MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Jenis-jenis Tuntutan

Seseorang pengguna boleh mengemukakan kepada Tribunal suatu tuntutan bagi menuntut apa-apa kerugian yang ditanggung atas apa-apa perkara tentang kepentingannya sebagai seorang pengguna di bawah Akta ini yang berbangkit daripada, antara lain :-

(a)    suatu representasi yang palsu atau mengelirukan ;

  • mengenai jenis, standard, kualiti, gred, kuantiti, komposisi, gaya atau model tertentu barang itu;
  • mengenai sejarah tertentu atau kegunaan terdahulu yang tertentu barang itu;
  • mengenai jenis, standard, kualiti atau kuantiti tertentu sesuatu perkhidmatan;
  • bahawa perkhidmatan itu dibekalkan oleh mana-mana orang tertentu atau oleh mana-mana orang  yang mempunyai daya ketukangan, kelayakan atau kemahiran tertentu;
  • bahawa orang tertentu telah bersetuju memperolehi barang atau perkhidmatan itu;
  • bahawa barang itu baru atau dibaikpulihkan;
  • bahawa barang itu telah dikilangkan, dikeluarkan, diproses atau dibalikpulihkan pada sesuatu masa tertentu;
  • bahawa barang atau perkhidmatan itu mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengendorsan, ciri-ciri pencapaian, aksesori, kegunaaan atau faedah;
  • bahawa orang itu mempunyai apa-apa tajaan, kelulusan, pengedorsaan atau faedah;
  • berkenaan dengan keperluan apa-apa barang atau perkhidmatan;
  • berkenaan dengan kewujudan, pengecualian atau kesan apa-apa syarat, gerenti, hak atau remedi ; atau
  • berkenaan degan tempat asal barang itu.

Perkataan 'kuantiti' dalam perenggan-perenggan tersebut di atas termasuklah panjang, lebar, tinggi, luas, isipadu muatan, berat dan bilangan.

(b)    suatu perlakuan yang mengelirukan mengenai sifat, proses pengilangan, ciri-ciri, kesuaian bagi suatu maksud atau kunatiti, barang itu;

(c)    suatu perlakuan yang mengelirukan mengenai sifat, ciri-ciri, kesesuaian bagi sesuatu maksud atau kuantiti sesuatu perkhidmatan itu;

(d)    suatu gambaran yang mengelirukan mengenai harga yang padanya apa-apa barang atau perkhidmatan itu boleh didapati ;

(e)    seorang pembekal yang menuntut atau menerima apa-apa balasan atau bayaran :

  • tanpa niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan itu;
  • dengan niat untuk membekalkan barang atau perkhidmatan yang berbeza secara matan daripada barang atau perkhidmatan yang berkenaan denganya bayaran atau balasan lain itu dituntut atau diterima; atau
  • walaupun dia tidak mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa dia dapat  membekalkan barang atau perkhidmatan itu dalam apa-apa tempoh yang dinyatakan atau dalam  masa yang munasabah

(f)    pembatalan sesuatu kontrak perkhidmatan hadapan, iaitu, suatu kontrak bagi perkhidmatan pengguna yang akan diadakan atas dasar berterusan ;

(g)        berkenaan dengan pembekalan barang, kegagalan pembekal untuk mematuhi mana-mana gerenti tersirat di bawah Akta:

  •             mengenai hak milik;
  •             mengenai kualiti boleh terima;
  •             mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
  •             bahawa barang mematuhi perihal;
  •             bahawa barang mematuhi sampel;
  •             bahawa harga yang munasabah akan dikenakan bagi barang di mana barang itu tidak ditentukan              melalui kontrak, atau dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak atau              dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak-pihakitu;
  •             mengenai pembaikan dan barang ganti.

(h)        berkenaan dengan pembekalan barang, kegagalan pengilang untuk mematuhi mana-mana gerenti nyata yang diberi oleh              seorang pengilang yang mengikat pengilang itu :-

  • mengenai kualiti, prestasi atau ciri-ciri barang itu;
  • mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan atau mungkin pada bila-bila masa diperlukan berkenaan dengan barang itu;
  • mengenai pembekal barang ganti yang diperlukan atau mungkin pada bila-bila masa diperlukan bagi barang itu ;
  • mengenai kebolehandapatan pada masa hadapan barangan yang serupa,atau
  • mengenai pemulangan want atau balasan lain sekiranya barang itu tidak memenuhi apa-apa aku janji oleh penggerenti.

(i)        berkenaan dengan permbekalan barang, kegagalan pengilang untuk mematuhi apa-apa gerenti tersirat di bawah Akta :-

  •             mengenai kualiti yang boleh diterima;
  •             bahwa barang mematuhi perihal;
  •             mengenai pembaikan dan barang ganti.

(j)        berkenaan dengan pembekalan perkhidmatan, kegagalan pembekal untuk mematuhi mana-mana gerenti tersirat di bawah Akta :-

  • mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
  • mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
  • mengenai masa siap yang munasabah jika masa bagi perkhidmatan yang akan dijalankan itu tidak ditentukan melalui kontrak, atau dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak atua dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak-pihak;
  • bahawa harga yang munasabah akan dikenakan bagi perkhidmatan itu jika harga perkhdimatan iut tidak ditentukan melalui kontrak, atau dibiarkan untuk ditentukan dengan cara yang dipersetujui melalui kontrak atau dibiarkan untuk ditentukan menurut perjalanan urusan antara pihak-pihak itu.

Untuk tujuan perenggan-perenggan di atas, perkataan 'barang' ertinya barang yang terutamanya dibeli atau digunakan bagi maksud diri, rumahtangga atau isi rumah, dan termasuklah :-

  • barang yang dipasang pada, atau digabungkan dalam, apa-apa harta tak alih atau harta alih;
  • haiwan termasuk ikan;
  • vesel atau kenderaan;
  • kemudahan, dan;
  • pokok, tumbuh-tumbuhan dan tanaman sama ada atau di atas, di bawah atau terlekat pada tanah,

tetapi tidaklah termasuk hak dalam tindakan, termasuk surat cara boleh niaga, syer, debentur dan wang.

Perkataan 'pengguna' ertinya seorang yang :-

  • memperolehi atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud, kegunaan atau kepenggunaan diri, rumahtangga atau isi rumah, dan ;
  • tidak memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan itu, terutamanya bagi maksud :-
  • membekalkannya semula secara perdagangan
  • menggunakannya dalam perjalanan suatu proses pengilangan; atau
  • dalam hal membaiki atau mengolah,secara perdagangan, barang lain tau lekapan pada tanah.

Perkataan 'perkhidmatan' termasuklah apa-apa hak, faedah, keistimewaan atau kemudahan yang atau yang akan diadakan, diberikan atau dianugerahkan di bawah apa-apa kontrak tetapi tidaklah termasuk hak, faedah atau keisitmewaan dalam bentuk pembekalan barang atau pelaksanaan kerja di bawah suatu perkhidmatau; atau apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh ahli professional yang dikawal selia oleh mana-mana undang-undang bertulis (seperti doktor, peguam dan arkitek) atua perkhidmatan jagaan kesihatan yang dibekalkan atau akan dibekalkan oleh professional jagaan kesihatan atau oleh kemudahan jagaan keshiatan (seperti perkhidmatan perubatan, pergigian, kejururawatan, perbidanan, farmasi dan ambulans dan sebagainya).

 

Tatacara Tuntutan

Tatacara mengenai pemfailan, pendaftaran dan pendengaran tuntutan di Tribunal telah ditetapkan di dalam Bahagian XII Akta serta Peraturan-Peraturan Pelindungan Pengguna (Tribunal Tuntutan Pengguna) 1999 yang dibuat oleh Menteri di bawah Seksyen 122 Akta.

Tertakluk kepada Akta ini dan Peraturan-peraturan tersebut di atas, Tribunal juga boleh menerima pakai apa-apa tatacara yang difikirkannya patut dan wajar.

Sumber maklumat : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Cawangan Sabah.

Ke muka depan

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -