|
||
|
||
| | Pengenalan
| E-Mel Menteri | Harga Barangan
| Buletin Pilihan Pengguna
| Panduan
Pengguna | | Aduan Pengguna | Artikel-artikel Konsumer | Tribunal Tuntutan | Pautan Sudut Konsumer | |
Senarai Alamat Pejabat Tribunal Tuntutan Pengguna Di Peringkat Negeri Borang-Borang : Latar Belakang Tribunal Tuntutan Pengguna adalah satu badan yang telah ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkusa pada 15.11.1999. Akta ini mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang berbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal , award-award Tribunal dan sebagainya. Objektif Penubuhan Tribunal Tribunal Pengguna adalah merupakan sebuah badan bebas untuk mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan pengguna yang dibuat di bawah Akta dan tertakluk kepada peruntukan Akta Perlindungan Pengguna 1999. Sebelum penubuhan Tribunal ini segala tuntutan gantirugi oleh seorang pengguna terhadap seorang pembekal atau pengilang terpaksa dibawa ke Mahkamah Sivil di mana ia melibatkan prosedur yang rumit, kos yang tinggi dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan. Ini adalah di antara sebab-sebab mengapa pengguna tidak berminat untuk membuat tuntutan di Mahkamah terhadap pembekal atau pengilang yang tidak bertanggungjawab terutamanya jika sekiranya amaun yang dituntut adalah kecil, walaupun pada masa ini sudah adanya Mahkamah Tuntutan Kecil di setiap negeri untuk mendengar tuntutan-tuntutan yang tidak melebihi RM 5,000.00. Memahami hakikat ini Tribunal Tuntutan Pengguna telah ditubuhkan bagi menyediakan satu saluran atau kemudahan alternatif kepada seorang pengguna untuk menuntut gantirugi dan pampasan daripada seorang pembekal atau pengilang dengan cara mudah, murah dan cepat. Seksyen 86 Akta memperuntukkan bahawa Tribunal hendaklah dianggotai oleh seorang Pengerusi dan seorang Timbalan Pengerusi (terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan) dan tidak kurang daripada 5 orang anggota Tribunal yang lain dilantik oleh Menteri.
Tribunal mempunyai bidang kuasa mendengar :- (a) apa-apa tuntutan mengenai apa-apa perkara yang ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar seperti diperuntukkan di bawah Akta; (b) di mana jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; (c) apa-apa perkara lain yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta. Bidang kuasa Tribunal hendaklah dilaksanakan oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dipilih oleh Pengerusi yang akan bersidang sendirian. Tribunal tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar apa-apa tuntutan :-
Bidang kuasa Tribunal hendaklah terhad kepada suatu tuntutan yang berasaskan pada suatu kausa tindakan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu. Award Tribunal & Penguatkuasaan Award Tribunal hendaklah, sejauh mana yang boleh, membuat awardnya dalam masa enam puluh hari dari hari pertama pendengaran bermula dihadapan Tribunal. Dalam pendengaran yang dijalankan, Tribunal boleh membuat satu daripada award yang berikut atau lebih :-
Penguatkuasaan Award Tiap-tiap penyelesaian yang dipersetujui yang direkodkan oleh Tribunal dan tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal dalam sesuatu prosiding adalah muktamad dan mengikat semua pihak kepada prosiding itu. Tiap-tiap award yang dibuat oleh Tribunal hendalah disifatkan sebagai perintah Mahkamah Majistret dan boleh dikuatkuasakan oleh mana-mana pihak kepada prosiding di Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa di tempat mana award diperolehi. Penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna adalah bertujuan untuk memberi satu saluran atau kemudahan alternatif selain daripada Mahkamah untuk seorang pengguna mendapat gantirugi dan pampasan yang sewajarnya daripada seorang pembekal atau pengilang dengan prosidur yang mudah, murah dan cepat. Dengan itu diharapkan pengguna akan menggunakan perkhidmatan Tribunal Tuntutan Pengguna sepenuhnya untuk melindungi hak dan kepentingan mereka sebagai pengguna.
Sumber maklumat : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Cawangan Sabah.
|
Homepej direkabentuk
oleh Perpustakaan Negeri Sabah |
- Best Viewed with IE in 800 X 600 resolution -