MELAYU  |  ENGLISH

search_engine.gif (1470 bytes)
Enjin Pencarian

Tatacara Pendengaran

Apabila suatu tuntutan difailkan di Tribunal, notis pendengaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha atau Penolong Setiausaha Tribunal dalam Borang 4 yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran tuntutan kepada pihak yang menuntut dan penentang sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh pendengaran.

Semasa pendengaran,  pihak yang menuntut dan penentang tidak boleh diwakili oleh peguam dan hendaklah mengendalikan pendengaran secara sendiri.

Jika pihak yang menuntut seorang belum dewasa, atau seorang yang tidak berupaya, beliau boleh diwakili oleh sahabat wakil atau penjaga ad litemnya.

Jika pihak penentang adalah sebuah firma atau syarikat ianya boleh  diwakili  oleh  seorang pekerjanya yang digaji sepenuh masa.

Pendengaran tuntutan dalam Tribunal akan dijalankan di hadapan seorang anggota Tribunal (digelar sebagai “Presiden” semasa pendengaran) yang bersidang sendirian dan beliau boleh pada bila-bila masa membantu kedua-dua pihak dalam menjalankan kes mereka.

Semasa pendengaran, Tribunal hendaklah jika wajar, membantu kedua-dua pihak untuk membuat suatu penyelesaian tuntutan itu melalui persetujuan.

Semasa pendengaran, kedua-dua pihak berhak untuk mengemukakan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda bagi menyokong kesnya masing-masing.

Semua pendengaran di hadapan Tribunal adalah terbuka kepada orang ramai.

Sumber maklumat : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Cawangan Sabah.

Ke muka depan

 


Homepej direkabentuk oleh Perpustakaan Negeri Sabah
Maklumbalas ke Webmaster
Notis Pemberitahuan

- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -