|
||
|
||
|
Tatacara Pemfailan dan Pendaftaran Secara ringkasnya, tatacara pemfailan dan pendaftaran sesuatu tuntutan adalah seperti berikut :- (a) Setiap tuntutan hendaklah dibuat dengan memenuhi Borang 1, yang boleh didapati secara percuma dari pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Kota Kinabalu, Sabah;
(b) Borang 1 hendaklah dipenuhi oleh pihak yang menuntut dalam 4 salinan dan hendaklah difailkan di pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Negeri berkenaan; (c) Bayaran pemfailan Borang 1 adalah sebanyak RM5.00 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada pihak yang menuntut; (d) Borang 1 akan didaftarkan, ditarikhkan dan ditandatangani oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan dimeteri dengan meteri Tribunal dan dua salinan Borang 1 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada pihak yang menuntut untuk diserahkan satu salinan kepada pihak yang dituntut (penentang); (e) Penyerahan Borang 1
kepada seorang penentang boleh dibuat dengan cara-cara berikut :- Jika penentang seorang individu : (i) meninggalkan dokumen itu dengan orang itu; atau (ii) memberikan dokumen itu kepada orang itu; atau (iii) mengeposkan dokumen itu dalam suatu surat berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di alamat penyerahannya atau di alamatnya yang terakhir yang diketahui. Jika penentang suatu Syarikat atau Firma: (i) Meninggalkan dokumen itu dengan pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain seumpamanya dalam syarikat itu atau tuanpunya firma itu; (ii) Memberikan dokumen itu kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas; atau (iii) Mengeposkan dokumen itu dalam suatu berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada mana-mana orang yang disebutkan di atas di pejabat berdaftar syarikat atau firma itu atau dialamat penyerahannya. (f) Penentang yang menerima Borang 1 dari pihak yang menuntut hendaklah membuat pembelaannya atau membuat pembelaan dan tuntutan balas (jika ada) dalam Borang 2 yang juga boleh didapatkan secara percuma daripada pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna; (g) Borang 2 hendaklah difailkan dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang sama di mana Borang 1 difailkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penentang menerima Borang 1; (h) Bayaran bagi pemfailan Borang 2 adalah sebanyak RM5.00 dan resit resmi akan dikeluarkan kepada penentang; (i) Borang 2 akan didaftarkan, ditarikhkan, ditandatangani dan dimeterai oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dan dua salinan Borang 2 yang telah dimeterai akan dikembalikan kepada penentang untuk diserahkan satu salinan kepada pihak yang menuntut seperti prosidur di perenggan (v); (j) Pihak yang menuntut yang telah menerima Borang 2 daripada penentang hendaklah membuat pembelaannya kepada tuntutan balas penentang (sekiranya ada) dalam Borang 3 yang boleh juga didapatkan secara percuma daripada pejabat Tribunal; (k) Borang 3 hendaklah difailkan
dalam 4 salinan di pejabat Tribunal yang berkenaan dalam masa 14 hari dari tarikh pihak
yang menuntut menerima Borang 2. Tidak ada apa-apa
bayaran dikenakan bagi pemfailan Borang 3. Sumber maklumat : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Cawangan Sabah.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -