang-barang kawalan sepanjang masa sementara 25 jenis barang dijadikan barang-barang
kawalan musim perayaan. (Sila rujuk Lampiran
"B" dan Lampiran
"C" masing-masing).
-
- 23. Adalah dikenalpasti dan diterima umum bahawa Akta ini merupakan
satu senjata penting bagi mempastikan bekalan barang-barang sentiasa mencukupi di dalam
negara ini.
-
- (v) PERATURAN-PERATURAN
KAWALAN BEKALAN 1974
-
- 24. Peraturan-peraturan ini dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan
1961.
-
- 25. Di bawah Peraturan-Peraturan ini, sebanyak 11 barangan telah pun
diisytiharkan sebagai barang-barang berjadual di mana sernua bentuk urusniaga mernerlukan
lesen dengan disertakan syarat-syarat khas. (Sila rujuk Lampiran "D"). Antara syarat
- syarat tersebut ialah:
-
- 25.1 pengilang
mestilah mengilang barang berjadual setiap hari dalam jangka masa yang dinyatakan dalam
lesen dan tidak
boleh mengurangkan atau memberhentikan pengeluaran tanpa mendapat kelulusan daripada
Pengawal;
-
- 25.2 pengilang,
penjualborong dan penjualruncit diwajibkan menyenggara buku stok. Kewajipan ini adalah
perlu bagi
membolehkan pihak berkuasa merneriksa kuantiti barangan yang dikeluarkan bagi tempoh masa
tertentu.Sebarang kekurangan yang dikesan dapat memberi amaran awal kepada pihak berkuasa untuk mengambil
tindakan yang perlu dan
segera;
- 25.3 sernua barang
berjadual hendaklah disimpan di tempat yang dinyatakan dalarn lesen.
-
- (vi) AKTA SEWA-BELI
1967
-
- 26. Akta ini digubal dengan objektif untuk menyelaraskan aktiviti
urusniaga secara sewa beli di negara. Ianya juga memperuntukkan hak dan tanggungjawab
sernua pihak yang terlibat dengan transaksi tersebut.
-
- 27. Di bawah Akta ini, sernua barangan pengguna dan kenderaaan
bermotor (di mana lori yang berat muatan sehingga 2540 kg) dan bas diliputi akta. Dengan
dernikian, apa-apa transaksi (secara sewa beli) yang melibatkan barang-barang tersebut
- hendaklah mematuhi dan menepati peruntukan-peruntukan Akta. (Sila
rujuk Lampiran "E").
-
- 28. Akta ini telah dipinda di mana banyak kuasa-kuasa telah
diper-untukkan bagi menangani urusniaga yang tidak beretika. Dengan menggunakan
kuasa-kuasa tersebut, tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang tidak
bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ke atas kejahilan para pengguna. Dalam hubungan
ini, para pengguna juga boleh dipersalahkan kerana membiarkan diri mereka ditipu atau
dijadikan mangsa.
-
- 29. Akta ini juga menggariskan prosedur yang perlu dipatuhi oleh
sernua pihak yang terlibat dengan perjanjian sewa beli. Mana-mana pihak yang gagal
mernatuhi prosedur melakukan suatu kesalahan atau boleh menyebabkan sesuatu transaksi itu
terbatal atau tidak sah.
-
- 30. Di samping memperuntukkan kuasa mengambil tindakan jenayah, Akta
ini juga membenarkan mana-mana pihak yang terkilan (aggrieved) mengambil tindakan secara
sivil terhadap pihak yang terlibat bagi mana-mana pelanggaran prosedur atau kegagalan
mematuhi apa-apa obligasi sepertimana yang dinyatakan di dalam Akta.
-
- 31. Akta ini digunapakai dan ianya telah terbukti sebagai penjaga
kepada industri sewa beli bagi menentukan industri ini sentiasa mengarnalkan urusniaga
yang sihat derni kepentingan pengguna dan industri itu sendiri. Para pengguna juga
diingatkan tidak
- terjerumus ke dalarn apa-apa urusniaga yang mana mereka sendiri sedia
mengetahui yang mereka tidak akan menunaikan tanggungjawab mereka seperti tidak mampu
membuat bayaran ansuran bulanan.
- (vii) PERATURANTERATURAN
SEWA BELI (BAYARAN-BAYARAN KHIDMAT DAN FAEDAH 1968
-
- 32. Peraturan-peraturan ini dibuat di bawah Akta Sewa Beli 1967. Akta
ini memperuntukkan bayaran maksimun yang boleh dikenakan berhubung dengan khidmat dan
faedah bagi perjanjian sewa beli iaitu tidak melebihi 10%.
-
- 33. Sekiranya bayaran lebih dikenakan, penyewa boleh memilih sama ada
hendak membatalkan perjanjian itu dan menuntut balik bayaran yang telah dibuat atau
meneruskan perjanjian dengan menuntut supaya tanggungan dikurangkan. Dalam hubungan ini,
penyewa hendaklah menggunakan haknya. Kegagalan berbuat demikian, mereka akan menjadi
mangsa kepada penyewa.
-
- (viii) PERATURAN-PERATURAN
SEWA BELI (PENGAMBILAN SEMULA MILIK DAN PENYENGGARAAN REKOD-REKOD
OLEH PEMUNYA)1976
-
- 34. Peraturan-Peraturan ini dibuat di bawah Akta Sewa Beli 1967
dengan objektif berikut: -
-
- 34.1 menentukan bilakah hak pemunya akan
wujud untuk mengambil semula milik barangan;
- 34.2 menetapkan prosedur yang perlu dipatuhi
oleh pemunya untuk mengambil sernua milik barangan; dan
- 34.3 menetapkan rekod-rekod yang perlu
disenggara oleh pemunya.
-
- 35. Kementerian, kerap menerima aduan-aduan daripada orang ramai
mengenai cara kasar dan kekerasan yang digunakan oleh pemunya dalam mengambil semula milik
sesuatu barang itu. Terdapat keadaan di mana pemunya akan mendapatkan perkhidmatan
"gangster" untuk mengambil semula milik barang-barang. Walaupun, undang-undang
melarang penggunaan kekerasan, tetapi adalah sukar bagi pihak berkuasa untuk
menguatkuasakan undang-undang ini kecuali mendapat kerjasama daripada para pengguna
sendiri dengan mengemukakan aduan.
-
- 36. Kebanyakan penyewa enggan membawa perkara ini ke pengetahuan
Kementerian disebabkan mereka sendiri harus dipersalahkan. Mereka gagal membuat bayaran
ansuran, mereka gagal untuk bertindakbalas ke atas notis yang dikeluarkan oleh pemunya,
mereka gagal menyerahkan kembali barang-barang yang terlibat apabila gagal membuat
bayaran, mereka cuba melarikan diri apabila notis hendak diserahkan kepada mereka dan
lain-lain sebab yang hanya menempatkan pemunya dengan satu jalan sahaja iaitu dengan
menggunakan kekerasan. Saya meminta kepada para pengguna sernua untuk tampil ke hadapan
sekiranya mereka rasa atau berpendapat bahawa mereka dianiaya dalam apa-apa transaksi
jualbeli agar siasatan sewajarnya dapat dijalankan. Sekiranya terdapat mana-mana pihak
yang melakukan kesalahan, Kementerian tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan.
-
- (ix) AKTA
TIMBANG DAN SUKAT 1972
-
- 37. Akta Timbang dan Sukat 1972 digubal pada tahun 1972 tetapi ianya
mula berkuatkuasa dalam tahun 1982. Kerajaan telah memberi masa selarna 10 tahun kepada
industri untuk mematuhi kehendak dan peruntukan Akta ini.
-
- 38. Terdapat 2 objektif kepada Akta ini iaitu:
-
- 38.1 memastikan sernua urusniaga yang menggunakan
timbangan dan sukatan banyak dilakukan dan sistern Sl (metrik) sahaja; dan
- 38.2 membanteras semua bentuk penyelewengan dalam
penggunaan alat-alat timbang dan sukat untuk perdagangan dan
perniagaan.
-
- 39. Di bawah Akta ini, adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa:
-
- 39.1 tidak ada dalam miliknya apa-apa alat
timbangan dan sukatan sekiranya transaksi itu ditentukan oleh timbangan dan
sukatan;
- 39.2 menggunakan alat-alat timbangan dan
sukatan yang tidak tepat dalam urusniaga;
-
- 39.3 membuat, membaiki atau menjual
alat-alat timbangan dan sukatan tanpa lesen; dan
-
- 39.4 menggunakan alat-alat timbangan dan
sukatan yang tidak ditentusahkan.
-
- 40. Adalah penting jika diperhatikan bahawa kes-kes yang melibatkan
penyalahgunaan alat-alat timbangan dan sukatan terlalu kerap berlaku di kawasan-kawasan di
pinggir pekan dan di luar bandar. Peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab ini
mengambil kesempatan terhadap orang-orang kampong yang buta huruf dan jujur. Dalam
kebanyakan kes, mereka (pengguna) akan mendapat barang-barang yang kurang dari segi
timbangan atau sukatannya. Adalah dikesalkan bahawa di dalam zaman serba maju dan moden
ini, masih terdapat manusia yang sanggup menipu orang-orang kampong yang miskin dan dhaif.
-
- 41. Sukacita dimaklurnkan bahawa Kementerian sentiasa memberi
keutamaan dalam usaha membanteras gejala dan arnalan yang tidak sihat ini. Walau
bagaimanapun, tidak perlulah dinyatakan di sini bahawa Kementerian juga mempunyai hadnya
dari
- segi apa yang boleh dibuat dan tidak boleh di buat oleh Kementerian.
Dalam hubungan ini, para penggunalah yang boleh memainkan peranan mereka. Walau macam mana
sempurna pun sesuatu undang-undang itu tetapi tanpa sokongan dan kerjasama dari para
pengguna, usaha ini hanya akan tinggal usaha sahaja tanpa membuahkan apa-apa hasil yang
diharapkan.
-
- 42. Para pengguna perlu dimaklumkan bahawa sekiranya mereka telah
menjadi mangsa atau dianiaya, mereka mestilah bersedia untuk tampil ke hadapan dengan
mengemukakan aduan. Langkah ini bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi bagi
mempastikan amalan ini akan berakhir. Sikap "tidak apa" seharusnya telah lama
hilang dan berkubur. lanya telah menjadi sejarah.
-
- (x)
AKTA PERIHAL
DAGANGAN 1972
-
- 43. Akta Perihal Dagangan 1972 digubal dengan tujuan menyatukan
undang-undang mengenai cap barang dagangan. Adalah juga menjadi objektif Akta ini bagi
melarang salah perihal barang-barang atau penunjuk yang mengelirukan bagi harga
- barang-barang.
-
- 44. Akta ini bukan sahaja memberi perlindungan kepada para pengguna.
tetapi juga kepada sektor pengilangan dan perdagangan. lanya memberi perlindungan kepada
pengguna oleh kerana mereka akan dibekalkan dengan maklumat-maklumat yang tepat mengenai
sesuatu barangan. Mengenai sektor pengilangan, Akta ini memberi perlindungan kepada mereka
daripada saingan yang tidak sihat oleh pengilang- pengilang yang mengeluarkan
barang-barang tiruan.
-
- 45. Pendekatan yang diambil di bawah Akta ini ialah melalui larangan
penggunaan kenyataan, maklumat atau perihal yang palsu atau mengelirukan ke atas barangan.
Adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta bagi sesiapa yang menggunakan perihal
dagangan palsu ke atas barangan atau membekal atau menawar untuk bekalan apa-apa barangan
dengan menggunakan perihal dagangan palsu.
-
- 46. Adalah juga menjadi suatu kesalahan di bawah Akta bagi sesiapa
yang:
-
- 46.1 memberi penunjuk yang palsu atau
mengelirukan berhubung dengan harga apa-apa barang; dan
- 46.2 membuat kenyataan yang palsu atau
mengelirukan berhubung dengan perkhidmatan, tempat tinggal atau kemudahan.
-
- 47. Adalah diketahui umum bahawa disatu ketika negara kita telah
dibanjiri dengan barang-barang tiruan yang dibawa masuk dari negara-negara jiran. Pada
masa itu, Malaysia telah dilonggokkan dengan barang-barang tiruan. Keadaan seperti itu
telah tidak lagi wujud pada masa ini. Kerajaan telah berjaya mengatasi scenario ini dan
sekali gus berhasil meletakkan negara ini pada perspektif yang betul. Walau pun
barang-barang tiruan masih terdapat di negara ini tetapi keadaannya telah terkawal dan
bilangannya berkurangan.
-
- 48. Adalah diperhatikan bahawa faktor penyumbang berhubung dengan
kehadiran barang-barang tiruan di negara ini ialah berpunca daripada penerimaan baik oleh
para pengguna sendiri. Adalah tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa para pengguna
sendiri adalah penyumbang kepada penyakit ini. Selagi terdapat pembeli yang sedia
membelinya, para pengilang dan pengeluar akan terus mengilang dan mengeluar barang-barang
tiruan ini. Keadaan ini akan terus berkekalan, sehingga para pengguna sendiri yang akan
menolaknya.
-
- (xi) PERINTAH
PERIHAL DAGANGA (PENGGUNAAN PERBAHASAAN "HALAL" 1975
-
- 49. Perintah ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. lanya
memperuntukkan takrifan "HALAL, "DITANGGUNG HALAL, "MAKANAN ISLAM"
atau apa-apa perbahasan lain yang menunjukkan atau mungkin difahamkan sebagai menunjukkan
bahawa makanan tersebut boleh dimakan oleh orang-orang Islam.
-
- 50. Perintah ini tidak diwajibkan sesiapa menggunakan perbahasaan
"HALAL" tetapi sekiranya ia digunakan, adalah menjadi kewajipan dan
tanggungjawabnya bahawa makanan tersebut menepati takrifan itu.
-
- (xii) PERINTAH
PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN MAKANAN) 1975
-
- 51. Perintah ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Di bawah
Perintah ini, semua daging, ayam itik dan jeroannya yang halal hendaklah dilabel sebagai
halal sebelum ianya dijual. Tujuannya, bagi mempastikan semua daging, ayam itik dan
jeroannya yang halal ditanda sewajarnya bagi kemudahan para pengguna, terutamanya
orang-orang Islam.
-
(xiii) PERATURAN-PERATURAN
PERIHAL DAGANGAN (HARGA JUALAN MURAH) 1987
-
- 52. Peraturan-peraturan ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan
1972 dengan tujuan mempastikan bahawa setiap jualan murah sebenarnya ianya satu tawaran
jualan barang-barang dengan harga yang lebih murah.
-
- 53. Di bawah Peraturan-Peraturan ini, sesiapa yang ingin menawarkan
barang-barang dengan harga jualan murah dikehendaki mengemukakan permohonan bertulis
kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian tidak lewat daripada 30 hari sebelum jualan murah bermula. Tiap-tiap premis perniagaan hanya dibenarkan
mengadakan jualan murah tidak lebih daripada 4 kali dalam tempoh satu tahun.
Peraturan-Peraturan ini juga mewapbkan sekurang-kurangnya 70% dari jumlah barangan yang
terdapat di premis yang mengadakan jualan murah ditawarkan dengan harga jualan murah.
-
- (xiv) PERINTAH
PERIHAL DAGANGAN (PENANDAAN DAPUR MINYAK TANAH TANPA TEKANAN) 1991
-
- 54. Perintah ini dibuat di bawah Akta Perihal Dagangan 1972. Di bawah
Perintah ini, tiap-tiap dapor minyak tanah tanpa tekan yang dibekalkan atau ditawarkan
untuk bekalan dalam menjalankan perdagangan atau perniagaan hendaklah mempunyai perkataan
"MEMATUHI MS 971 " atau tanda standard yang diluluskan oleh SIRIM. Keperluan ini
adalah untuk menentukan bahawa sernua dapor minyak tanah tanpa tekanan adalah selarnat
untuk digunakan oleh para pengguna.
-
- (xv) AKTA
JUALAN LANGSUNG 1993
-
- 55. Akta ini digubal dengan objektif-objektif berikut-
- 55.1 mengawalselia dan menggalakkan
perniagaan jualan langsung yang beretika
- di
dalam negara;
- 55.2 memberi perlindungan sewajarnya kepada
pengguna; dan
- 55.3 melarang kegiatan jualan langsung secara
piramid.
- 56. Akta ini menetapkan tatacara pengendalian jualan langsung yang
perlu dipatuhi bagi menentukan urusniaga berkenaan merugikan para pengguna.
-
- 57. Di bawah Akta ini, tidak ada sesiapa yang dibenarkan
mengendalikan urusan jualan langsung kecuali ianya sebuah syarikat yang diperbadankan di
bawah Akta Syarikat 1965 dan ianya memiliki satu lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen 6
Akta Jualan Langsung 1993.
-
- 58. Akta ini juga menetapkan masa bagi seseorang itu boleh
mengendalikan jualan langsung iaitu:
-
- 58.1 tidak ada sesiapa yang dibenarkan
mengendalikan jualan langsung pada hujung minggu atau cuti umum; dan
- 58.2 tidak ada seseiapa yang dibenarkan
mengendalikan jualan langsung kecuali pada jam 9.00 pagi hingga 7 petang; kecuali
dengan
permintaan pengguna sendiri.
-
- 59. Adalah satu hakikat bahawa kebanyakan pengguna mudah diperdaya
dengan kepintaran demonstrasi oleh oleh jurujual yang berpengalaman. Menyedari akan
hakikat ini, adalah sesuai dan wajar Akta ini memperuntukkan "tempoh bertenang"
selama 10 hari bekerja bagi urusniaga jualan langsung. Dalam tempoh ini, bakal pembeli
boleh menamatkan kontrak belian sekiranya beliau tidak ingin membeli barangan tersebut.
-
- 60. Akta juga memperuntukkan bahawa kontrak jualan langsung yang
bernilai RM300.00 ke atas hendaklah secara bertulis, diberikan tempoh bertenang dan
ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat.
-
- 61. Walaupun segala perlindungan diperuntukkan kepada pengguna
berhubung dengan julan langsung, para pengguna sendiri seharusnya memainkan peranan
mereka. Mereka tidak seharusnya membiarkan diri mereka diperdaya dengan mudahnya oleh pakar-pakar daripada syarikat-syarikat jualan langsung yang bertujuan
menghabiskan seberapa banyak barang-barang keluaran mereka.
-
- (xvi) PERATURAN-PERATURAN
JUALAN LANGSUNG 1993
-
- 62. Peraturan-Peraturan ini dibuat di bawah Akta Jualan Langsung 1993
dan ianya menetapkan prosedur permohonan Wsen, prosedur membuat rayuan apabila permohonan
mendapatkan mendapatkan lesen ditolak dan lain-lain perkara yang berkaitan.
-
- (xvii) PERINTAH
JUALAN LANGSUNG (PENGECUALIAN) 1993
-
- 63. Perintah ini dibuat di bawah Akta Jualan Langsung 1993 dengan
tujuan memberikan pengecualian kepada transaksi jualan langsung yang bernilai tidak lebih
daripada RM50.00 daripada mematuhi Akta Jualan Lansung 1993.
Ke atas
VI. PENUTUP
-
- 64. Undang-undang yang digubal dengan tujuan memberi perlindungan
kepada kepentingan asas pengguna mewajibkan para peniaga kepada peraturan-peraturan dan
prosedur-prosedur khusus bagi mempastikan mereka (peniaga) menjalankan kewajipan dan /atau
obligasi moral mereka iaitu berurusniaga secara adil, secara jujur, secara terbuka dan
secara sopan dengan pelanggan mereka. Penguatkuasaan undang tersebut adalah bagi
menentukan peraturan-peraturan dan prosedur yang dinyatakan itu dipatuhi. Tujuannya bukan
sahaja bagi menghukurn mereka yang enggan atau gagal mematuhi peraturan-peraturan dan
prosedur khusus ini dari terus berlanjutan tetapi bagi memberi bantuan kepada peniaga yang
sah untuk membolehkan mereka beroperasi secara berkesan tanpa sebarang masalah.
-
65. Sebagai penutupnya, saya ingin menjemput hadirin sekalian untuk
merenung scenario ini: para pengguna merupakan hakim paling baik bagi kepentingan mereka
sendiri dan para peniaga ditempatkan pada kedudukan yang berlandaskan amanah. Dengan kata
lain, ianya adalah satu scenario di mana para pengguna adalah dalarn kedudukan yang boleh
mengawal penghidupan mereka, membuat keputusan dan pilihan berdasarkan maklumat yang tepat
dan mencukupi, berupaya mempengaruhi mengenai perkara yang melibatkan mereka secara
langsung dan mepunyai hak ke atas keperluan asas, persekitaran yang sihat dan pampasan.
Para peniaga pula hendaklah berurusniaga dengan adil, dengan jujur, dengan terbuka dan
dengan sopan bila berhadapan dengan pengguna. Hak mereka untuk mendapatkan keuntungan
adalah diterima dan dimaklumi.
66. Semuanya ini akan membawa kita kepada beberapa persoalan: adalah
perlu undang undang perlindungan pengguna yang berpanjangan apabila scenario sebegini
wujud?, mampukah scenario ini kekal seandainya tidak ada undang-undang perlindungan
pengguna yang memberi perlindugan kepada pengguna?, walaupun wujud undang-undang yang
memberi perlindungan kepada pengguna, mungkinkah scenario sedemikian kekal sekiranya
penguatkuasaan undang-undang tersebut adalah lemah dan tidak konsisten? Saya serahkan persoalan ini untuk sidang hadirin
memberi jawapannya.
Ke atas
-
- Sumber :Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
|